home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

Berbicara mengenai keselamatan anak, perkara paling merisaukan adalah mengenai kes penculikan. Tapi pernah tak anda mendengar tentang penculikan digital?

Ia mungkin tidak menakutkan atau berbahaya seperti penculikan fizikal, namun ini adalah sejenis pencurian identiti yang mensasarkan kanak-kanak.

Ketahuinya dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

Kes penculikan secara maya

Jadi apa itu penculikan digital?

Penculikan secara maya atau digital kidnapping adalah apabila individu asing mencuri foto si kecil di bawah umur daripada internet dan menyiarkannya seolah-olah ia adalah gambar anak mereka sendiri.

Kemudian mereka akan menyiarkan foto tersebut di akaun media sosial dan menggemari ‘like’’ dan komen yang diterima.

Bahkan, ada tanda pagar atau hashtag khusus tertentu yang diletakkan pada gambar itu. Sudah pastinya ia sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.

Bahaya kes penculikan digital

Perkara ini tidak terhenti di situ sahaja, lebih membimbangkan lagi apabila ia dibawa ke tahap seterusnya.

Lebih teruk lagi apabila penjenayah siber ini menyalahgunakan gambar kanak-kanak yang dicuri untuk mencipta identiti baru.

Lagi berbahaya, mereka juga akan melakukan cubaan untuk menyusup masuk ke dalam kehidupan anak tanpa anda sedari. Kedengaran menakutkan, kan?

Sebagai ibu bapa, anda pastinya sering membuat hantaran pada media sosial anda gambar diri dan juga anak tanpa mengambil peduli siapa yang melihatnya atau kemungkinan ia dicuri.

Hampir separuh daripada penduduk dunia merupakan pengguna media sosial secara global pada masa kini.

Dianggarkan sekitar 4.5 bilion individu daripada seluruh populasi dunia menggunakan internet dan telah bersosial.

Ini bermakna risiko kes penculikan digital untuk terjadi adalah lebih tinggi. Jadi persoalannya, adakah anda tidak lagi boleh berkongsi gambar anak di media sosial?

media sosial

Menjaga keselamatan anak dalam media sosial

Tiada salahnya untuk anda berkongsi foto keluarga dan anak-anak atas talian dan melalui sebarang saluran media sosial.

Pun begitu, harus wujud tahap kesedaran yang penting untuk anda sekeluarga pertimbangkan.

Berikut adalah 5 tip untuk menjaga keselamatan anak berkaitan imej dan identiti daripada menjadi mangsa kes penculikan digital:

  1. Jadi selektif kepada siapa yang boleh melihat

Pastinya sukar untuk tidak langsung melakukan perkongsian di media sosial, kan? Tetapi sekurang-kurangnya, wujudkan sikap selektif dan berhati-hati.

Jika anda seorang individu yang gemar membuat perkongsian foto yang terlalu banyak, ada kajian menunjukkan bahawa mereka ini berisiko untuk mengalami masalah kemurungan.

Secara umumnya, anda bukan sahaja perlu memerhatikan tabiat perkongsian diri sendiri, tetapi juga perlu memantau sebarang perkongsian yang dilakukan ahli keluarga dan rakan.

  1. Hadkan akses kepada gambar anak

Sebagai ibu bapa, buat tetapan privasi yang lebih ketat di akaun sosial untuk mengehadkan siapa yang boleh melihat gambar anak-anak anda.

Sebagai contoh, di dalam akaun Facebook, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membataskan perkongsian kepada rakan sahaja.

Jangan lupa untuk juga menetapkan had akses pada gambar profil dan muka depan (cover photo) atau beberapa foto lain agar tidak dapat dilihat secara umum.

Pastinya cara ini boleh mengurangkan risiko kes penculikan secara maya daripada berlaku kepada anak dan keluarga anda.

keselamatan anak

  1. Meletakkan lokasi pada gambar

Jangan berikan lokasi anda.

Sebenarnya, setiap gambar yang anda tangkap menggunakan telefon pintar boleh mempunyai maklumat mengenai lokasi foto tersebut diambil. Bagaimana?

Dalam tetapan kamera telefon pintar, ada bahagian tandaan lokasi (location tags), merangkumi lokasi tepat atau koordinat GPS di mana gambar tersebut diambil.

Jadi tutup tetapan tersebut.

  1. Peraturan paling penting

Tidak semua individu atau ibu bapa mahukan gambar anak mereka disiarkan tanpa persetujuan, begitu juga dengan anda, kan? Pastinya ia melibatkan aspek keselamatan anak.

Jadi peraturannya begini, jika tidak mahu ada pihak yang berkongsi gambar anak anda tanpa kebenaran, lakukan perkara yang sama.

Jangan lupa untuk ajarkan kepada anak-anak untuk tidak berkongsi gambar tanpa meminta izin.

Ia mungkin dilihat sebagai sekadar perkongsian foto semata-mata, namun perbuatan tersebut bagi pandangan individu lain mungkin tidak sama.

  1. Kekal selamanya

Seperkara yang perlu anda ingat adalah apa yang berada di dalam internet akan kekal selamanya.

Anda mungkin telah mengeluarkan foto daripada akaun sosial, tetapi terdapat kemungkinan ada pihak lain menyimpannya, kan?

Tidak ada perkara yang benar-benar dapat dihapuskan daripada atas talian.

Jadi sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui dan menyedari mengenai batasan dalam setiap gambar atau apa jua yang dikongsikan atas talian demi keselamatan anak.

digital kidnapping

Cegah kes penculikan maya

Setiap ibu bapa perlu memahami dan mempertimbangkan semua kesan perkongsian gambar di media sosial, termasuk membaca dan memahami dasar privasi setiap forum atas talian yang digunakan.

Sentiasa ingat untuk melakukan dan menyemak tetapan keselamatan serta privasi bagi setiap perkongsian yang dilakukan dalam akaun sosial.

Sekiranya anda pernah berkongsi gambar anak pada laman web yang tidak diketahui tahap keselamatannya, adalah lebih baik membuang foto tersebut secepat yang mungkin.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 17/09/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x