backup og meta

30℃, 35℃, 39℃? Adakah Suhu Demam Bayi Akan Sama Seperti Orang Dewasa?

Setiap pasangan ibu bapa yang baru pasti akan berasa gentar apabila bayi mereka mengalami demam, selesema dan batuk. Tahukah anda bahawa demam sebenarnya terjadi apabila si manja sedang melawan penyakit berjangkit dan juga virus? Jom kami kongsikan kepada anda mengenai suhu demam bayi yang sebenar dan rawatan yang boleh diambil oleh anda.

30℃, 35℃, 39℃? Adakah Suhu Demam Bayi Akan Sama Seperti Orang Dewasa?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa bayi demam?

Menjadi ibu bapa sebenarnya merupakan tanggungjawab yang besar. Anda bukan sahaja perlu memastikan pemakanan si manja berkhasiat, malah anda juga perlu sentiasa memantau keadaan semasa si manja anda.

Secara umumnya, gejala demam merupakan penyakit yang biasa dialami oleh bayi dan juga kanak-kanak. Buat anda yang masih belum tahu, demam bayi boleh terjadi disebabkan beberapa faktor berikut:

  • Imunisasi – tindak balas bayi selepas menerima suntikan vaksin dan boleh terjadi selepas beberapa jam atau hari selepas bayi menerima suntikan vaksin
  • Selesema –  hidung bayi akan tersumbat dan berair akibat saluran pernafasan dipenuhi dengan mukus atau juga dikenali sebagai hingus
  • Suhu –  suhu penghawa dingin terlampau tinggi atau rendah
  • Tumbuh gigi – bayi akan mengeluarkan air liur banyak dari biasa dan juga gusi bengkak atau merah

Berapa suhu demam bayi newborn?

Sekiranya bayi anda demam, adakah suhu badannya akan sama seperti suhu demam orang dewasa? Jawapannya tidak sama sekali. Ini kerana bayi yang berada di bawah usia tiga bulan dengan suhu 38℃  sudah dianggap mempunyai demam.

Suhu demam bayi yang sudah mencapai 39℃  juga perlu diambil serius kerana ia merupakan suhu demam yang paling tinggi dan memerlukan rawatan segera di wad. Manakala suhu demam orang dewasa pula 37.5℃ dan ke atas. Ini jelas menunjukkan bahawa suhu demam orang dewasa berbeza sekali dengan suhu demam bayi.

Oleh itu, ibu bapa disarankan supaya sentiasa peka dengan suhu demam anak mereka setiap hari dan tidak menunggu sehingga 40℃ untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

Berapa pula suhu demam bayi 6 bulan?

punca demam budak

Bagi bayi yang berusia tiga bulan dan ke atas, suhu demamnya adalah berbeza iaitu 38.5℃. Pada ketika ini, anda perlu berhati-hati kerana demam sawan boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga enam tahun.

Anda juga perlu memantau dengan teliti sekiranya si manja anda mengalami simptom demam sawan seperti yang berikut:

  • Tidak sedarkan diri
  • Tidak menujukkan tindak balas apabila dipanggil
  • Kedua-dua kaki dan tangan menjadi kejang atau tersentak-sentak
  • Mata terbeliak ke atas
  • Air liur mengalir keluar dari mulut
  • Terbuang air kecil atau air besar

Demam sawan ini kebiasaannya akan berhenti dengan sendiri selepas dua atau tiga minit atau kurang dari tempoh itu.

Walau bagaimanapun, jika si manja anda mengalami demam sawan yang melebihi dari lima minit, anda digalakkan untuk membawanya ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan secepat yang mungkin.

Berapa sebenarnya suhu demam budak?

rawatan demam budak

Suhu demam budak yang sudah mencapai umur 12 tahun dan ke atas sebenarnya sudah sama seperti suhu demam orang dewasa iaitu 37.5℃. Kanak-kanak yang demam kebiasaannya mengalami kelesuan, kurang selera makan dan minum, sakit kepala, dan menjadi kurang responsif seperti biasa.

Menjaga kanak-kanak demam sudah pasti memenatkan buat ibu bapa di luar sana. Sabar mama dan papa! Berikut merupakan beberapa petua yang boleh dilakukan oleh anda di rumah jika suhu demam anak anda tidak terlalu tinggi:

  • Mandikan si manja dengan air suam
  • Lap badan anak anda dengan kerap
  • Pastikan anak anda memakai pakaian yang nipis dan ringan
  • Lumurkan lendir bunga raya pada tubuh anak anda
  • Pastikan anak anda banyak minum air putih

suhu demam bayi

Kesimpulannya, anda perlu memantau suhu demam anak anda setiap masa dalam beberapa hari sehingga suhu anak anda kembali normal seperti biasa. Ingat! Anda disarankan untuk segera membawa anak anda hospital atau unit kecemasan sekiranya keadaan si manja semakin kronik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fever In Babies. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/fever-in-babies. Accessed on October 18, 2023.

Fever (0-12 Months) https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/fever-0-12-months/.  Accessed on October 18, 2023.

Fever (High Temperature) In Kids. https://kidshealth.org/en/parents/fever.html. Accessed on October 18, 2023.

Fever. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/fever/symptoms-causes/syc-20352759. Accessed on October 18, 2023.

Fever. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/fever. Accessed on October 18, 2023.

 

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Si Manja Asyik Batuk-batuk Saja? Apa Kata Ibu Cuba Tip Berikut Untuk Atasinya, BERKESAN!

Tanda Bahaya Jika Bayi Jaundis Mencapai Tahap Bacaan Ini, Ibu Jangan Terleka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan