10 Nama Anak Lelaki Yang Trending, Menjadi Pilihan Ibu Bapa Zaman Sekarang!

Bakal menimang cahaya mata lelaki tetapi masih belum menemui nama yang berkenan di hati? Jangan risau, ada banyak pilihan nama anak lelaki yang bukan sahaja sedap didengar, malah mempunyai makna yang indah.
Jom lihat senarai nama anak lelaki yang trending pada tahun 2026, lengkap dengan maksudnya untuk membantu anda mencari nama yang sesuai buat si kecil!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Beri nama anak berubah mengikut zaman
Anda sedar tak penggunaan nama anak zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu?
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ibu bapa zaman kini cenderung menamakan anak mereka dengan gaya ejaan lebih kontemporari iaitu daripada klasik kepada moden.
Contohnya ejaan nama nama seperti Zahra menjadi Zara, Hafiz menjadi Hafeez dan Amir menjadi Ameer atau Amer selain menggunakan nama seperti Noah, Mikael, Adam, Aryan, Zayn, Rayyan, Sofia, Inara, Alessa, Maryam, Hanna serta Aurora.
Pun begitu, walaupun nama moden semakin banyak digunakan, nama Muhammad dan Nur masih lagi memegang jumlah pendaftaran tertinggi secara keseluruhan di Malaysia antara 2024 hingga 2025.
Berdasarkan rekod dari 2024 hingga 2025, nama Muhammad merekodkan 6,603 pendaftaran dan Nur sebanyak 3,926.
10 Nama anak lelaki tahun 2026 yang popular & trending
Bagi ibu bapa yang mahukan nama lebih moden tetapi tetap bermakna, senarai ini boleh jadi rujukan:

1. Noah
Nama anak lelaki yang anda boleh berikan kepada si manja anda ialah Noah. Ia mudah dipanggil dan moden.
Ejaan nama Nuh, Noh atau Noah memberi makna yang sama iaitu selesa, mudah.
Nama ini merupakan nama Nabi Nuh A.S.
2. Mikael
Nama ini antara yang popular dan trending untuk diberikan kepada si manja anda. Makna nama ini ada dua iaitu:
- Pemberian Allah
- Nama malaikat utama dalam Islam ini ditugaskan untuk menguruskan rezeki. Hal ini termasuklah menyediakan hujan bagi membantu tanaman yang ada di bumi. Selain itu, Malaikat Mikail memainkan peranan dalam menjaga keseimbangan alam semesta, termasuk dalam mengawasi unsur-unsur cuaca dan fenomena alam lainnya.
3. Zayn
Idea nama menarik yang lain buat baby boy anda ialah Zayn. Istimewanya nama ini memberi makna yang baik buat si manja anda iaitu indah, cantik, kacak.
4. Rayyan
Rayyan, antara nama anak lelaki moden yang menjadi pilihan ibu bapa zaman sekarang.
Nama ini memberi makna pintu syurga untuk orang yang berpuasa.
5. Danish
Ibu bapa mana yang tidak mengimpikan anak mereka bijak dan cerdik, bukan? Anda boleh berikan nama Danish yang memberi makna pengetahuan, bijak. Nama yang disebut setiap hari kelak bakal membentuk peribadi dan menguatkan ikatan jiwa.
6. Nufail, nama anak lelaki moden
Anak adalah amanah dan hadiah buat pasangan suami isteri. Bagi menghargai si cilik yang hadir di dalam hidup anda, anda boleh berikan nama Nufail yang memberi makna pemberian, hadiah.
7. Anaqi
Antara nama anak lelaki moden dan ada makna yang baik ialah Anaqi. Makna nama Anaqi ialah keindahan yang menawan hati.
8. Zaydan
Zaydan ialah nama anak lelaki yang moden. Nama ini memberi makna pertumbuhan, pertambahan atau kelimpahan.
Nama ini berasal daripada kata dasar yang sama dengan Zayd. Nama ini kadang kala ditulis dengan pelbagai variasi seperti Zaidan, Zidan, Zidane, Zaidaan, Zaidun dan Zaiduun.
9. Haidar
Nama Haidar memberi makna berani, singa.
Gabungan nama moden dengan nama Islamik seperti ini semakin popular kerana ia memberikan bunyi yang segar tanpa mengetepikan maksud yang baik.
10. Ukasyah
Ukasyah ialah nama sahabat Nabi Muhammad SAW, labah-labah.
Berikan nama anak lelaki yang baik
Memilih nama baby boy adalah salah satu keputusan paling bermakna yang bakal ibu bapa tidak kisah anda first time parent ataupun tidak. Sama ada anda hendak berikan nama Islamik atau moden, atau gabungan kedua-duanya, pastikan ia membawa maksud yang baik dan mudah dibawa sepanjang hayat anak anda.
Usah berikan nama yang sedap tetapi tidak memberi sebarang makna. Semoga senarai di atas membantu proses pencarian nama yang sempurna untuk si cilik anda!