backup og meta

Sudah Masuk Trimester Ketiga Tapi Teringin 'Bersama' Suami? Ini Cara Paling Selamat

Sudah Masuk Trimester Ketiga Tapi Teringin 'Bersama' Suami? Ini Cara Paling Selamat

Tidak dinafikan kebanyakan ibu mengandung jarang bersama pasangan apabila berada di bulan-bulan akhir tempoh kehamilan. Adakah anda bimbang hubungan seks semasa hamil membahayakan bayi dalam kandungan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Hubungan seks semasa hamil trimester ketiga

Kehamilan yang dilalui sememangnya mengubah tubuh dan gaya hidup anda. Namun ia tidak bermakna kehidupan seks bersama pasangan juga perlu diubah.

Hubungan seks semasa hamil sebenarnya memberikan banyak manfaat, seperti menurunkan tekanan darah dan juga menjadikan tidur lebih baik.

Malahan, apabila anda bersama pasangan, ia dapat meningkatkan keintiman kalian bersama sebelum kelahiran si comel nanti.

Tetapi kerisauan mengenai keselamatan bayi dalam kandungan, pastinya membantutkan keinginan seksual anda, bukan?

Apatah lagi ketika berada di trimester ketiga kehamilan.

Hakikatnya seks adalah selamat untuk anda nikmati!

Ini antara apa yang sering bermain di fikiran pasangan yang bakal menimang zuriat.

hubungan seks semasa hamil

Boleh ke bersama pasangan ketika trimester ke-3?

Secara amnya, hubungan seks semasa hamil adalah selamat. 

Anda tidak akan menyakiti bayi kerana mereka dilindungi dengan cecair ketuban dan disekat oleh serviks.

Cumanya, anda tidak digalakkan bersama suami jika dalam keadaan tertentu seperti plasenta previa – sebahagian atau keseluruhan plasenta bayi meliputi pembukaan serviks – atau anda berisiko untuk kelahiran bayi pramatang.

Situasi lain yang tidak membolehkan hubungan intim dilakukan adalah apabila air ketuban anda pecah. Ini kerana ia meningkatkan risiko penularan jangkitan bakteria ke saluran kelahiran.

Apa rasa hubungan seks semasa hamil pada tempoh kehamilan ini?

Sepanjang mengandung, darah anda akan meningkat kepada 40%.

Pelebaran saluran darah ini akan menjadikan anda super sensitif terutamanya sekitar payudara dan pelvis serta bahagian tubuh yang mudah dirangsang (zon erogen) seperti bibir.

Ada wanita hamil mengatakan persetubuhan yang dilakukan semasa trimester ketiga ini membolehkan mereka mencapai orgasma terbaik. 

Tetapi tidak kurang juga berasakan seks pada tempoh ini sesuatu yang menyakitkan.

Seperkara yang mungkin boleh menyebabkan kalian terkejut adalah apabila berlaku pendarahan semasa atau selepas seks.

hubungan seks semasa hamil

Pendarahan semasa seks

Bertenang! Pendarahan yang berlaku adalah normal, kerana keadaan serviks – pintu rahim – lembut dan membengkak semasa berbadan dua.

Jadi sedikit pendarahan selepas hubungan seks tidak perlu dibimbangkan, terutamanya jika pasangan melakukan penembusan (penetrasi) mendalam

Hubungan seks semasa hamil trimester ke-3: Posisi terbaik

Sekiranya zakar pasangan menyentuh serviks, berkemungkinan anda mungkin mengalami kesakitan dan pendarahan yang menyebabkan hilang keinginan untuk seks.

Tetapi terdapat beberapa posisi seks boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.

Contoh posisi seks adalah seperti wanita di atas. Posisi lain yang boleh dicuba adalah kedua-dua pasangan berbaring mengiring dengan wanita berada di hadapan.

Bercakap mengenai hubungan seks semasa hamil, sebaiknya kekalkan posisi yang mengurangkan tekanan dan berat daripada perut ibu.

Elakkan juga posisi yang memerlukan wanita hamil berbaring menelentang

Ia menghindari tekanan mampatan saluran darah yang boleh mengakibatkan rasa pening dan masalah lain seperti pengurangan aliran darah ke janin. 

Baca juga:

Tempoh kehamilan lewat boleh jejaskan libido?

Akan ada pasang surut dalam keinginan seksual wanita semasa berbadan dua.

Biasanya dikatakan pada trimester pertama, libido akan menurun dan kembali meningkat semasa di trimester kedua.

Menjelang trimester ketiga, keinginan seksual akan kembali turun, terutamanya bagi mereka yang pertama kali hamil.

Jangan bimbang, ia adalah perubahan berkaitan hormon yang sementara.

Hubungan seks semasa hamil punca kelahiran awal? 

Anda mungkin pernah mendengar amaran bahawa seks ketika trimester ke-3 kehamilan boleh menyebabkan kelahiran bayi.

Tiada bukti saintifik menunjukkan hubungan seksual akan menyebabkan anda melahirkan bayi jika belum sampai masanya.

Walau bagaimanapun, dikatakan orgasma boleh mewujudkan kontraksi jika tarikh jangkaan bersalin sudah terlewat (overdue).

Keadaan ini disebabkan seks akan merembeskan oxytocin – hormon berkaitan kontraksi dan juga orgasma yang terjadi seakan kontraksi rahim.

Di samping itu, kandungan prostaglandin dalam sperma dipercayai turut dapat merangsang proses kelahiran bayi.

hubungan seks semasa hamil

Hubungan seks semasa hamil: Selamatkah seks oral?

Jika ingin melakukan seks oral, pastikan pasangan anda tidak meniup/menghembus udara ke dalam faraj.

Ini kerana perbuatan yang disebut sebagai air embolisme – atau gelembung udara – berisiko menyekat urat atau arteri. 

Keadaan tersebut walaupun jarang terjadi, boleh meningkatkan risiko wanita untuk mengalami serangan jantung atau angin ahmar.

Gelembung udara itu juga boleh terbentuk pada plasenta.

Keadaan itu berbahaya bagi janin yang bergantung pada plasenta untuk mendapatkan nutrien dan oksigen. 

Tetapi amat penting untuk anda mengetahuinya kerana ia berpotensi membawa maut kepada anda dan juga si kecil dalam kandungan.

Seks oral tanpa perlindungan juga meningkatkan risiko jangkitan herpes dan boleh menyebarkannya kepada bayi semasa beranak. 

Kesannya mungkin melibatkan kerosakan atau keradangan otak hinggalah kematian!

Saiz perut yang membesar tidak boleh menjadi alasan untuk anda dan pasangan mengelakkan hubungan seks semasa hamil trimester ketiga.

Cuma jika terdapat keraguan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on July 21, 2021

https://raisingchildren.net.au/pregnancy/dads-guide-to-pregnancy/late-pregnancy/sex-in-late-pregnancy

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318

https://www.marchofdimes.org/pregnancy/sex-during-pregnancy.aspx

https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/blowing-air-vagina-dangerous

https://www.cmaj.ca/content/183/7/815

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24629465/

https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/sex/

https://kidshealth.org/en/parents/sex-pregnancy.html 

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Seks Oral Semasa Hamil, Selamat Ke Jika Tertelan Air Mani? Ada Kesan Kepada Bayi Tak?

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan