Masalah sembelit berlaku apabila baby tak berak atau ketika si kecil sukar membuang air besar seperti biasa.
Ada sesetengah anak di bawah usia 6 bulan akan mengalami pergerakan usus beberapa kali setiap hari.
Sesetengah bayi pula hanya membuang air besar sehari sekali atau sekali bagi setiap 2 hari.
Paling penting, tekstur najis bayi lembut dan mudah melalui usus.
Walaupun sembelit merupakan perkara biasa untuk terjadi, namun ada beberapa kes, ia mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Baby tak berak tandanya sembelit?
Si kecil mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap masuk ke dalam lampin.Â
Masalah sembelit bayi boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor.
Tetapi selalunya, tiada sebab atau punca yang jelas. Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – apabila penyebabnya tidak diketahui.
Jika anak tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis anak lembut atau cair, ia bererti tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.Â
Ini kerana ada kalanya bayi juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.Â
MeneranÂ
Ibu yang pernah menatap wajah si manja semasa berak pasti menyedari ada kalanya bayi kelihatan seakan meneran, bukan?
Tetapi itu tidak bermakna wujudnya masalah sembelit bayi.
Ini kerana otot perut bayi masih lemah menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis.
Si kecil tidak dikategorikan mengalami sembelit jika pergerakan usus yang lembut setelah beberapa minit meneran.
Tetapi jika proses meneran itu disertai dengan tangisan, tekanan, wajah kemerahan dan si kecil merengek, itu barulah petanda sembelit.Â
Jenis penyusuan dan masalah sembelit bayi
Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit dan masalah baby tak berak seminggu.
Menyusu badan
Isu sembelit jarang dialami oleh si kecil yang diberikan penyusuan susu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi.
Malah bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis berwarna kuning yang agak lembut teksturnya.Â
Bayi baru lahir yang diberikan susu ibu mungkin akan berak setiap kali selepas makan.Â
Manakala bayi lebih berusia mungkin tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu.
Jangan risau, ia bukan masalah sembelit ya ibu jika najis lembut dan cair.
Susu formula
Bayi yang diberikan susu formula biasanya mempunyai najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding si manja diberikan susu ibu.
Jika menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan bancuhan yang betul atau ia boleh menjadi punca baby tak berak.Â
Elakkan:Â
- Mencampur adukkan jenis susu
- Membuat bancuhan susu yang cair – tidak mengikut arahan bungkusan
- Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi kerana anak boleh tersedak dan menjadi punca masalah sembelit bayi dan bayi tak berak tapi kentut
Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.
Kaedah rawatan atasi keadaan baby tak berak
Terdapat beberapa cara boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah bayi 6 bulan tak berak tapi kentut, seperti:
- Berikan mandian air suam kepada bayi untuk melegakan usus
- Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar
- Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal
- Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor
- Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari – sama ada daripada susu ibu atau formula
- Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najisnya semakin lembut, kurangkan jumlahnya
Baby tak berak: Bila perlu dilakukan pemeriksaan doktor?
Berunding dengan doktor jika:
- Bayi tak berak tapi kentut dalam 2 hingga 3 hari
- Dalam keadaan tertekan
- Menunjukkan tanda masalah sembelit bayi yang didasari oleh keadaan perubatan
Lakukan pemeriksaan segera jika:
- Mengalami rasa sakit dan kesukaran teruk untuk berak
- Pendarahan selepas najis keras
- Demam
- Muntah
- Cirit-birit berdarah
- Perut kembung
- Tiada pertambahan atau berlaku penurunan berat
Baby tak berak berpunca keadaan perubatan
Bagaimana untuk mengetahui masalah sembelit bayi dan baby tak berak seminggu disebabkan oleh keadaan kesihatan?
Ini antara simptomnya:Â
- Baby tak berak dalam 2 hari pertama selepas dilahirkan
- Berat turun atau tidak berlaku penambahan berat pada bayi
- Kerap muntah
- Perut yang membengkak
- Mengalami kesakitan yang teruk
- Wujud kelainan pada bahagian dubur, contohnya lubang dubur tertutup
- Warna najis pucat
Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan bayi tak berak tapi kentut, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian, okay?
Dalam kes yang jarang berlaku, masalah baby tak berak seminggu mungkin disebabkan:
- Beberapa keadaan neurologi – masalah dengan sistem saraf bayi
- Masalah yang mempengaruhi kelenjar tiroid bayi
- Fibrosis sista
- Penyakit usus yang sangat jarang berlaku
[embed-health-tool-baby-poop-tool]