Setiap wanita akan mengalami proses kehamilan yang berbeza. Tetapi mengetahui cara hilangkan alahan mengandung pastinya akan membawa kelegaan kepada diri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Punca alahan mengandung teruk
Sebelum mengetahui cara hilangkan alahan mengandung, ayuh kita fahami apakah antara faktor yang menjadi penyumbang kepada gejala ini.
Kenapa rasa mual semasa mengandung?
Punca sebenarnya mual atau morning sickness masih belum dapat ditentukan. Namun, perubahan hormon mungkin memainkan peranan penting.
Tahap estrogen
Peningkatan tahap hormon estrogen di dalam badan boleh menyumbang kepada mual pagi. Namun masih belum ada kajian untuk mengesahkannya.
Tahap progesteron
Bagi wanita hamil, tahap hormon progesteron juga meningkat. Ini melegakan otot rahim dan mencegah kelahiran awal.
Pun begitu, ia boleh mengendurkan perut dan usus, mengakibatkan asid perut berlebihan dan penyakit refluks gastroesophageal atau asid refluks.
Punca alahan mengandung teruk #Human chorionic gonadotropin
Tahap hormon human chorionic gonadotropin (hCG) juga meningkat dan boleh menyebabkan muntah. Ia disebabkan perkembangan embrio yang menghasilkan hormon ini sebaik sahaja persenyawaan berlaku.
Tahap hCG akan memuncak sekitar minggu ke 9-12 kehamilan, secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan loya dan muntah.
Deria bau, punca kenapa rasa mual semasa mengandung
Semasa mengandung, seseorang mungkin menjadi lebih sensitif terhadap bau. Ini boleh merangsang pencetus mual dan mengakibatkan loya serta muntah.
Cara hilangkan alahan mengandung
Bagi mereka yang pernah mengalami kondisi mabuk hamil, pastinya akan mengetahui bagaimana keadaan tersebut boleh mempengaruhi proses kehamilan pada peringkat awal.
Sekiranya simptom alahan mengandung yang dialami teruk, ia boleh menjejaskan rutin harian dan walaupun jika keadaan masih terkawal, mengalami mabuk hamil bukanlah perkara menyeronokkan.
Namun, hanya kerana ia dianggap satu perkara biasa untuk dialami pada trimester pertama, ia tidak bermakna anda perlu menanggungnya. Ini kerana terdapat beberapa petua untuk mengurangkan simptom alahan mengandung.
Rehat untuk kurangkan simptom alahan mengandung
Keletihan merupakan perkara biasa semasa berbadan dua dan ia boleh memburukkan lagi rasa mual.
Walaupun punca keletihan dan loya ketika hamil masih tidak dapat ditentukan, namun ibu disarankan untuk berehat dan mendapat tidur mencukupi.
Pengambilan cecair, antara cara hilangkan alahan mengandung
Semasa hamil, ibu amat dinasihatkan untuk kerap meminum air dalam kuantiti kecil. Ini boleh membantu mengurangkan loya dan muntah.
Anda boleh menggantikan dengan kiub ais berperisa buah seperti tembikai jika mengalami kesukaran untuk minum air kosong.
Smoothie juga boleh menjadi penyelamat jika sukar untuk menelan makanan. Campurkan dengan buah-buahan dan sayuran yang kaya nutrien. Ia juga boleh membantu meneutralkan asid perut dan menormalkan gula darah.
Pemakanan
Mengambil makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap juga merupakan salah satu cara hilangkan alahan mengandung yang berkesan.
Sesetengah makanan kering dan berperisa dianggap sebagai makanan hilangkan loya mengandung berbanding makanan pedas.
Anda juga boleh memasukkan halia dalam soda atau teh, biskut atau lozeng berperisa halia untuk mengurangkan loya.
Gula-gula masam, meneguk air limau atau sekadar menghidu sesuatu yang masam juga dapat membantu.
Mengambil sesuatu makanan atau mengunyah gula-gula getah berperisa pudina turut dapat membantu melegakan loya. Sebagai bonus, pudina boleh menyegarkan nafas selepas muntah.
Kerap mengambil snek dapat mengurangkan simptom alahan mengandung
Pada waktu pagi, makan beberapa kraker atau roti bakar kering.
Kerap mengunyah melalui pengambilan snek berbanding hanya mengambil tiga hidangan utama yang besar boleh mengatasi rasa mual dan mencegah perut kosong.
Berkumur
Asid daripada perut boleh merosakkan enamel pada gigi. Jika boleh bilas mulut dengan secawan air dicampur dengan sesudu teh baking soda, yang berfungsi melindungi gigi anda.
Cara hilangkan alahan mengandung #Elakkan pencetus
Sesetengah bau, rasa atau kedua-duanya boleh mencetuskan mual pagi.
Mengenal pasti dan mengelakkan pencetus boleh membantu anda mengurangkan kekerapan dan keterukan loya dan muntah.
[embed-health-tool-due-date]
Ubat alternatif
Pelbagai ubat hilangkan mual mengandung boleh membantu mengatasi morning sickness seperti:
- Akutekanan. Terdapat gelang acupressure boleh didapati tanpa preskripsi di kebanyakan farmasi. Bagi sesetengah individu penggunaan gelang ini dapat membantu mengatasi loya
- Aromaterapi. Walaupun hanya sedikit penyelidikan dilakukan, namun terdapat aroma tertentu menggunakan minyak pati boleh membantu sesetengah individu mengatasi mual pagi
- Vitamin B6. Pengambilan vitamin tambahan ini selain vitamin pranatal dikatakan dapat mengurangkan gejala mual pagi bagi sesetengah ibu hamil
Kesimpulan
Tiada individu perlu menderita kerana mabuk hamil ini kerana terdapat banyak tip dan cara hilangkan alahan mengandung yang boleh dicuba.