backup og meta

Nak Bagi Anak Berselera Makan, Ini 3 Tip Kurangkan Garam Dalam Makanan Baby!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/11/2022

    Nak Bagi Anak Berselera Makan, Ini 3 Tip Kurangkan Garam Dalam Makanan Baby!

    Garam ialah salah satu bahan paling penting dalam setiap masakan. Oleh itu, ramai ibu bapa cenderung meletakkan garam dalam makanan baby mereka. Tujuannya supaya ada sedikit rasa dalam masakan yang disediakan dan si manja akan menyukai makanan tersebut.

    Walau bagaimanapun, adakah bayi anda sudah boleh makan garam dan adakah ada pengganti garam untuk makanan bayi? 

    Adakah bayi anda perlu garam dalam makanan mereka? 

    Ibu bapa tidak perlu meletakkan garam tambahan dalam makanan bayi kerana tubuh bayi hanya memerlukan amat sedikit garam, iaitu kurang daripada 1 g (0.4 g sodium) setiap hari sehingga mereka mencecah usia setahun.

    Buah pinggang bayi anda tidak boleh berfungsi dengan baik jika jumlah pengambilan garamnya lebih daripada 1 g.

    Bagi enam bulan pertama kehidupan, bayi anda mendapat jumlah sodium yang secukupnya daripada susu ibu atau susu formula bayi. 

    makanan baby

    Sebaik sahaja bayi anda mula makan makanan pejal, anda digalakkan untuk TIDAK meletakkan garam dalam makanan homemade atau makanan proses walaupun jika anda hanya meletakkan sedikit garam sahaja. 

    Bayi yang melebihi usia setahun pula hanya perlu sedikit sahaja garam. Sebaik sahaja dia memasuki usia setahun, jumlah maksimum garam yang disarankan adalah 2 g had setiap hari iaitu bersamaan dengan 0.8 g sodium, sehingga usia anak anda mencapai 3 tahun. 

    Jadi, tiada keperluan meletakkan garam dalam makanan baby umur bawah setahun. Manakala, untuk bayi melebihi usia setahun, anda mungkin boleh mencari pengganti garam untuk makanan bayi.

    3 tip untuk kurangkan garam dalam makanan baby

    1. Periksa label untuk jumlah sodium yang terkandung pada setiap produk sebelum anda membeli makanan baby

    Ibu bapa disarankan untuk menyediakan makanan sendiri untuk bayi setiap hari bagi mengelakkan terlebih jumlah garam dalam makanan baby dan mengelak daripada sebarang aditif seperti yang terkandung dalam makanan proses.

    Walau bagaimanapun, jika anda mahu membeli makanan proses, walaupun makanan yang dibuat khusus untuk bayi, anda masih perlu memeriksa label untuk melihat jika kandungannya menepati tahap yang disarankan.

    Bergantung kepada umur anak, jumlah garam yang bayi perlu ambil setiap hari ialah:

    • Daripada umur 1 hingga 3 tahun: 2 g garam setiap hari (bersamaan dengan 0.8 g sodium)
    • Daripada umur 4 hingga 6 tahun: 3 g garam setiap hari (bersamaan dengan 2 g sodium)
    • Daripada umur 7 hingga 10 tahun: 5 g garam setiap hari (bersamaan dengan 3 g sodium)
    • Daripada umur 11 tahun dan ke atas: 6 g garam setiap hari (bersamaan dengan 4 g sodium)

    Dengan memastikan yang anak anda tidak makan terlalu banyak garam bermakna anda sedang mencegah mereka daripada menggemari makanan masin, serta dapat menggalakkan mereka mengambil makanan yang kurang garam apabila dewasa nanti.

    2. Elakkan makanan yang mengandungi paras garam yang tinggi

    Jangan berikan bayi anda makanan yang tinggi sodium, atau sekurang-kurangnya cuba untuk kawal jumlah pengambilan garam pada bayi.

    • biskut
    • keropok
    • sup
    • sos gravy
    • sos
    • pizza
    • bacon
    • kerepek
    • keju
    • kuah granul
    • daging salai
    • buah zaitun
    • jeruk
    • udang kering
    • salami
    • kacang masin dan kacang panggang kering
    • ikan masin
    • daging dan ikan salai

    3. Berwaspada dengan kandungan sodium walaupun dalam makanan sihat

    makanan baby

    • Produk protein soya seperti miso atau tauhu perap
    • Keju proses, termasuk keju Amerika, Roquefort, keju Parmesan, keju biru, feta dan keju cottage
    • Minuman berasaskan susu, termasuklah buttermilk
    • Makanan Asia yang ada teriyaki atau sos soya (kecuali jika anda dapat mengawal kandungan sos)
    • Bijirin sejuk yang mengandungi 200 miligram atau lebih sodium

    Memberi anak makan bukanlah tugas yang mudah. Anda perlu belajar untuk membezakan antara jumlah garam yang digunakan untuk hidangan orang dewasa dan makanan kanak-kanak supaya bayi anda boleh membesar dengan sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan