Dah pukul 12, kenapa bayi susah tidur malam? Esok nak pergi kerja, tapi si kecil masih lagi enggan tidur. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak susah tidur malam, pasti anda tertanya-tanya mengapa anak sukar melelapkan mata. Cuba ingat balik, berapa kerap anak main telefon bimbit pada waktu siang?
Penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet telah menjadi lumrah dalam zaman yang serba canggih ini.
Sama ada untuk pembelajaraan, hiburan mahupun pekerjaan, setiap lapisan umur menggunakannya untuk memudahkan urusan harian mereka.
Namun yang demikian, terdapat kerisauan dalam kalangan ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menggunakannya terlalu kerap hingga ke lewat malam.
Kepada mama dan papa di luar sana, kenapa bayi susah tidur malam? Adakah ia disebabkan penggunaan peranti sebelum tidur?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kenapa bayi susah tidur malam?
Jawapan yang mudah kepada persoalan tersebut adalah ‘Ya’. Penggunaan peranti merupakan salah satu sebab kenapa bayi susah tidur malam.
Tetapi, kenapa bayi susah tidur malam? Antara sebabnya:
1. Pendedahan kepada cahaya

Pendedahan kepada cahaya telah lama diketahui sebagai salah satu punca gangguan tidur. Ini kerana ia boleh mengganggu rembesan sejenis hormon yang khusus iaitu hormon melatonin.
Hormon melatonin adalah hormon yang penting dalam kawalan ritma sikardian badan manusia. Ritma sikardian ini ibarat jam biologi yang menentukan perubahan hormon dan fungsi biologi badan berdasarkan kitaran waktu antara siang dan malam.
Ibarat jam randik kepada seorang manusia, hormon melatonin mengawal kitaran tidur-jaga dengan memberitahu badan bahawa waktu malam telah tiba.
Rentetan itu, ritma sikardian badan akan menyebabkan fisiologi normal ketika waktu malam untuk berlaku. Ini termasuklah penghasilan pelbagai jenis hormon untuk membantu badan lebih relaks dan mudah untuk tidur.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah bagaimana pengguna peranti di kamar tidur boleh menyebabkan anak susah tidur malam.
Sumber cahaya daripada skrin telefon atau tablet akan terus menerus mengganggu rembesan melatonin mereka.
Tambahan lagi, cahaya biru yang terkandung dalam keseluruhan gelombang cahaya pancaran peranti mempunyai kesan yang paling kuat terhadap halangan ke atas melatonin.
Oleh yang demikian, kebanyakannya peranti moden telah dilengkapi dengan mod khusus yang menghalang pancaran cahaya biru.
Walaupun matlamat asalnya adalah untuk membolehkan orang dewasa bekerja sedikit lewat menggunakan peranti mereka tanpa kehilangan rasa mengantuk, ibu bapa juga boleh memilih mod ini untuk mengatasi masalah anak susah tidur malam.
2. Rangsangan atas talian punca kenapa bayi susah tidur malam
Peranti mudah alih ini mengandungi pelbagai jenis aplikasi yang cukup kaya dengan rangsangan. Rangsangan ini boleh datang dalam bentuk interaksi melalui aplikasi media sosial dan juga dalam bentuk konten yang menghiburkan.
Sedar atau tidak, cukup mudah untuk seseorang menjadi ketagih terhadap kandungan-kandungan yang ada atas talian.
Bukan setakat anak susah tidur malam, limpahan konten dan hiburan ini juga menyebabkan orang dewasa turut terganggu tidurnya.
Walau bagaimanapun, alasan mengapa rangsangan ini menjadi punca anak susah tidur malam yang lebih serius adalah kerana mereka mempunyai kawalan kendiri yang kurang bagus.

Orang dewasa masih lagi berupaya untuk menetapkan waktu tidur dan mengehadkan diri mereka.
Jika kandungan tersebut membabitkan video tarian dan cabaran-cabaran tertentu, anak-anak juga mungkin akan lebih cenderung untuk melakukannya demi melibatkan diri dalam cabaran-cabaran tersebut.
Aktiviti tambahan ini akan melenggahkan lagi waktu tidur mereka. Natijahnya, golongan kanak-kanak akan tidur lebih lewat, menyebabkan mereka tidak mendapatkan jumlah waktu tidur yang optimum.
Jika dibiar berlarutan terlalu lama, faktor pendedahan kepada cahaya dan rangsangan atas talian akan menyebabkan satu lagi punca anak susah tidur malam – pembentukan tabiat dan waktu tidur yang baru.
Kedua-dua faktor tadi, jika tidak diatasi di peringkat yang awal, akan menyebabkan anak-anak memiliki tabiat tidur yang lewat dan jumlah tidur yang pendek.
Tidur yang tidak mencukupi untuk kanak-kanak bukan sahaja mengganggu pembelajaran mereka di sekolah, ia juga boleh membantutkan tumbesaran mereka.
Baca juga:

Sebagai kesimpulan, penggunaan peranti seperti telefon pintar dan tablet merupakan punca kenapa bayi susah tidur malam.
Waktu tidur yang tidak optimum atau mencukupi dapat menjejaskan tumbesaran dan kecerdasan mereka.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu peka terhadap jumlah pendedahan kepada peranti sebelum anak-anak tidur.
Sekiranya mereka memerlukan sedikit masa tambahan, pastikan anda menggunakan mod khusus untuk menghalang pancaran lampu biru.
Dalam masa yang sama, pastikan konten yang dilayari bukanlah jenis yang tinggi rangsangan seperti video.
Sebaliknya, galakkan mereka mengakses bahan bacaan yang tidak mempunya kadar rangsangan visual yang tinggi.
Selain itu, pendedahan kepada cahaya bukan sahaja disebabkan oleh telefon pintar atau tablet, ia juga boleh disebabkan oleh pancaran dariapada lampu jalan melalui tingkap, TV dan lampu bilik.
Oleh yang demikian, ibu bapa digalakkan untuk memastikan mereka tidur dalam keadaan yang gelap sepenuhnya bagi membantu rembesan hormon melatonin mereka.