backup og meta

Mama Babah, Cara Ini Dapat Buatkan Si Manja Rasa Lebih Selamat & Disayangi, Kena Cuba!

Mama Babah, Cara Ini Dapat Buatkan Si Manja Rasa Lebih Selamat & Disayangi, Kena Cuba!

Menjalinkan ikatan kemesraan dengan si manja adalah penting. Buat pasangan pertama kali bergelar parents, ini cara menenangkan bayi serta mengeratkan hubungan kalian yang boleh dicuba.  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Jalinan ikatan & kemesraan

Bonding atau jalinan kemesraan adalah perkara penting bagi ibu bapa dalam aspek penjagaan bayi. 

Ini terutamanya pada tempoh beberapa jam pertama dan hari selepas bayi dilahirkan.

Ia melibatkan peranan anda dalam memenuhi keperluan si manja dengan kasih sayang, kemesraan dan penjagaan sewajarnya.

Sebagai balasan, anda akan menjadi individu istimewa yang mendapat kepercayaan bayi dalam kehidupannya.

Cara bonding dengan bayi melalui kedekatan secara fizikal ini dapat meningkatkan hubungan emosi antara ibu bapa dan si kecil.

Manfaat bagi hubungan yang terjalin ini turut menyumbang kepada perkembangan si manja, bukan sahaja berkaitan emosi tetapi juga aspek lain seperti pertumbuhan fizikal mereka. 

Tetapi apakah yang sesuai untuk dipraktikkan?

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Kepentingan cara menenangkan bayi 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, cara bonding dengan bayi yang baru dilahirkan adalah bahagian penting dalam perkembangan mereka. 

Apabila bayi menerima apa yang diperlukan, seperti senyuman, sentuhan dan pelukan, mereka akan berasa dunia adalah tempat selamat.

cara menenangkan bayi

Ia sekali gus meletakkan asas penting untuk perkembangan dan kesejahteraan si manja bagi zaman kanak-kanaknya. 

Di samping itu, ikatan kemesraan yang terjalin itu turut memberikan kesan positif dalam membantu anak membesar secara mental dan fizikal.

Dengan menenangkan si manja melalui sentuhan, pelukan, komunikasi, menyanyi serta hubungan mata antara satu sama lain, dapat menolong otak mereka melepaskan hormon. 

Hormon ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan otak anak, merangkumi memori, pemikiran dan perkembangan bahasa

Cara bonding dengan bayi

Sekiranya ini merupakan kali pertama anda memegang gelaran mama papa, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memahami si kecil yang baru lahir.

Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya.

Berikut antara beberapa cara menenangkan bayi melalui interaksi seperti:

#Sentuhan

Anda boleh memeluk dan memberikan sentuhan secara berkala kepada bayi, terutamanya sentuhan kulit ke kulit.

Baca juga:

#Respons terhadap tangisan

Tindak balas diberikan bagi setiap tangisan, ia seperti menyatakan kepada si manja bahawa anda sentiasa ada buat mereka.

#Rasa selamat

Mendukung dan membedung si manja antara cara bonding dengan bayi untuk membuatkan mereka berasa selamat secara fizikal.

#Komunikasi antara cara menenangkan bayi

Berbual dengan si manja dengan nada lembut adalah cara paling mudah. Jika mahu, anda juga boleh bercerita atau menyanyi untuk mereka.

#Hubungan mata

Pandanglah ke mata bayi semasa berbual, menyanyi atau membuat sebarang ekspresi muka. Ia membantu si manja belajar mengenai hubungan antara perkataan dan emosi 

Urutan bayi

Si kecil khususnya bayi pramatang dan mempunyai masalah berkaitan kesihatan, mungkin akan bertindak balas terhadap urutan yang dapat memberikan ketenangan.

Ibu ayah perlu berhati-hati, kerana bayi tidak sekuat individu dewasa, maka urutan yang diberikan haruslah lembut. 

cara menenangkan bayi

Pun begitu sebelum mula mengurut bayi, pastikan anda mengetahui teknik urutan yang betul. 

Anda juga boleh bertanyakan kepada doktor mengenai kesesuaian urutan untuk bayi.

Manfaat urutan

Penyelidikan menunjukkan bahawa mengurut bayi boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan, seperti: 

  • Menggalakkan interaksi antara anda dan si manja
  • Bantu bayi berehat dan tidur
  • Kesan positif pada hormon si manja yang berfungsi mengawal tekanan
  • Mengurangkan tangisan

Bedung, cara menenangkan bayi 

Bedung atau swaddle amat disarankan untuk beberapa minggu pertama kelahiran bayi. 

Umumnya, teknik bedung bayi adalah amalan tradisional ‘membalut’ si manja dengan kain untuk membantu mereka berasa tenang dan tidur lebih nyenyak.

Tujuanya untuk memberikan si kecil rasa selesa dan selamat seperti berada di dalam rahim. Selain itu, ia juga membantu bayi kekal berasa hangat.

Kaedah membedung bayi yang betul seharusnya lengan bayi berada dekat dengan tubuh dan masih mempunyai ruang untuk mereka menggerakkan kaki.

cara menenangkan bayi

Amalan bedung yang dilakukan turut dapat mengehadkan refleks kejutan – dikenali sebagai startle reflex – berupaya membuat bayi terjaga.

Praktikkan cara menenangkan bayi

Cara bonding dengan bayi yang dikongsikan dapat membantu anda membina kepercayaan dan hubungan erat dengan si manja.

Secara tidak langsung, ia mengajar bayi bagaimana untuk mempercayai dan mesra dengan individu lain selain ibu bapanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on April 14, 2021 from

  1. Bonding With Your Baby. https://kidshealth.org/en/parents/bonding.html, accessed on April 14, 2021
  2. Bonding and attachment: newborns. https://raisingchildren.net.au/newborns/connecting-communicating/bonding/bonding-newborns, accessed on April 14, 2021
  3. What is Secure Attachment and Bonding? https://www.helpguide.org/articles/parenting-family/what-is-secure-attachment-and-bonding.htm, accessed on April 14, 2021
  4. Bonding with your baby. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/bonding-with-your-baby, accessed on April 14, 2021
  5. Infant massage: Understand this soothing therapy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-massage/art-20047151, accessed on April 14, 2021
  6. Swaddling: Is it Safe? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Swaddling-Is-it-Safe.aspx, accessed on April 14, 2021
  7. Swaddling a baby: the benefits, risks and seven safety tips. https://www.nct.org.uk/baby-toddler/slings-and-swaddling/swaddling-baby-benefits-risks-and-seven-safety-tips, accessed on April 14, 2021

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Panduan Pemakaian Lampin Bayi Perempuan & Lelaki, Bersama Tip Penjagaan Kulit Si Comel

9 Bahagian Badan Si Manja Ini SANGAT Sensitif! Ibu Kena Lebih Berhati-hati, Ya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan