backup og meta

Ini 8 Cara Sediakan Bekalan Makanan Baby 6 Bulan Kepada Pengasuh, Mudah! Senang Kerja Ibu

Ini 8 Cara Sediakan Bekalan Makanan Baby 6 Bulan Kepada Pengasuh, Mudah! Senang Kerja Ibu

Baby sudah boleh makan makanan pejal? Alamak, ibu perlu sediakan bekalan menu makanan bayi 6 bulan untuk dihantar ke rumah pengasuh. Bagaimana, ya? 

Tepat sangat pemilihan anda untuk membaca artikel ini kerana Hello Doktor akan berkongsikan cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Menu makanan bayi 6 bulan

Sebelum kita pergi kepada cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh, sudah tentu anda sebagai ibu bapa harus mengetahui apakah jenis makanan sesuai untuk diberikan kepada si kecil.

Makanan bayi dibuat daripada hanya enam jenis bahan asas, iaitu: 

  • Buah-buahan 
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin
  • Tenusu 
  • Air 
  • Daging (ikan, ayam, lembu)

Penggunaan bahan perasa tambahan seperti gula atau garam amat tidak digalakkan. Penambahan bahan perisa seperti inilah yang menyebabkan makanan hari ini menjadi tidak sihat.

Apabila anda dapat menghindari penggunaan bahan perasa – bukan mengehadkan – ia menjadikan menu makanan bayi 6 bulan lebih sihat. Ini sekali gus mencegah daripada mengembangkan tabiat pemakanan tidak sihat.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Ikuti 5 langkah berikut untuk menghasilkan pelbagai hidangan ringkas buat si comel anda:

  1. Pilih beberapa resipi makanan bayi untuk dibuat. Hidangan ini boleh menjadi puri bahan tunggal atau campuran perisa pelengkap. 
  2. Basuh tangan anda terlebih dahulu sebelum mula memasak. Amalan ini adalah penting untuk memastikan tahap kebersihan tangan dan menyingkirkan sebarang bahan tercemar.
  3. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Basuh, gosok, kupas dan potong buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut keperluan.
  4. Pastikan makanan masak hingga empuk – tidak kira sama ada anda membakar, mengukus, menggoreng, atau bahkan memasak menggunakan gelombang mikro.
  5. Jadikan makanan ke dalam bentuk puri. Masukkan bahan tambahan lain ke dalam puri seperti susu ibu atau formula mahupun air. 

Cara yang paling mudah untuk membuat makanan bayi adalah dengan memasukkan buah atau sayuran pilihan ke dalam pemproses makanan (food processor).

menu makanan bayi 6 bulan

Menu makanan bayi 6 bulan: Cara penyimpanan

Di atas, anda telah mengetahui secara asas cara menghasilkan makanan buat si comel. Kini, anda harus menyimpan setiap makanan yang dihasilkan – kerana bayi tidak akan boleh menghabiskan semua makanan dalam masa sehari!

Menyimpan makanan lenyek

Makanan yang dilecek atau dilenyek boleh disimpan di refillable squeeze pouches – boleh didapati dengan mudah secara atas talian. 

Penggunaan bekas isian semula ini memudahkan ibu untuk penyediaan makanan terutamanya apabila diberikan kepada pengasuh nanti. 

Menyimpan puri dalam menu makanan bayi 6 bulan

Untuk makanan jenis puri, biasanya ia akan dihasilkan dalam jumlah yang banyak sekali gus – biasanya sebagai bekalan seminggu atau untuk beberapa hari. 

Ia perlu disimpan di dalam peti sejuk biasa menggunakan bekas tertutup. Ini penting bagi memastikan kesegaran makanan ini kekal untuk tempoh antara 3-4 hari.

Jika anda menghasilkan puri dalam jumlah yang banyak, disarankan untuk menggunakan dulang kiub ais. Anda hanya perlu menuangkan puri ke dalamnya dan disimpan di dalam bahagian peti sejuk beku. 

menu makanan bayi 6 bulan

Dengan kaedah ini, anda boleh menyimpan puri dalam saiz yang kecil dan mencampurkannya dengan puri lain untuk memperkenalkan perisa makanan baharu kepada bayi. Paling penting, menu makanan bayi 6 bulan yang dibekukan ini boleh kekal segar sehingga 3 bulan atau lebih.

Sekiranya ingin memberi si kecil makan puri yang dibekukan ini, anda boleh memanaskannya di atas dapur atau menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Menyimpan makanan pepejal

Seperti makanan pepejal dewasa, ia boleh dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.

Sebaiknya gunakan bekas makan bersaiz kecil kerana biasanya anak tidak memerlukan kuantiti makanan yang banyak.

Label & letakkan tarikh menu makanan bayi 6 bulan

Setiap makanan yang disimpan di dalam peti sejuk atau untuk dibekukan, amat disarankan untuk dilabelkan dengan tarikh.

Baca juga:

Cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh

Bagaimana jika ingin membawa bekal makanan bayi kepada pengasuh ya?

Berikut ialah beberapa petua untuk menghantar makanan bayi buatan sendiri kepada pengasuh sebagai panduan buat ibu bapa:

Setiap hari

Anda boleh mencairkan beberapa bilangan kiub makanan yang diperlukan pada malam sebelumnya. 

Cara mencairkan yang disarankan adalah dengan meletakkan kiub makanan tersebut ke dalam bekas kecil bertutup dan diletakkan di bawah peti sejuk biasa.

Cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh #Bekalan 2-3 hari

Jika anda ingin membekalkan makanan untuk 2-3 hari sekali gus, gunakan cara yang sama seperti di atas tetapi menggunakan bekas berasingan. Jumlah kiub makanan yang akan dicairkan bertambah – bergantung kepada keperluan bayi.

menu makanan bayi 6 bulan

Pastikan di atas bekas makanan itu disertakan tarikh ‘guna sebelum’ untuk memastikan tahap makanan kekal elok. 

Jangan lupa menitipkan pesanan kepada pengasuh untuk menyimpan bekalan tersebut di dalam peti ais.

Untuk pengetahuan anda, kiub makanan yang dicairkan ini biasanya dapat bertahan hingga tempoh 48 jam.

Menggunakan termos

Jika ingin memudahkan pengasuh, anda boleh mencairkan serta memanaskan makanan yang akan dibekalkan. Kemudian simpankan ia ke dalam termos. Makanan akan kekal panas sehingga tempoh 7 jam!

Secara mingguan

Bagi bekalan makanan yang dihantar secara mingguan, sebaiknya ia diberikan dalam bentuk kiub makanan dalam bekas berasingan. Pastikan anda melabelkan tarikh untuk panduan pengasuh.

Semoga perkongsian mengenai menu makanan bayi 6 bulan & cara penyediaan bekalan untuk dihantar ke pengasuh ini dapat dijadikan panduan berguna untuk ibu bapa di luar sana. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Safe Food for Babies and Children: A Guide for Babysitters – Babysitter Edition. https://www.ag.ndsu.edu/publications/food-nutrition/safe-food-for-babies-and-children-a-guide-for-babysitters-babysitter-edition, Accessed on Aug 25, 2022
  2. Do’s and Don’ts of Transitioning Baby to Solid Foods. https://www.hopkinsallchildrens.org/ACH-News/General-News/Do-s-and-Don-ts-of-Transitioning-Baby-to-Solid-Foo, Accessed on Aug 25, 2022
  3. Snack & Meals. https://safesitter.org/snacks-and-meals/, Accessed on Aug 25, 2022
  4. Choosing and Instructing a Babysitter. https://kidshealth.org/CookChildrens/en/parents/babysitter.html, Accessed on Aug 25, 2022
  5. Babysitters: practical family checklist. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/work-child-care/nannies-and-babysitters/babysitters-checklist, Accessed on Aug 25, 2022
  6. Babysitting & Child Care Preparation. https://www.redcross.org/take-a-class/babysitting/babysitting-child-care-preparation, Accessed on Aug 25, 2022

 

Versi Terbaru

30/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Teruja Bayi Sudah Masuk 6 Bulan? Ini Yang WAJIB Ibu Tahu Sebelum Bagi Si Manja Makan

3 Sebab Patut ELAK Beri Bayi Makan Kicap @ Ibu Akan Menyesal Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan