backup og meta

Anak Masih Merangkak Membaca? Ini 7 Cara Ajar Anak Baca Buku Dengan Berkesan!

Anak dah nak masuk usia 6 tahun tapi masih belum lancar membaca? Jangan risau, mengajar anak membaca buku sememangnya mencabar, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan! Dengan cara ajar anak membaca buku yang tepat dan menyeronokkan, si kecil bukan sahaja boleh belajar membaca dengan mudah, tapi mereka juga boleh mula menikmati pembacaan tanpa rasa bosan.

Anak Masih Merangkak Membaca? Ini 7 Cara Ajar Anak Baca Buku Dengan Berkesan!

Nak tahu cara ajar anak membaca dengan cepat? Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara ajar anak membaca buku dalam masa singkat!

Aktiviti membaca sangat baik untuk perkembangan si manja anda. Apabila buku menjadi peneman si kecil, kemahiran bahasa mereka juga akan turut berkembang.

Berikut adalah 4 cara ajar anak membaca dari kecil yang ibu ayah mesti cuba lakukan:

Cara ajar anak membaca #1. Mulakan dari awal

Jangan terkejut ya, waktu sesuai ajar anak membaca buku adalah sewaktu mereka masih bayi lagi!

Ini kerana, bayi yang baru lahir juga turut belajar mengenal bahasa melalui orang dewasa yang mengulangi dan membacakan perkataan kepada mereka.

Apabila anda membaca kepada si kecil, berceritalah tentang watak dan objek dalam buku atau bunyi haiwan yang terdapat di dalamnya. Mendengar suara anda membantu mereka memahami huruf dan gambar yang mereka lihat.

Semasa membaca, cuba variasikan nada dan intonasi suara anda, atau gunakan suara berbeza untuk watak-watak tertentu. Ini bukan sahaja membuatkan si kecil lebih tertarik, tetapi juga menjadikan penceritaan anda tampak menyeronokkan!

Cara ajar anak membaca suku kata #2. Nyanyikan lagu berima atau lagu kanak-kanak

Perkenalkan lagu berima atau lagu kanak-kanak dengan teks yang mudah diikuti. Anda boleh tunjukkan buku dengan teks berima sambil menyanyikan lagu tersebut.

Ini membantu kanak-kanak mendengar suku kata lagu-lagu yang dinyanyikan dan dapat meningkatkan kemahiran mendengar mereka.

Misalnya, ibu ayah boleh menyanyi bersama si manja sambil menggaya dengan lagu-lagu animasi tempatan seperti Omar & Hana dan Didi & Friends!

#3. Gunakan kad imbasan dengan abjad dan nombor

cara ajar anak membaca
Kad imbasan abjad untuk anak.

Perkenalkan kad imbasan dengan abjad dan nombor, sambil mengaitkan setiap huruf dengan gambar kepada si kecil anda seperti: “A” untuk epal, “B” untuk bola.

Apabila bayi semakin membesar, anda boleh beralih ke kad imbasan yang lebih kompleks dengan perkataan penuh. Mengulang kad imbasan ini setiap hari membantu memperkuat pengenalan bahasa mereka.

#4. Cara ajar anak membaca dengan bermain papan magnet huruf

Gunakan papan magnet dan huruf magnet untuk mengajar anak mengenal huruf dan suku kata. Anda boleh menyusun huruf atau suku kata mudah pada papan magnet, kemudian meminta anak untuk menyebutnya dengan betul.

Anda boleh meminta anak untuk menyusun suku kata tersebut untuk membentuk perkataan.

Contohnya, “ka” + “ki” = “kaki”. Ulang cara ajar anak membaca suku kata ini beberapa kali menggunakan suku kata yang berbeza untuk memperkenalkan lebih banyak perkataan.

Aktiviti ini dapat membantu anak mengenal bentuk huruf sambil berlatih menyebutnya.

anak lancar membaca
Manfaat ajar anak baca buku dengan suara yang kuat.

Cara ajar anak membaca 4 tahun

#1. Belikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak

Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap kemampuan anak. Misalnya, buku bergambar dengan teks yang mudah dan cerita yang menarik sangat sesuai untuk usia ini.

Pastikan bahan bacaan tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang mudah dikenali dan sering digunakan dalam kehidupan harian anak.

#2.  Gunakan buku interaktif, salah satu cara ajar anak membaca 4 tahun

Buku interaktif seperti buku yang mempunyai pelekat, pop-up, atau bunyi boleh membuatkan anak lebih terlibat dan berminat untuk membaca.

Buku jenis ini memberikan pengalaman membaca yang lebih menyeronokkan dan membolehkan anak berinteraksi dengan cerita, menjadikannya lebih mudah diingati.

#3. Kunjungi perpustakaan

cara ajar anak membaca
Membawa anak ke perpustakaan dapat menarik minat mereka untuk membaca buku.

Bawa anak ke perpustakaan dan biarkan mereka memilih buku yang mereka minati. Perpustakaan adalah tempat yang ideal untuk memperkenalkan anak kepada pelbagai jenis bahan bacaan. Dengan memberi mereka kebebasan untuk memilih, anak akan lebih bersemangat untuk membaca.

Bila waktu sesuai ajar anak membaca?

Berikut adalah beberapa pilihan waktu sesuai untuk mengajar anak membaca:

  • Selepas bangun tidur atau waktu pagi – Ini adalah waktu sesuai ajar anak membaca buku kerana pada waktu inilah minda anak anda masih segar dan mereka lebih mudah untuk memberi tumpuan
  • Selepas berehat atau makan tengah hari –  Anda boleh memilih waktu ini untuk sesi pembelajaran membaca, terutama jika anak tidak terlalu penat atau lapar
  • Sebelum tidurMembaca sebelum tidur adalah rutin yang sangat baik untuk mengajar anak membaca. Pilih buku yang sesuai dan bacakan dengan perlahan supaya anak dapat menumpukan perhatian pada huruf dan perkataan yang dibaca

Minat membaca membuka dunia baharu untuk anak anda

Mengajar anak membaca adalah satu perjalanan yang penuh dengan cabaran, tetapi juga menyeronokkan. Jangan lupa untuk memberi pujian setiap kali mereka berjaya mengenal huruf baru atau membaca perkataan dengan betul. Setiap langkah kecil yang mereka ambil adalah pencapaian besar!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Reading Books to Babies. https://kidshealth.org/en/parents/reading-babies.html. Diakses 1 Disember 2024.
  2. Read Early and Often. https://www.zerotothree.org/resource/read-early-and-often/. Diakses 1 Disember 2024.
  3. 10 Tips to Help Your Child Fall in Love with Reading. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/gradeschool/school/Pages/10-Tips-to-Help-Your-Child-Fall-in-Love-with-Reading.aspx. Diakses 1 Disember 2024.
  4. 8 tips to help young kids develop good reading habits. https://www.understood.org/en/articles/8-tips-to-help-young-kids-develop-good-reading-habits. Diakses 1 Disember 2024.
  5. Reading with Your Child. https://www.readingrockets.org/topics/early-literacy-development/articles/reading-your-child. Diakses 1 Disember 2024.

Versi Terbaru

21/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Kenapa Anak Perlu Daftar Prasekolah, Ramai Ibu Bapa Tak Sedar!

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan