Ia membantu penyusuan badan
Bayi yang menerima jagaan ibu ‘kangaroo’ lebih mudah untuk mencari kedudukan puting ibu lalu menyusu. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan sentuhan kulit ke kulit mampu melonjakkan tempoh bayi menyusu badan tiga bulan lebih lama berbanding yang tidak mendapat jagaan tersebut.
Ia membantu proses penghasilan susu ibu
Malika D. Shah yang merupakan seorang pembantu profesor jabatan pediatrik dan neonatologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine mengatakan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi dapat membantu si ibu menghasilkan lebih banyak susu badan. Ini disebabkan hormon laktasi yang seimbang hasil interaksi antara ibu dan bayi yang kerap dan baik.
Ia membantu bayi mengurangkan kesakitan dan stres
Apabila bayi berada dalam dakapan anda lebih kerap, mereka akan berasa lebih tenang dan selamat. Kajian menunjukkan bahawa sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi yang lebih kerap akan membantu bayi anda mengurangkan kadar hormon kortisol dan meningkatkan kadar hormon oksitoksin yang banyak mempengaruhi emosi bayi.
Ia membantu bayi tidur
Tidur yang nyenyak juga merupakan manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi. Jika bayi anda tidak lagi berasa terganggu atau tertekan, mereka akan lebih mudah untuk tidur dan tidak mudah terjaga berbanding bayi yang tidak menerima jagaan ibu ‘kangaroo’.
Ia membantu bayi menjalinkan hubungan dengan bapa
Kajian menunjukkan bahawa sentuhan kulit ke kulit dengan bayi juga dapat membantu bapa untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan bayi mereka.
Ia membantu mengelakkan depresi selepas kelahiran
Menurut pakar daripada The American Journal of Maternal/Child Nursing (MCN), sentuhan kulit ke kulit dapat merembeskan oksitoksin. Hormon ini berfungsi mengurangkan kegelisahan yang berlaku selepas kelahiran serta merapatkan hubungan antara ibu dan anak, yang dapat mengurangkan risiko depresi selepas kelahiran.
Bagi memaksimakan sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi anda seharusnya memastikan bayi anda berada dalam dakapan anda dua jam pertama selepas kelahiran. Tabiat ini dapat boleh dikekalkan sehingga 20 minggu selepas bayi lahir sehingga mereka mula menunjukkan petanda mereka ingin keluar daripada dakapan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen