backup og meta

Ini 6 Manfaat Minyak Telon Baby Yang Mama Harus Tahu, Point Last Sekali Paling Penting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

    Ini 6 Manfaat Minyak Telon Baby Yang Mama Harus Tahu, Point Last Sekali Paling Penting!

    Pernah tak anda mendengar mengenai minyak telon baby atau ia sememangnya merupakan minyak perlu ada untuk si manja anda? Tetapi tahukah anda manfaat minyak tersebut? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bahan dalam minyak telon baby

    Bagi mereka yang pernah menggunakan minyak ini, pasti anda boleh membayangkan aromanya.

    Secara amnya minyak yang biasanya disapu pada perut, dada, tangan, kaki dan punggung bayi ini mengandungi 3 bahan utama iaitu minyak adas, minyak kayu putih dan minyak kelapa dara.

    Campuran ketiga-tiga bahan ini dipercayai dapat memanaskan tubuh si manja dan melindungi mereka daripada jangkitan kuman – kerana kandungan minyak kayu putih yang tinggi.

    Tetapi, adakah itu sahaja kelebihan minyak untuk bayi ini?

    Kelebihan menggunakan minyak telon baby

    Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat lain bagi penggunaan minyak ini, antaranya:

    minyak telon baby

    1. Memanaskan badan

    Waktu paling biasa untuk ibu menyapu minyak ini pada si manja adalah selepas mandi. Ini kerana kelebihannya dapat membantu memanaskan tubuh bayi.

    Untuk tempoh beberapa bulan pertama kehidupan, bayi masih belum mempunyai sistem pengawalan suhu badan yang baik. Dengan menggunakan minyak ini, ia dapat membantu menghilangkan rasa sejuk si kecil.

    Kebaikan minyak telon baby #2. Bantu mencegah jangkitan

    Dalam minyak kayu putih ini terdapat sebatian cineol – berfungsi untuk mencegah jangkitan virus dan bakteria. 

    Kandungan minyak kayu putih dalam minyak telon ini adalah lebih 50%. Ini sekali gus menjadikan ia bukan sekadar membantu memanaskan tubuh si kecil, tetapi juga dapat melawan jangkitan kuman dan virus.

    Kulit si manja juga amat terdedah kepada pertumbuhan kulat. Namun dengan menggunakan minyak ini akan dapat membantu menghalang ia daripada terjadi. 

    3. Melembapkan kulit

    Ibu perlu menggunakan minyak telon baby ini kerana ia turut menawarkan manfaat dalam membantu memberikan kelembapan pada kulit si kecil.

    Seperti yang diketahui, kulit bayi sangat sensitif terutama apabila cuaca berubah. Malah, kulit mereka boleh mengelupas jika terlalu kering.

    Untuk mengatasi keadaan ini, ibu boleh menyapu minyak pada badan bayi terutama di bahagian tubuh yang mempunyai kulit kering.

    Lakukan dengan kerap, sehingga anda dapat melihat perubahan positif kesan minyak ini pada kulit si kecil.

    Baca juga:

    4. Melindungi kulit bayi daripada gigitan serangga

    Siapa yang tidak sayangkan anak, betul tak? Jadi pastinya anda sentiasa ingin menjaga mereka dengan sebaik mungkin.

    Namun malangnya, dalam sesetengah situasi kita akan terlepas pandang sehingga mendedahkan kulit halus si kecil kepada gigitan serangga seperti nyamuk. Keadaan ini hanya akan disedari apabila wujud bintik kemerahan pada tubuh si kecil, kan?

    Tetapi anda tidak perlu gusar lagi, kerana minyak ini juga dapat memainkan peranan sebagai pelindung kulit bayi daripada serangan serangga.

    Terima kasih kepada aroma unik minyak telon ini yang menjadi punca menghalang nyamuk daripada mendekati si kecil. 

    Apa yang perlu ibu lakukan hanyalah menyapu minyak ini pada bahagian tangan dan kaki bayi – antara anggota tubuh yang sering menjadi sasaran gigitan serangga.

    5. Meningkatkan kualiti tidur bayi

    minyak telon baby

    Pada awal-awal tempoh selepas dilahirkan, bayi masih belum dapat membezakan tempoh siang atau malam. Itu sebabnya bayi lebih banyak tidur di siang hari dan berjaga pada waktu malam. Keadaan ini biasanya akan bertambah baik secara beransur-ansur. 

    Namun apa yang merungsingkan adalah apabila bayi akan menangis saat bangun daripada tidurnya. Sudah tentu situasi tersebut boleh menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.

    Jadi untuk membantu bayi mendapat tidur yang lebih lena, anda boleh memberikan urutan lembut pada si kecil bersama minyak telon ini sebelum mereka tidur – tidak kira tidur siang atau malam.

    Aroma yang terhasil daripada minyak ini dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada bayi untuk membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak.

    Kelebihan minyak telon baby #6. Atasi masalah penghadaman

    Masalah sembelit merupakan antara keadaan melibatkan sistem penghadaman yang sering dialami si kecil.

    Bahkan sembelit atau kesukaran membuang air besar ini sebenarnya merupakan masalah biasa untuk terjadi kepada bayi dan juga kanak-kanak di seluruh dunia. 

    Jika situasi ini terjadi kepada si kecil, anda boleh menggunakan minyak telon bagi membantu mengatasi masalah tersebut.

    Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menyapu minyak pada perut bayi. Dengan cara ini, khasiat minyak dalam mengatasi masalah penghadaman dapat dirasai oleh si kecil.

    minyak telon baby

    Adakah minyak telon berbahaya untuk bayi?

    Walaupun terdapat banyak manfaat minyak ini untuk bayi, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak menggunakannya. 

    Bercakap mengenai bahayanya minyak telon baby ini adalah berkaitan masalah pernafasan yang dialami si kecil.

    Ia berpunca daripada bau minyak itu sendiri – terutamanya jika ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

    Walaupun aroma minyak ini dikatakan dapat memberikan ketenangan kepada si manja, namun, penggunaan minyak secara berlebihan semasa melakukan urutan bayi amatlah tidak digalakkan.

    Cara terbaik adalah untuk menyapu minyak ini dan lakukan urutan perlahan sahaja. 

    Sekiranya tidak pasti mengenai urutan yang boleh dilakukan, dapatkan rundingan pakar pediatrik terlebih dahulu sebelum melakukannya kerana ini pedoman yang masih perlu kajian lanjutan.

    Ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan