Apakah perkara yang boleh menjejaskan kehamilan? Bagaimana pula untuk mengenal pasti tanda keguguran jika ia berlaku? Ini caranya yang boleh anda semak tanda tanda gugur!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apakah perkara yang boleh menjejaskan kehamilan? Bagaimana pula untuk mengenal pasti tanda keguguran jika ia berlaku? Ini caranya yang boleh anda semak tanda tanda gugur!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Keguguran merujuk kepada kematian janin dan/atau pengeluaran janin sebelum mencapai tempoh berdaya hidup (viable).
Pentakrifan tempoh berdaya hidup janin ini berbeza mengikut negara-negara tertentu.
Di Malaysia, tempoh berdaya hidup janin yang digunakan adalah pada minggu ke-24 kehamilan dan ke atas atau setelah mencapai berat 500 gram atau lebih.
Semestinya, ianya adalah sesuatu perkara yang cukup tidak diingini oleh mana-mana pasangan khususnya jika mereka telah berusaha sekian lama untuk memperoleh zuriat.
Keguguran pada peringkat awal yang menjejaskan kehamilan adalah lebih kerap berlaku.
Hampir 50 peratus daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum wanita tersebut mengetahui mereka hamil pada mulanya.
Dalam kalangan wanita yang tahu mereka hamil, insiden kes keguguran berlaku sekitar 8 hingga 20%.
Majoriti (hampir 80%) daripada keseluruhan kes keguguran ketika tempoh awal kehamilan berlaku antara minggu ke-9 hingga minggu ke-13.
Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa dan juga pasangan yang sedang menantikan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka untuk mengenal pasti tanda keguguran bagi membolehkan mereka mendapatkan perhatian doktor dengan segera.
Terdapat 2 tanda tanda gugur yang boleh ibu bapa berikan perhatian.
1. Tanda keguguran utama adalah tumpah darah, atau keluarnya darah melalui faraj.
2. Tanda keguguran lazim yang seterusnya adalah sakit di bahagian bawah perut (bawah abdomen).
Tanda keguguran seperti pendarahan melalui faraj boleh melambangkan punca ataupun akibat daripada proses keguguran.
Dalam kalangan wanita yang mengalami keguguran sempurna atau keguguran tidak sempurna, tanda keguguran ini (pendarahan melalui faraj) masih boleh berlaku.
Ini kerana pendarahan tersebut berlaku serentak dengan pengeluaran janin daripada rahim.
Tidak semua wanita akan mengalami tanda keguguran ini.
Terdapat segelintir wanita hamil yang tidak mengalami pendarahan melalui faraj mereka sejurus sebelum pengeluaran janin.
Ia dikategorikan sebagai keguguran yang tidak dikesan (missed miscarriage).
Tanda keguguran ini boleh menjadi punca kepada mengapa keguguran berlaku.
Sebagai contoh, pendarahan sub-korion (pendarahan antara dinding rahim dan korion) yang boleh dikesan melalui pengimejan ultrasound.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya keguguran sekali gus menjejaskan kehamilan.
Namun adakalanya, pendarahan sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian bawah perut boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal kepada kebanyakan wanita yang mengandung.
Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pendarahan banyak dan rasa sakit itu bertambah teruk wanita tersebut dinasihatkan untuk berjumpa doktor segera bagi mendapatkan pemeriksaan rapi.
Selepas mengalami tanda tanda gugur dan janin telah dikeluarkan, pastinya si ibu ingin mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut.
Pelbagai faktor boleh mendasari keadaan tersebut, antaranya:
Selain daripada punca di atas, terdapat juga beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, persoalan dan keraguan berkaitan dengan tanda keguguran atau berkaitan kesihatan kandungan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat, pemeriksaan yang rapi serta rawatan yang sesuai.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen