backup og meta

Hati-hati Sapu Minyak Urut Pada Si Manja! ELAKKAN Bahan BAHAYA Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Hati-hati Sapu Minyak Urut Pada Si Manja! ELAKKAN Bahan BAHAYA Ini

    Minyak urut bayi kerap digunakan apabila si manja mengalami kembung perut atau meragam. Bahkan boleh dikatakan ia menjadi barangan wajib ada semasa membuat persiapan menyambut kelahiran bayi.

    Pun begitu bukan semua minyak urut sesuai digunakan terutamanya jika ia mengandungi Methyl Salicylate! Mengapa? 

    Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Minyak urut bayi berbahaya?

    Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menunjukkan bahaya penggunaan minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak kecil atau bayi.

    Kenapa ya?

    Ini disebabkan bahan tersebut yang biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh dan sakit badan tidak sesuai kepada kanak-kanak, khususnya bayi kerana mempunyai risiko mengakibatkan keracunan.

    minyak urut bayi
    Sumber: Public Health Malaysia

    Ayuh ketahui lebih lanjut mengenai bahan Methyl Salicylate ini.

    Apa itu topikal methyl salicylate?

    Umumnya, ubat salap atau topikal dengan methyl salicylate untuk kulit ini digunakan bagi memberikan kelegaan sementara pada otot atau sakit sendi yang disebabkan oleh ketegangan, terseliuh, arthritis, lebam atau sakit belakang.

    Minyak ini juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduannya.

    Berunding dengan doktor sebelum guna minyak urut bayi dengan methyl salicylate

    Sebaiknya tanyakan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan minyak urut yang mengandungi methyl salicylate ini, terutama jika anak mempunyai sebarang alahan atau keadaan perubatan yang serius.

    Tidak dapat dipastikan sama ada minyak sapu topikal ini membahayakan bayi yang masih dalam kandungan atau tidak. Berbincanglah dengan doktor jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil sebelum menggunakannya.

    Minyak sapu dengan methyl salicylate juga tidak dapat dipastikan sama ada ia akan meresap ke dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu.

    Tetapi sebaiknya, elakkan daripada menyapu minyak topikal ini pada bahagian payudara jika anda menyusukan bayi.

    Sesetengah produk dengan bahan ini tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tanpa nasihat doktor.

    Semak label dengan teliti sebelum menyapu minyak ini pada anak dalam lingkungan usia 2 hingga 12 tahun. Paling penting, minyak urut bayi yang mengandungi methyl salicylate tidak boleh digunakan kepada bayi di bawah usia 2 tahun!

    minyak urut bayi

    Penggunaan minyak urut bayi dengan methyl salicylate

    Gunakannya seperti arahan pada label atau yang ditetapkan oleh doktor. Jangan menggunakan dalam jumlah lebih besar atau lebih kecil mahupun untuk tempoh lebih lama daripada yang disyorkan.

    Pastikan kulit bersih dan kering sebelum menggunakan minyak ini.

    Hindari penggunaan topikal ini pada luka terbuka atau pada kulit yang terkena selaran matahari, terbakar angin (windburned), kering, pecah atau ia akan mengakibatkan kerengsaan.

    Apabila menggunakan minyak, krim topikal, gel, salap atau semburan dengan bahan methyl salicylate ini, anda haruslah memastikan ia hanya sapuan nipis pada kawasan terjejas dan perlu digosok sehingga diserap sepenuhnya.

    Jika bahan yang mengandungi methyl salicylate ini adalah daripada jenis tampalan, tanggalkan pelapik dan lekatkan tampalan pada kulit di atas bahagian yang sakit. Tampalan boleh diganti 1-2 kali sehari, jika perlu.

    Basuh tangan segera selepas guna minyak urut dengan methyl salicylate

    minyak urut bayi

    Basuh tangan dengan sabun dan air sejurus selepas menggunakan minyak urut dengan methyl salicylate atau mengendalikan tampalan kulit.

    Jika sapuan digunakan pada bahagian tangan atau jari yang sakit, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mencuci tangan.

    Untuk mengelakkan minyak atau krim topikal ini daripada terkena jari apabila menyapunya, anda boleh menggunakan sarung tangan getah, bebola atau putik kapas mahupun tisu bersih semasa menyapu ubat.

    Methyl salicylate boleh menyebabkan wujudnya sensasi sejuk atau terbakar pada mana-mana bahagian ia digunakan. Sensasi ini biasanya ringan dan akan beransur-ansur berkurangan dari masa ke masa.

    Sekiranya sensasi terbakar menyakitkan atau menyebabkan ketidakselesaan ketara, basuh bahagian tersebut dengan sabun dan air sejuk.

    Dapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami kesakitan, kulit terbakar, bengkak atau melepuh yang teruk.

    Elakkan daripada menutup bahagian yang disapu bahan dengan methyl salicylate ini kerana ia akan meningkatkan sensasi rasa terbakar tersebut.

    Baca juga:

    Perkara yang perlu dielakkan

    Sentiasa berwaspada agar minyak urut ini tidak terkena mata, kanta sentuh, gigi palsu atau barang lain yang boleh bersentuhan dengan kawasan sensitif tubuh.

    Elakkan daripada memasukkan ubat ini ke dalam mulut, hidung, rektum atau faraj. Jika ia berlaku tanpa sengaja, bilas dengan air segera!

    Usah mengendalikan makanan semasa minyak urut atau ubat masih di tangan.

    Kesan sampingan penggunaan minyak urut bayi mengandungi methyl salicylate 

    Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anak terkena ubat ini tanpa sengaja dan mempunyai tindak balas alahan berikut:

    • Berdehit
    • Kesukaran bernafas
    • Bengkak muka, bibir, lidah atau tekak

    Basuhkan bahagian yang terkena minyak dengan methyl salicylate dan dapatkan rawatan perubatan segera!

    Ingat, sentiasa pastikan minyak urut atau ubat dengan bahan ini berada jauh daripada jangkauan anak kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan