backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Guna Ais Batu Pun Boleh Jadikan Muka Cantik? Jom Cuba Petua Mudah Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/10/2022

    Guna Ais Batu Pun Boleh Jadikan Muka Cantik? Jom Cuba Petua Mudah Ini!

    Percaya tak bahawa anda boleh menggunakan ais batu pada kulit sebagai tip penjagaan kulit muka? Ia bukan sahaja mudah, bahkan dikatakan efektif untuk dijadikan sebagai rawatan kecantikan wajah.

    Jom ketahui lanjut mengenainya dalam artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa kebaikan menggunakan ais batu?

    Sapuan ais pada bahagian tubuh untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy. Ia digunakan secara rutin untuk merawat kecederaan lebam. Tujuannya adalah:

    • Meredakan kesakitan dengan mengurangkan aktiviti saraf untuk sementara
    • Mengurangkan bengkak dengan menurunkan aliran darah
    • Mempercepatkan fungsi pemulihan dengan menggalakkan penyembuhan tisu lembut

    Rawatan ais muka atau skin icing hanya disokong oleh bukti anekdot. Setakat ini tiada lagi penyelidikan klinikal yang menyokong penggunaan ais sebagai rawatan muka yang berkesan.

    Umumnya, rawatan ais di wajah ini popular kerana ia mudah untuk dijelaskan, termasuklah:

    • Ia murah
    • Mudah dilakukan
    • Terdapat bukti anekdot
    • Mendapat liputan meluas di internet
    • Ia semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia
    • Dijadikan sebagai amalan logik dan masuk akal

    ais batu

    Cara menggunakan ais sebagai rawatan kecantikan wajah

    Untuk mencuba rawatan ini, anda perlu membalut beberapa ketul, 4-5 kiub ais dalam kain kapas lembut dan sapukan pada wajah dengan gerakan membulat selama 1-2 minit.

    Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari pada bahagian:

    Manfaat sapuan ais batu ke muka

    Air bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya kulit. Ia membuang semua toksin daripada tubuh, ini termasuklah melalui penggunaan air batu.

    Berikut adalah faedahnya untuk kulit wajah anda:

    1. Menyembuh & mencegah jerawat

    Sifat ais adalah antiradang yang membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ia menenangkan kulit, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah – punca utama munculnya jerawat.

    ais batu

    2. Ais batu menjadikan kulit lebih bersinar

    Anda tidak perlukan produk yang mahal jika mahu kulit bersinar. Hanya sapukan ais pada muka untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.

    Selain itu, penggunaan ais juga dapat meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting – vitamin.

    3. Menyingkirkan lingkaran hitam untuk kecantikan wajah

    Ais adalah ubat terbaik untuk masalah lingkaran hitam bawah mata

    Anda boleh merebus air mawar bersama jus timun dan bekukan campuran ini. Kemudian sapukan ais tersebut pada bahagian mata. 

    Tetapi anda harus bersabar dan mengulanginya beberapa hari untuk dapat melihat hasilnya.

    4. Kurangkan mata sembap dengan sapuan air batu

    Mata bengkak sering terjadi akibat kurang tidur atau mata stres, namun ais dapat membantu mengatasinya. Hanya sapukan ais pada kawasan terjejas dan bengkak akan hilang. 

    Anda boleh menambah kopi hitam pada kiub ais yang dapat menghilangkan bengkak mata dengan cepat.

    Baca juga:

    5. Mengurangkan tanda penuaan penting dalam kecantikan wajah

    Kedutan antara perkara yang paling merisaukan kebanyakan wanita kerana ia melambangkan penuaan. 

    Namun anda boleh mengawal, mengurang dan mencegah kedutan dengan menggunakan ais secara kerap pada kulit. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan mengecilkan liang pori kulit.

    6. Meredakan keradangan di wajah dengan ais batu

    Jika kulit terasa gatal atau meradang kesan pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan, alahan, ruam atau jerawat yang berterusan, ais boleh membantu menenangkan kulit. 

    Ia cara terbaik untuk menyempitkan saluran darah dan melegakan keradangan serta ketidakselesaan dalam masa singkat.

    7. Mengelupaskan kulit 

    Ais adalah ubat pengelupasan kulit semula jadi yang terbaik. Caranya dengan menggosok kiub ais susu. 

    Susu mengandungi asid laktik yang membantu membersihkan semua sel mati dan ais pula meningkatkan keserian dan cahaya semula jadi wajah.

    8. Sapuan ais batu bantu meningkatkan penyerapan produk lain

    Jika anda menyapu air batu pada kulit wajah sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit lain, tindakan itu dapat membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit.

    Idea inovatif menggunakan ais batu

    Selain daripada kiub ais biasa, anda juga boleh menambah bahan lain ke dalamnya untuk meningkatkan lagi manfaat kepada kulit, seperti:

    1. Kiub ais aloe vera 

    ais batu

    Dapatkan gel aloe vera segar dan bekukan di dalam bekas kuib ais. Ia dalam menjadikan kulit segar dan lebih anjal.

    2. Kiub ais teh hijau untuk kecantikan wajah 

    Bancuhkan teh hijau dan bekukannya. Teh hijau mempunyai ciri antibakteria dan antivirus serta kebaikan lain yang bagus untuk muka.

    Tuntasnya… 

    Walaupun tiada bukti saintifik, rawatan kecantikan wajah menggunakan air batu sangat popular serta mudah untuk diamalkan. 

    Anda juga boleh menambah bahan semula jadi lain seperti susu, aloe vera dan teh hijau untuk memenuhi penjagaan kulit khusus.

    Jika anda ingin mencuba amalan kecantikan ini, sebaiknya berbincang dengan pakar untuk mengetahui tahap kesesuaian kulit.

    Ini terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan kulit tertentu dan menggunakan sebarang ubat – seperti krim topikal atau preskripsi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan