backup og meta

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/08/2021

    Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

    Adakah ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba untuk memudahkan proses penyusuan.

    Cara menyusu anak kembar

    Sekiranya anda seorang ibu bayi kembar, penyusuan susu badan boleh menjadi 2 kali ganda mencabar pada permulaannya.

    Ini kerana terdapat 2 mulut perlu diberikan susu, 2 badan kecil untuk diseimbangkan dan 3 individu harus mengetahui cara penyusuan yang betul. 

    Semestinya, manfaat susu badan yang banyak menjadikan segala usaha berbaloi. 

    Apabila anda berjaya untuk mengetahui rentak dan cara menyusu anak kembar, pasti segalanya akan dirasakan mudah. Malahan, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencuci botol susu, kan?

    Jadi adakah ibu-ibu sekalian sudah bersedia untuk mengetahui rahsia cara menyusu anak kembar?

    Jadual penyusuan bayi kembar

    Umumnya, untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran, bayi perlu menyusu 8 hingga 12 kali dalam sehari. Jika dipecahkan, ia dikira sebagai sekali setiap 2 hingga 3 jam, siang dan malam. 

    Setiap sesi penyusuan akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit. 

    Tetapi disarankan untuk ibu menunggu bayi memberi isyarat bahawa mereka sudah selesai sebelum menghentikan sesi menyusu badan.

    Bagi permulaan cara menyusu anak kembar, ibu dinasihatkan untuk melakukan penyusuan mengikut jadual yang sama. 

    Namun, harus diingatkan bahawa setiap bayi kembar mempunyai personaliti, selera makan dan corak penyusuan yang berbeza.

    bayi kembar

    Jadi ibu perlu cuba menyesuaikan cara menyusu anak dengan keperluan mereka; di mana seorang anak mungkin perlu lebih kerap menyusu berbanding yang lain. 

    Ada sesetengah ibu yang akan membiarkan bayi menentukan jadual penyusuan mereka. 

    Bagi yang lain pula akan menyusu mengikut permintaan bayi kembar pada waktu siang dan kekal dengan jadual penyusuan pada waktu malam. 

    Terpulang pada apa pun cara dan jadual penyusuan bayi yang dipilih, pastikan anda memastikan setiap anak menyusu dengan baik. 

    Jika mahukan lebih teratur, anda boleh mencatatkan setiap sesi penyusuan susu badan yang dilakukan. 

    Tip & cara menyusu anak kembar

    Anda mempunyai pilihan untuk melakukan cara menyusu anak kembar bersama atau secara berasingan.

    Tiada masalah langsung untuk anda memberikan bayi kembar menyusu pada waktu yang sama, jika boleh. 

    Tetapi selalu kebanyakan ibu yang pertama kali belajar cara menyusu anak kembar, akan melakukan sesi penyusuan bayi kembar mereka secara seorang demi seorang pada permulaannya. 

    • Penyusuan bayi kembar pada masa yang sama

    Apabila seorang bayi terjaga untuk menyusu, bangunkan juga anak yang lain.

    Ini akan membantu anda meluangkan masa sebanyak mungkin antara tempoh penyusuan dengan waktu berehat atau tidur.

    Bagi melakukan penyusuan secara serentak, anda mungkin memerlukan pertolongan semasa menyusu untuk menyesuaikan posisi atau sokongan kepada si kembar. 

    • Menyusu anak seorang demi seorang

    Jika tiada sokongan yang diterima semasa sesi penyusuan, atau mungkin salah seorang anak lebih kecil, ia boleh menyukarkan untuk melakukan penyusuan secara serentak. 

    Dalam situasi sebegini, anda mungkin mahu menyusukan anak seorang demi seorang pada 1 masa. 

    Tetapi jika boleh, ia pasti akan lebih memudahkan jika anda dapat melakukan sesi penyusuan bersama.

  • Posisi menyusu badan untuk bayi kembar

  • Sebenarnya, terdapat banyak cara menyusu badan untuk anak kembar yang boleh dilakukan. Namun ia akan bergantung kepada tahap usia mereka.

    Umumnya, tiada cara boleh diklasifikasikan sebagai ‘kaedah yang betul’ atau sebaliknya. Tetapi ia lebih kepada memilih posisi yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan si manja. 

    Antara contoh cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba adalah seperti:

    posisi penyusuan
    Sumber @ https://www.pregnancybirthbaby.org.au/

    #Underarm

    Posisi yang paling praktikal ini dikenali sebagai twin, football, clutch atau underarm. Ia dianggap sebagai kedudukan paling mudah untuk dilakukan jika bersendirian atau mempunyai bayi kecil.

    Cara ini juga dikatakan sebagai posisi paling menyelesakan jika anda menjalani pembedahan C-Sec, kerana tidak memberikan langsung tekanan pada bahagian perut. 

    penyusuan susu badan
    Sumber @ https://www.pregnancybirthbaby.org.au/

    #Front V

    Posisi yang digelar front v ini membolehkan anda menyusu sambil bersandar dengan lebih selesa.

    Ini terutamanya jika waktu penyusuan bayi kembar dilakukan pada waktu malam. Anda juga boleh melakukan kaedah menyusu badan ini dengan cara duduk yang lebih selesa, jika mahu.

    keadah penyusuan
    Sumber @ https://www.pregnancybirthbaby.org.au/

    #Parallel

    Penyusuan yang dikenali sebagai parallel ini lebih mudah dilakukan kepada bayi yang lebih berusia. 

    Ini kerana anda akan kurang mengawal bahagian kepala mereka. Dalam posisi menyusu ini, kedua-dua bayi akan dibaringkan dalam arah yang sama. 

    Untuk melakukan penyusuan badan untuk bayi kembar, antara peralatan yang paling berguna adalah bantal penyusuan. Terdapat bantal yang direka khas untuk membantu penyusuan anak kembar. 

    Kegunaan bantal tersebut sudah tentu untuk memberikan sokongan dan memudahkan bayi menyusu ke payudara ibu.

    Dapatkan bantuan jika perlu

    Pada permulaan, anda mungkin berasakan cara menyusu anak kembar adalah sukar, tetapi elakkan daripada berputus asa. 

    Jika mengalami sebarang masalah, dapatkan rundingan dengan pakar.

    Berbincang dengan wanita lain yang berpengalaman menyusukan bayi kembar juga boleh membantu anda. 

    Usah malu meminta pertolongan pasangan atau ahli keluarga dalam menguruskan keadaan rumah. Ini membolehkan anda lebih fokus untuk menyusukan anak-anak. 

    Paling penting, perbanyakkan bersabar, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan