5 Sebab Kenapa Si Manja Anda Berak Berdarah Dan Berlendir. #5 Paling Bahaya!
Masalah bayi berak berdarah ini sudah pasti akan mencetuskan kegelisahan buat para ibu bapa.

Namun begitu, adakah kondisi najis bayi berdarah ini membahayakan bayi anda atau tidak?
Jangan panik dahulu! Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui bagaimana bayi boleh berak berdarah dan cara untuk merawatnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apa punca bayi 1 bulan berak berdarah?
Kondisi najis bayi boleh berubah-ubah bergantung kepada puncanya.
Berikut merupakan beberapa punca yang boleh menyebabkan bayi anda berak berdarah:
Sebab bayi berak berdarah #1. Mengalami alahan kepada susu lembu
Sesetengah bayi akan mengalami alahan protein yang terkandung dalam susu formula atau susu lembu. Disebabkan itu, para ibu disarankan untuk menyusu bayi anda sehingga umur enam bulan.
Ibu yang menyusukan bayi juga perlu perlu menghindari dari memakan makanan yang mengandungi protein lembu seperti keju, susu, yogurt, daging lembu dan sebagainya kerana ia juga akan mempengaruhi najis bayi anda yang masih lagi menyusu.
Sebab bayi berak berdarah #2. Masalah sembelit
Bayi yang mengalami sembelit mungkin meneran untuk membuang air besar.
Najis yang keras boleh melukakan bahagian dubur bayi (anal fissure) dan juga boleh menyebabkan ada koyakan kecil di bahagian tersebut (fisur dubur).
Kesannya, bayi akan mengeluarkan najis berdarah dan menyebabkan kesakitan serta kegatalan ketika bayi membuang najis.
Sebab bayi berak berdarah #3. Jangkitan
Jangkitan tertentu boleh menyebabkan darah dalam najis bayi. Sesetengah bayi mungkin mengalami cirit-birit apabila mereka mengalami jangkitan.
Salah satu jangkitan yang paling berbahaya ialah necrotizing enterocolitis. Jangkitan ini biasanya berlaku dalam kalangan bayi pramatang.
Simptom jangkitan ini adalah perut bayi akan kelihatan bengkak atau bayi tiada selera makan.
Necrotizing enterocolitis juga boleh membawa maut. Oleh itu, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan bayi anda semakin kronik.
#4. Kandungan darah dalam susu ibu

Kadang kala, susu ibu juga boleh mengandungi darah. Keadaan ini mungkin berlaku kerana puting si ibu mengalami sedikit kecederaan.
Bayi mungkin menelan sedikit darah semasa penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi berak berdarah dan najis kelihatan kemerah-merahan.
Namun begitu, situasi ini tidak berbahaya untuk bayi yang menelan darah semasa menyusu.
Tetapi, ibu yang mengalami masalah kecederaan pada puting dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan kerana ia boleh mengganggu penyusuan dan juga menyebabkan jangkitan yang lain berlaku pada anda.
#5. Intussusception
Intussusception berlaku apabila usus masuk ke dalam bahagian usus yang lain dan akhirnya mengakibatkan usus tersumbat.
Penyakit ini kerap menyerang bayi yang berumur lima ke sembilan bulan.
Bayi yang mengalami keadaan ini akan menangis kesakitan dan meneran semasa membuang najis.
Najis si manja anda juga akan bercampur darah dan lendir yang juga dikenali sebagai red currant jelly stools.
Berjumpalah dengan doktor segera jika bayi anda mengalami situasi ini kerana ia perlu dirawat dengan segera.
Memahami jenis warna najis bayi 1 tahun berak berdarah

Berikut merupakan beberapa jenis warna najis si manja anda yang perlu anda pantau:
- Hitam – normal untuk bayi berusia bawah seminggu tetapi bahaya bagi bayi yang berusia lebih seminggu
- Hijau – berlaku disebabkan ubat-ubatan, diet dan alahan
- Putih – disarankan untuk berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan bayi mempunyai masalah hati
- Coklat atau jingga – normal untuk bayi yang diberi susu formula
- Kuning – normal bagi bayi yang sedang menyusu dari ibu
- Merah – perlu berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan si manja mengalami berak berdarah dan risiko penyakit lain
Petua hilangkan berak berdarah bayi
Tidak semua masalah najis berdarah ini memerlukan rawatan kerana kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, doktor mungkin akan berusaha untuk mendiagnosis masalah bayi berak berdarah ini sekiranya ia semakin berlarutan. Rawatan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
- Antibiotik – doktor mungkin menetapkan antibiotik untuk jangkitan tertentu untuk merawat fisur
- Fluid – bayi akan diberi cecair intravena (IV) atau minuman elektrolit untuk merawat cirit-birit
- Perubahan diet – ibu yang menyusu digalakkan mengambil banyak serat bagi membantu masalah sembelit bayi
- Rawatan untuk fisur dubur – doktor akan mengesyorkan penggunaan sitz bath dan juga krim
- Pembedahan – sekatan dalam usus yang menyebabkan pendarahan mungkin memerlukan pembedahan
Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk tidak berlengah-lengah dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan si manja anda semakin memudaratkan dan bagi mencegah risiko mendapat penyakit lain.
