Posisi seks trimester ketiga yang terbaik #Table Top
Kedudukan ini amat bagus untuk wanita dalam trimester ketiga kerana ia memberikan posisi selesa buat anda serta akses mudah kepada pasangan. Barulah sama-sama puas!
Untuk mencuba aksi ini, anda boleh duduk di hujung katil, kaunter dapur atau meja dan pasangan berdiri di hadapan.
Pastikan terdapat bantal di belakang tubuh untuk memberi sokongan pada belakang badan bagi mengelakkan anda berbaring terlentang – bahaya kerana memberikan bebanan pada tulang belakang.

Cowgirl’s Helper
Semasa trimester ketiga, anda mungkin ingin mengelakkan penembusan dalam untuk menghindari kerengsaan pada serviks.
Anda perlu melutut di atas pasangan, berikan tolakan pada dada semasa menghenjut. Dalam aksi ini, pasangan boleh membantu menampung berat badan anda dengan paha mereka semasa henjutan dilakukan.
Untuk lebih keselesaan, anda boleh meletakkan bantal pada lutut supaya penetrasi tidak menjadi terlalu dalam.
Posisi seks trimester ketiga: Waspada dengan gejala ini
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan keinginan seksual anda mungkin perlu dilupakan.

- Pendarahan faraj – Sebarang pendarahan hendaklah sentiasa diperiksa oleh doktor bagi mendapatkan penjelasan sebelum meneruskan aktiviti seksual
- Air ketuban pecah – Setelah ketuban pecah, bayi dalam kandungan akan terdedah kepada jangkitan dan bakteria. Kebiasaannya ketuban pecah semasa peringkat pertama atau kedua fasa kelahiran, namun ia juga boleh pecah sebelum berlaku tanda-tanda bersalin lain
- Anda mempunyai serviks lemah yang mula mengembang terlalu cepat (cervical insufficiency)
- Anda mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang, seperti cecair faraj yang berlebihan, tekanan pada bahagian pelvis dan empat kontraksi setiap jam
- Mengalami keadaan yang disebut sebagai plasenta previa – plasenta berada terlalu bawah di dalam rahim, menutupi serviks dan menyebabkan pendarahan serta komplikasi lain
Keinginan seksual ada pasang surutnya
Ada kalanya, walaupun anda mungkin tidak mengalami sebarang komplikasi kehamilan, tetapi kemahuan untuk bersama pasangan tiada. Percayalah itu adalah keadaan normal.
Ramai bakal ibu mengalami penurunan libido atas pelbagai sebab, sama ada kerana masalah kehamilan biasa atau fikiran mereka sedang memikirkan perkara yang lebih penting.
Jika ini situasi yang anda alami, berbincanglah dengan pasangan. Perkara paling penting pada saat ini adalah untuk memberikan sokongan antara satu sama lain.
Terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kalian berdua selain daripada seks, seperti pelukan dan ciuman.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen