Batuk merupakan satu tindakbalas semulajadi yang menyingkirkan bendasing dan juga kuman di dalam badan kita. Ia akan menghasilkan lendir dan juga kahak di dalam paru-paru anda.
Batuk merupakan satu tindakbalas semulajadi yang menyingkirkan bendasing dan juga kuman di dalam badan kita. Ia akan menghasilkan lendir dan juga kahak di dalam paru-paru anda.

Batuk bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa, malah ia juga boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak. Justeru itu, artikel ini ditulis untuk berkongsi dengan para ibu bapa di luar sana tentang cara hilangkan kahak bayi yang berkesan.
Namun perlu diingatkan, artikel ini hanya akan kongsikan beberapa tip untuk menghilangkan kahak bayi tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor jika keadaan bayi anda semakin kronik.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Kesihatan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Sebelum mengetahui tentang cara hilang kahak bayi, mama dan papa harus mengetahui punca si manja anda boleh mengalami batuk berkahak.
Batuk berkahak sebenarnya bermula dengan gejala selesema dan juga batuk ringan. Terdapat beberapa jenis infeksi pernafasan yang boleh menyebabkan batuk berkahak seperti berikut:
Bronkiolitis merupakan jangkitan saluran udara kecil dalam paru-paru. Ia biasanya terjadi disebabkan virus syncytial pernafasan (RSV).
Infeksi pernafasan ini biasanya berlaku ketika udara sejuk dan disertai dengan gejala demam, hidung tersumbat atau berair, sakit tekak, sakit telinga dan kehilangan selera makan.
Pneumonia pula merupakan jangkitan yang boleh menyebabkan paru-paru bengkak, penuh dengan lendir dan bernanah. Kesannya, si kecil anda mungkin akan mengalami gejala seperti demam, keletihan, muntah dan cirit-birit.
Kroup merupakan sejenis infeksi yang menyerang tekak dan pita suara. Kesannya, suara kanak-kanak akan bertukar menjadi garau dan kasar serta mengalami batuk yang teruk.
Kanak-kanak ini juga berisiko untuk mengalami kesukaran bernafas dan akan mengeluarkan bunyi stridor (bunyi mencicit yang kuat) ketika sedang bernafas.

Lemon sebenarnya kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan imunisasi badan bayi anda untuk mengatasi gejala seperti batuk, demam dan selesema. Ia juga mengandungi asid sitrik yang boleh membantu kahak si kecil anda untuk cair dengan segera.
Anda boleh cuba untuk mandikan si kecil anda bersama mandian lemon. Caranya ialah letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam baby bath tub yang telah diisikan dengan air suam.
Untuk pengetahuan anda, bau lemon ini juga sebenarnya dapat membantu untuk mengeringkan hingus bayi anda daripada terus mengalir dan dapat menurunkan suhu demam anak anda.
Diet harian yang berkhasiat juga amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Ini kerana pemakanan yang baik sebenarnya dapat membantu sistem imunisasi bayi mereka untuk melawan pelbagai penyakit.
Mama yang menyusu seharusnya makan makanan yang berkhasiat seperti yogurt, ubi keledek, avokado, nasi perang dan juga beri biru untuk meningkatkan imuniti bayi mereka.
Anda juga perlu pastikan bahawa pemakanan bayi anda juga mengandungi semua nutrisi penting dan berkhasiat apabila si kecil sudah boleh minum dan makan makanan separa pejal.

Penggunaan rawatan di rumah juga merupakan salah satu cara hilang kahak bayi anda dengan mudah dan selamat. Berikut merupakan beberapa senarai rawatan yang boleh anda cuba di rumah:
Semoga artikel ini dapat memberikan pencerahan sedikit dan menjawab segala persoalan para ibu bapa mengenai cara hilangkan kahak bayi yang berkesan. Ingat! Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan batuk bayi anda semakin kronik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How To Handle A Cough. https://kidshealth.org/en/parents/cough-sheet.html Diakses pada 13 Oktober 2023.
Cough (0-12 Months)? https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/cough-0-12-months/ Diakses pada 13 Oktober 2023.
Here’s What Your Baby’s Cough Could Mean. https://www.texaschildrens.org/blog/here%E2%80%99s-what-your-baby%E2%80%99s-cough-could-mean Diakses pada 13 Oktober 2023.
Common Cold In Babies. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold-in-babies/symptoms-causes/syc-20351651 Diakses pada 13 Oktober 2023.
Selesema Dan Batuk. http://www.myhealth.gov.my/selesema-dan-batuk/ Diakses pada 13 Oktober 2023.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor