Dengan melakukan sentuhan ini, ia akan dapat:
- Mengurangkan tangisan bayi yang baru lahir
- Membantu memulakan dan mengekalkan penyusuan
- Membantu mengekalkan suhu badan bayi anda
Biasanya, selepas sentuhan pertama ini, bayi anda akan ditimbang, diukur dan dipantau untuk memastikan mereka sihat.
Sebaliknya, jika proses kelahiran adalah melalui pembedahan caesarean, tanyakan kepada doktor atau jururawat untuk memastikan si manja mendapat sentuhan kulit ke kulit seawal mungkin.
8 perkara lain dalam 24 jam selepas bersalin
-
Penimbangan dan pengukuran
Selepas penyusuan badan pertama, bayi akan ditimbang dan diambil ukuran panjang serta lilitan kepala.
Selepas bersalin dan proses kelahiran, si manja tidak perlu dimandikan untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.
Semasa penimbangan, si manja akan diberikan suntikan vitamin K bagi mengelakkan pendarahan kesan kekurangan vitamin ini.
-
Pengumpulan darah tali pusat jika anda Rh negatif
Sekiranya kumpulan darah anda Rh negatif, sebahagian darah akan diambil daripada tali pusat untuk menentukan sama ada kumpulan darah bayi serasi atau tidak.
Umumnya, kumpulan darah manusia dikelaskan kepada empat fenotip iaitu kumpulan darah A, B, O dan AB, manakala rhesus pula mempunyai 2 jenis iaitu positif dan negatif.
Bayi akan mula menunjukkan tanda ingin menyusu sebaik sahaja dilahirkan dan akan melekap serta menghisap payudara untuk tempoh sekurang-kurangnya 50 minit selepas proses kelahiran.
Kemudiannya, si manja mungkin boleh menyusu selama 1 jam atau lebih.

Bayi akan diletakkan berhampiran katil anda supaya anda dapat menjalinkan ikatan serta memenuhi keperluan mereka dengan mudah.
Biasanya, mereka akan tidur sejurus selepas penyusuan pertama dan akan berlangsung untuk tempoh 6 jam atau lebih.
Bahkan, si manja mungkin tidur lebih daripada separuh hari pertama mereka di dunia ini.
Antara pemantauan utama yang dibuat selepas bersalin dikenali sebagai skor Apgar.
Skor Apgar adalah untuk mengukur keadaan bayi apabila berada dalam kehidupan di luar rahim.
Ia adalah panduan untuk doktor, jururawat atau bidan sama ada bayi memerlukan rawatan atau pemantauan segera mahupun tidak.
Skor ini diukur pada 1 minit dan 5 minit selepas proses kelahiran semasa bayi berada di dada anda. Adakalanya ukuran diambil lagi pada 10 minit selepas dilahirkan.
Ia mencatatkan degupan jantung, pernafasan, warna, nada otot dan refleks bayi anda.
Skor maksimum adalah 10. Skor 7 dan ke atas biasanya bermaksud si manja sihat.
-
Deria pendengaran, rasa, bau dan sentuhan
Bayi telah mendengar dan memberi tindak balas terhadap suara anda bermula daripada fasa terakhir dalam trimester kedua.
Sudah tentu, setelah dilahirkan mereka akan dapat mengenali suara ibu mereka. Bahkan, si manja mungkin akan memusingkan kepala apabila mendengar suara anda.

Penglihatan bayi adalah kabur semasa lahir tetapi mereka akan dapat memberikan fokus pada wajah anda pada jarak sekitar 30 sentimeter (cm).
Ia dipanggil ‘jarak pelukan’ – hampir sama jaraknya antara payudara dan wajah anda.
Bayi akan menghidu dan merasakan cecair ketuban dan kolostrum – susu pertama dihasilkan payudara – mempunyai rasa yang sama.
Dalam 24 jam pertama, bayi akan kencing dan menyingkirkan mekonium (najis bayi baru lahir) sekurang-kurangnya sekali.
Mekonium berwarna hitam dan melekit. Najis bayi akan berubah warna dan konsistensi dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Nikmati masa yang ada
Sebaik sahaja selepas bersalin, percayalah kehidupan anda dan pasangan akan berubah. Tidak cukup tidur dan terpaksa bangun lewat malam adalah perkara biasa.
Walau apapun, hargailah setiap detik masa itu, kerana tempoh tumbesaran anak adalah singkat, dan anda pasti akan merinduinya nanti.