Ruam pada badan si kecil mungkin berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi adakah terdapat cara lain untuk mengatasi masalah ini selain menggunakan bedak ruam untuk bayi? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Petua merawat selain menggunakan bedak ruam untuk bayi
Bayi mungkin mengalami ruam kerana pelbagai punca. Antaranya ruam lampin, tindak balas minyak bayi, ekzema yang disebabkan kulit kering, malah mungkin juga kesan jangkitan virus.
Sangat penting untuk ibu bapa memantau ruam yang dialami si kecil bagi memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.
Selain penggunaan bedak ruam bayi, ibu bapa mungkin boleh menggunakan petua berikut bagi membantu meredakan rashes yang dialami si kecil.
Kaedah mudah selain bedak ruam untuk bayi:
Mampatan sejuk
Mampatan sejuk atau cold compress dapat melegakan gejala ruam yang menyebabkan ketidakselesaan dan membantu mengurangkan keterukannya.
Haba sejuk sangat bagus untuk masalah ruam kerana haba yang terhasil membantu meredakan bengkak dan keradangan.
Untuk mencuba teknik ini, gunakan kain bersih dan lembut yang direndam dalam air sejuk, atau anda juga boleh menggunakan alat cold compress yang dijual di pasaran.
Jangan meletakkan ketulan ais terus kepada kulit bayi! Ia boleh menyebabkan radang dingin (frostbite) dan membahayakan kulit halus mereka.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Susu ibu
Susu ibu, bukan hanya untuk mengenyangkan bayi, tetapi turut mempunyai kelebihan lain.
Hanya sapukan beberapa titis susu badan ke bahagian terjejas dipercayai dapat menyembuhkan ruam sepenuhnya tanpa sebarang tindak balas. Ini kerana susu ibu sarat dengan imunoglobulin yang berperanan dalam memerangi jangkitan.
Selain bedak ruam untuk bayi, boleh gunakan minyak:
Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah pilihan yang baik untuk menyembuhkan ruam dan memperbaharui kulit selepas itu.
Sifat antiradang dan antimikrob dalam minyak ini sangat bagus untuk masalah dermatitis yang merengsakan, ruam lampin dan ruam alahan.
Minyak kelapa
Minyak kelapa boleh menghidrat dan meredakan ruam. Ia juga membantu melindungi kulit si manja. Minyak ini mempunyai konsistensi yang tebal seperti kebanyakan produk untuk ruam lampin.
Ia melindungi ruam daripada kerengsaan dan pembolehubah luar. Minyak kelapa dara amat disyorkan kerana ia masih mempunyai sifat antiseptik dan antiradang daripada minyak kelapa yang tidak diproses.
Petrolatum
Selain bedak ruam bayi, penggunaan petrolatum juga dapat membantu melegakan ruam.
Petrolatum atau turut dikenali sebagai jeli petroleum adalah campuran minyak mineral dan lilin (waxes) yang membentuk bahan seperti jeli separa pepejal (semisolid jelly-like substance).
Minyak avokado
Penggunaan minyak ini pada kulit bayi boleh memberi manfaat kerana ia merupakan emolien dan pelembut kulit yang sangat baik. Ia tidak berminyak dan cepat meresap.
Selain itu, ia mempunyai sifat antioksidan, merupakan sumber asid lemak pembaikan kulit yang baik serta dapat menenangkan kulit sensitif.
Baca juga: