backup og meta

Ini Kekerapan Berak Normal Untuk Bayi, Mama Papa Perlu Ambil Tahu!

Ini Kekerapan Berak Normal Untuk Bayi, Mama Papa Perlu Ambil Tahu!

Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa, sudah tentu banyak perkara perlu kalian belajar mengenai si kecil. Persoalan seperti “bayi normal berak berapa kali sehari?”, merupakan antara soalan yang sering ditanya.

Jika anda sering bertanyakan soalan berkaitan pergerakan usus bayi yang normal, teruskan membaca artikel ini untuk jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi normal berak berapa kali sehari: Usia 0-6 bulan

Dalam tempoh beberapa hari selepas kelahiran, bayi akan mengalami kekerapan buang air besar sekurang-kurangnya empat kali sehari. Terdapat juga si kecil yang akan berak sejurus setiap sesi penyusuan.

Anda harus mengetahui, kekerapan bayi berak menyusu susu formula boleh mencecah sehingga 12 kali sehari. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya bayi sering membuang air besar di awal usianya. Bahkan jumlah kekerapan ini boleh berlanjutan antara 3-5 hari hingga seminggu selepas lahir.

Mencecah usia 12 minggu, bayi boleh membuang najis antara 1-8 kali sehari, bergantung pada keadaan sistem pencernaan mereka.

Seiring peredaran masa, usus bayi boleh menyerap banyak susu hingga menghasilkan sejumlah kecil sisa buangan.

Ia adalah keadaan biasa untuk bayi menyusu badan berak sekali seminggu atau setiap kali selepas penyusuan.

Dalam erti kata lain, selagi bayi yang diberi susu badan membuang air besar sekurang-kurangnya sekali seminggu, tiada apa perlu dibimbangkan.

Manakala bayi yang diberi susu formula, berkemungkinan besar akan berak 1-2 kali sehari dalam tempoh 1-2 hari untuk beberapa bulan pertama. 

Jadi, normal ke bayi 1 tahun berak 3 kali sehari walaupun diberikan susu formula? Ya, situasi itu juga masih normal jika si kecil membuang air besar antara 3-4 kali sehari.

Bayi yang diberi gabungan susu badan dan formula pula boleh berak antara beberapa kali sehari hingga sekali seminggu.

Bayi normal berak berapa kali sehari: Perubahan pergerakan usus 

Kekerapan bayi berak mengikut umur.

Apabila bayi mula mengambil makanan pejal, sekitar usia 6 bulan, akan berlaku perubahan dalam pergerakan usus mereka. Ia akan menjadi kurang kerap dan konsistensi najis itu sendiri akan berubah.

Menjelang hari lahir pertama bayi, apabila mereka mula makan pelbagai jenis makanan pejal, najis akan mula berubah lagi.

Anda mungkin perasan bahawa bau, warna dan tekstur najis berbeza setiap hari, bergantung kepada apa yang dimakan anak.

Tekstur najis akan kelihatan seperti:

  • Lebih coklat
  • Lebih pekat
  • Kelihatan seperti najis dewasa

Bayi normal berak berapa kali sehari: Masalah sembelit & cirit-birit

Bagaimana pula untuk mengetahui sama ada si kecil mengalami masalah sembelit atau cirit-birit ya?

Adakah bayi sembelit?

Sekiranya si manja tampak tidak selesa dan konsistensi najis lebih tebal daripada ubat gigi atau kelihatan seperti kayu atau berbiji seakan guli, mungkin mereka sembelit.

Keadaan ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Jika bayi di bawah usia 4 bulan, ia biasanya kerana mereka tidak mendapat cecair yang mencukupi. Jadi atasinya dengan mengalakkan penyusuan.

Pergerakan usus: Bayi alami cirit-birit?

Jika najis bayi berair dan berbelang dengan lendir serta berak lebih kerap daripada biasa – ia petanda anak mengalami cirit-birit.

Ia boleh disebabkan antibiotik, terlalu banyak diberikan jus buah-buahan, adalah tidak disyorkan untuk bayi bawah setahun, alahan susu atau gastroenteritis – penyakit virus punca muntah dan cirit-birit.

Penting untuk memastikan bayi kekal terhidrat dengan susu ibu, formula atau larutan elektrolit pediatrik. 

Sekiranya ternampak tanda dehidrasi seperti bibir kering mata cekung atau ubun-ubun (fontanel) ke dalam – lakukan pemeriksaan doktor segera.

bayi normal berak berapa kali sehari
Jenis najis bayi.

Bayi normal berak berapa kali sehari: Jenis warnanya

Anda sudah mengetahui bayi 4 bulan berak berapa kali sehari tetapi bagaimana pula dengan warnanya?

Buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa, warna najis bayi boleh mengejutkan anda.

Umumnya, najis pertama bayi akan tampak tebal dan kehitaman – dipanggil mekonium dan ia adalah normal.

Berikut adalah maksud jenis warna najis bayi yang perlu anda ketahui:

Kuning 

Najis yang berwarna kuning, oren atau kecoklatan adalah normal.

Merah 

Walaupun tampak menakutkan, kebiasaannya apabila anak mula mengambil makanan pejal, najis boleh bertukar merah.

Sebaliknya, jika berak berdarah, ia boleh menandakan alahan atau terdapat pendarahan dalaman saluran gastrousus si kecil. Lakukan pemeriksaan doktor segera.

Bayi normal berak berapa kali sehari # Najis hijau 

Najis berwarna hijau gelap biasanya disebabkan oleh hempedu – cecair yang dihasilkan dalam hati bayi untuk membantu penghadaman.

Tetapi periksa dengan teliti dan pastikan ia bukan berwarna hitam – kerana ia boleh menandakan masalah kesihatan.

Hitam 

Sepatutnya berak bayi hanya akan berwarna hitam untuk najis pertamanya sahaja. Namun jika berlaku lagi ia mungkin tanda pendarahan perut. 

Periksa dengan teliti dan jika ia sememangnya berwarna hitam, lakukan pemeriksaan doktor segera.

bayi berak selepas makan
Warna najis bayi yang normal.

Putih atau kelabu muda

Najis berwarna putih boleh memberi isyarat bahawa si kecil mempunyai masalah hati dan tidak mencerna makanan dengan betul.

Kesimpulan

Kini persoalan mengenai bayi normal berak berapa kali sehari sudah terjawab. Bahkan anda juga sudah mengetahui warna najis yang normal atau sebaliknya.
Tetapi sekiranya masih terdapat pertanyaan atau kebimbangan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Scoop on Infant Poop: Is That Normal? https://www.chop.edu/news/health-tip/scoop-infant-poop-normal, Accessed on Nov 16, 2022
  2. Baby Poop Guide. https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/parenting/parenting-articles/baby-poop-guide/, Accessed on Nov 16, 2022
  3. Pooping By the Numbers. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Pooping-By-the-Numbers.aspx, Accessed on Nov 16, 2022
  4. Baby’s Poop. https://www.llli.org/babys-poop/, Accessed on Nov 16, 2022
  5. I’m breastfeeding my newborn and my baby’s stool is yellow and mushy. Is this what I should expect?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/baby-poop/faq-20057971, Accessed on Nov 16, 2022

 

Versi Terbaru

19/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Mak Ayah Boleh Buat Untuk Atasinya

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan