home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kehamilan dalam Kehamilan: Bolehkah ia Berlaku?

Kehamilan dalam Kehamilan: Bolehkah ia Berlaku?

Kita semua mengetahui kewujudan fenomena kehamilan kembar sama ada dua atau lebih. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang kehamilan dalam kehamilan atau superfetation?

Apa itu superfetation?

Superfetation adalah ketika kehamilan kedua terjadi walaupun setelah kehamilan awal berlaku. Ovum lain (telur) disenyawakan oleh sperma dan menekap pada rahim beberapa hari atau minggu selepas yang pertama. Bayi yang lahir dari superfetation sering dianggap sebagai kembar kerana mereka mungkin dilahirkan pada hari yang sama.

Apa perbezaan superfetation dengan kehamilan kembar?

Superfetation sangat jarang terjadi. Ia berbeza daripada proses kehamilan kembar yang melibatkan pembahagian ovum yang telah disenyawakan atau dua ovum disenyawakan serentak. Dengan superfetation, kedua-dua janin mempunyai usia kehamilan yang berbeza. Superfetation boleh berlaku dalam beberapa haiwan tetapi sangat jarang berlaku pada manusia. Kurang daripada 10 kes dilaporkan dalam rekod perubatan.

Apabila seorang wanita hamil, perubahan hormon menghalang proses ovulasi berlaku lagi. Dalam wanita yang mengalami superfetation, proses ovulasi tetap berlaku sehingga ovum yang disenyawakan membentuk janin kedua dalam rahim yang sudah pun mempunyai janin!

Superfetation boleh dikesan jika janin berbeza umur atau ultrabunyi menunjukkan janin bertambah berbanding sebelumnya. Namun begitu, sukar untuk membuktikan superfetation kerana janin boleh membesar dengan kadar yang berbeza sehingga kelihatan mempunyai usia yang berbeza. Doktor juga boleh jadi tidak menyedari janin kedua sewaktu pemeriksaan ultrabunyi kali pertama. Disebabkan itu, superfetation dalam manusia sangat sukar dibuktikan dan sangat mustahil untuk ditemui.

Kes superfetation yang terbukti

Pada tahun 2016, seorang wanita di Amerika Syarikat, Jessica Allen yang menjadi ibu tumpang kepada sepasang suami isteri berbangsa Cina melahirkan bayi kembar. Anehnya, salah seorang kembar tersebut kelihatan sepertinya.

Hasil penyiasatan DNA mendapati kedua-dua bayi tersebut bukanlah kembar, sebaliknya memiliki set DNA berbeza. Seorang daripada pasangan berbangsa Cina tersebut dan seorang lagi daripada ibu tumpang dan suaminya.

Walaupun dilahirkan daripada rahim yang sama, kedua-dua bayi tersebut berasal daripada ibu bapa yang berbeza hasil superfetation. Kejadian menakjubkan itu berakhir dengan kegembiraan apabila pasangan ibu tumpang tersebut mendapatkan kembali anaknya yang dikandungkan tanpa disedarinya.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 29/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor