Bagaimana untuk menentukan waktu tidur bayi 0-3 bulan, ya? Umumnya, setiap bayi adalah unik dan ini bermakna mereka juga mempunyai corak tidur berbeza berbanding yang lain. Ada bayi yang akan tidur untuk tempoh lama dan terdapat juga sebaliknya.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Bagaimana untuk menentukan waktu tidur bayi 0-3 bulan, ya? Umumnya, setiap bayi adalah unik dan ini bermakna mereka juga mempunyai corak tidur berbeza berbanding yang lain. Ada bayi yang akan tidur untuk tempoh lama dan terdapat juga sebaliknya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bayi baru lahir hingga berusia 3 bulan harus mendapatkan tidur antara tempoh 14-17 jam dalam masa 24 jam.
Biasanya si manja akan dapat menyesuaikan diri dengan rutin tidur siang untuk 2-3 kali, diikuti dengan tempoh tidur malam lebih lama selepas menyusu lewat malam.
Anda boleh membantu bayi tidur dengan mengenal pasti tanda mereka bersedia untuk melelapkan mata.
Si manja mungkin menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk tidur dengan:
Sudah tentu persekitaran tidur bayi adalah penting untuk dipertimbangkan.
Sama seperti individu dewasa, persekitaran yang salah boleh menyukarkan anak kecil untuk tidur dan mungkin membuatkan mereka kekal berjaga.
Antara perkara yang boleh dilakukan:
Anda boleh mula memperkenalkan rutin waktu tidur yang akan menjadi kebiasaan untuk si manja, seperti mandi, membaca dan menyanyi bagi menenangkan bayi dan menandakan hari sudah malam.
Sesetengah bayi suka dibedung. Ia sesuai dilakukan sehingga mereka mampu bergolek sendiri – dalam lingkungan usia 3 hingga 4 tahun.
Walau apa pun rutinnya, anda perlu memastikan ia dilakukan secara konsisten dan si manja akan mengaitkannya dengan waktu untuk melelapkan mata.
Jika anda membuaikan bayi untuk tidur malam, si manja juga akan menjangkakan untuk dibuai apabila terjaga pada waktu malam.
Cara terbaik, adalah untuk meletakkan si manja ke dalam katil bayi semasa mereka dalam keadaan mengantuk. Cara ini dapat membantu bayi belajar untuk tidur sendiri.
Sesetengah bayi akan menggeliat, merengek dan menangis sedikit sebelum tertidur dengan sendirinya.
Sekiranya itu situasi yang dialami, anda boleh membiarkan si manja bersendirian selama beberapa minit – untuk menenangkan diri – melainkan jika ia berlaku kerana bayi lapar atau sakit.
Jika terdapat kemungkinan bayi akan bangun pada awal pagi untuk menyusu, beberapa perubahan kecil mungkin membantu.
Ibu mungkin boleh mengejutkan bayi untuk menyusu pada lewat malam, mengikut kesesuaian jadual tidur kalian.
Contohnya, jika bayi tidur selepas sesi penyusuan sekitar jam 7 malam dan akan bangun kembali pada pukul 2 pagi untuk menyusu.
Mungkin anda boleh mengejutkan si kecil sekitar jam 11 malam dan tidurkan bayi selepas itu. Mereka mungkin akan bangun menyusu pada pukul 5 atau 6 pagi keesokan hari.
Tetapi pastikan ia dilakukan secara konsisten untuk membiasakan bayi dengan rutin ini.
Bagaimana anda berinteraksi dengan bayi sekiranya mereka bangun pada waktu malam?
Ia bukanlah sesuatu keadaan luar biasa untuk bayi terjaga seketika, merengek dan menggeliat sebelum tertidur kembali.
Jika anda cenderung untuk segera mendapatkan bayi, cuba untuk bertenang seketika dan biarkan si manja menenangkan diri mereka.
Selalunya, bayi boleh tidur semula dengan sendirinya. Sebaliknya jika anda membangunkan mereka, ia boleh menyukarkan si manja untuk tidur kembali.
Jika bayi bangun dan perlu disusukan atau menukar lampin, pastikan interaksi yang dilakukan pada tahap minimum.
Elakkan bermain, menghidupkan lampu atau melakukan apa sahaja yang menandakan ‘sudah tiba masa untuk bangun dan aktif’.
Baca juga:
Membiarkan si manja tidur secara meniarap semasa waktu tidur bayi 0-3 bulan meningkatkan risiko halangan tidur dan menghirup semula karbon dioksida sendiri. Mereka juga berisiko untuk lemas pada tilam yang lembut jika menghadap ke bawah.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan untuk sentiasa memastikan bayi tidur secara menelentang bagi mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Elakkan juga untuk meletakkan sebarang item di dalam buaian atau katil bayi yang boleh menghalang pernafasan mereka seperti selimut, stuffed animal dan bantal.
Setiap ibu bapa akan berharap bayi akan tidur sepanjang malam.
Namun hakikatnya anda perlu bersabar kerana si manja perlu membiasakan diri dengan rutin waktu tidur bayi 0-3 bulan yang baharu.
Tempoh melelapkan mata juga adalah berbeza secara dramatik bagi setiap anak kecil. Jadi elakkan untuk membuat perbandingan tabiat tidur si manja dengan bayi lain.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen