Fahami bayi dengan cara bercakap dengan bayi
Sesetengah ibu bapa berasa ‘bodoh’ dan tidak masuk akal untuk bercakap dengan bayi baru lahir, yang tentunya kita tahu bahawa bayi masih belum mampu berkata-kata. Bagaimanapun, dengan cara bercakap boleh membantu bayi baru lahir mengembangkan kemampuan bahasa mereka. Semakin bnyak anda bercakap dengan si manja, semakin cepat bayi anda belajar untuk meniru dan memulakan kemahiran bahasa mereka.
Berikut adalah beberapa tips untuk ibu bapa berkomunikasi dengan bayi baru lahir:
- Anda boleh memberitahu bayi tentang aktiviti harian. Contohnya, cuba terangkan kepada bayi apa yang anda akan lakukan seperti “Ibu akan letak adik dalam bekas mandian supaya adik boleh mandi dan wangi.” Anda boleh berbicara dalam sebarang bahasa yang anda tahu, atau bertukar-tukar menggunakan bahasa lain.
- Nyanyikan bayi anda lagu dan irama. Walaupun anda bukan penyanyi yang bagus, tetapi tiada salahnya untuk anda menghiburkan bayi. Anda akan dapati si manja cepat tidur dan lena jika anda mendodoikannya lagu.
- Bacakan si manja buku, bercerita pada bayi anda atau anda boleh perdengarkan bayi kepada muzik. Si manja akan mengenali suara anda walaupun dia ketika itu berada dalam kandungan anda. Dengan bercerita kepada bayi akan mewujudkan ikatan istimewa antara anda berdua.
Apakah kebaikan jika anda memahami apa yang bayi baru lahir mahukan?
Berkomunikasi dengan bayi baru lahir tentunya memberikan banyak faedah:
Jika keperluan bayi baru lahir dipenuhi, dia akan lebih tenang dan selesa, jadi memberikan anda kurang masalah berbanding jika si manja berada dalam keadaan menangis dan gelisah.
Anda akan mengetahui apa kesukaan si manja ataupun perkara yang tidak digemarinya. Selain itu, dengan memerhatikan bayi juga dapat membantu anda melihat pendekatan bayi kepada dunia dan cara mereka bertindak balas kepada pelbagai perkara.
Anda akan rasa bangga menjadi ibu bapa terbaik untuk anak anda.