backup og meta

5 Posisi Seks Yang Paling Lelaki Gemari! Tak Sangka Gaya No. 2 Pun Mereka Suka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    5 Posisi Seks Yang Paling Lelaki Gemari! Tak Sangka Gaya No. 2 Pun Mereka Suka!

    Tidak dinafikan bahawa kaum Adam memang gemar untuk berfikir dan berfantasi tentang seks. Persoalannya, apakah antara gaya berhubungan yang disukai lelaki agaknya?

    Meskipun soalan ini boleh dikatakan sebagai subjektif, namun majoriti daripada lelaki mungkin cenderung untuk meminati atau menyukai posisi-posisi seks yang tertentu!

    Jika anda ingin tahu yang mana satu posisi ‘bercinta’ yang disukai lelaki, artikel ini sangat tepat.

    Variasi posisi seks buat anda dan pasangan

    Sebenarnya, hubungan intim itu bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja. Ini kerana ia juga perlu seni, penampilan, pergerakan serta posisi yang terbaik.

    Dengan mengamalkan posisi hubungan kelamin yang dipersetujui oleh anda dan pasangan, ia boleh menyemarakkan lagi kehidupan serta kesejahteraan di kamar tidur.

    gaya berhubungan yang disukai lelaki

    Pun begitu, tidak semua posisi seks itu boleh dilakukan kerana ia perlulah sesuai dengan kepercayaan, kemampuan serta keinginan daripada individu dan pasangan sendiri.

    Bagi kaum Adam pula, mungkin ada gaya berhubungan yang disukai lelaki secara lebih khusus.

    Gaya berhubungan yang disukai lelaki

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, ada banyak posisi seks yang anda dan pasangan boleh cuba. Cuma, kegemaran masing-masing sudah pasti tidak sama.

    Sebuah kajian yang dijalankan oleh laman sesawang perubatan, Zavamed terhadap 2,000 lelaki di Amerika Syarikat dan Britain telah berjaya merungkai gaya berhubungan yang disukai lelaki. Berikut adalah antara posisi yang dipilih.

    #1. Doggy Style

    Di tempat yang pertama, doggy style. Menurut para responden, posisi ini sangat digemari oleh para lelaki kerana ia mampu memudahkan mereka untuk sampai ke klimaks.

    Dalam pada itu, majoriti mereka juga telah mengatakan bahawa posisi ini mampu membuat penetrasi zakar ke dalam faraj jadi lebih dalam serta mudah untuk dikendalikan.

    Bukan itu sahaja, posisi ini turut akan membuat para lelaki berasa lebih gagah, kuat serta ‘jantan’. Cuma, ia mungkin menyakitkan serta memalukan bagi sesetengah wanita.

    gaya berhubungan yang disukai lelaki

    #2. Woman On Top

    Kedua, posisi woman on top. Ia juga adalah antara gaya berhubungan yang disukai lelaki kerana mereka dapat melihat tubuh badan dan wajah pasangan mereka dengan jelas.

    Tidak hanya itu, ia juga merupakan posisi senggama yang paling mudah bagi lelaki kerana mereka hanya perlu berbaring dan membiarkan pasangan yang ‘bekerja’ di atas.

    Apa yang menarik tentang posisi ini adalah ia dapat membantu para wanita mencapai klimaks dengan lebih mudah angkara area G-spot itu senang tersentuh dan terangsang.

    #3. Missionary

    Ketiga, posisi missionary. Sebenarnya, posisi ini tidak lagi perlu diterangkan kerana ia adalah cara atau gaya paling klasik serta umum dilakukan oleh pasangan yang amatur.

    Menurut orang lelaki, ia turut diminati kerana ia bukan sahaja akan mengimbau nostalgia malam pertama anda, malahan juga ada kenikmatan tersendiri yang sukar dilupakan.

    Ia juga mungkin diminati oleh para wanita kerana posisi ini tidak memerlukan mereka untuk melakukan banyak pergerakan sebaliknya hanya perlu berbaring serta bersedia.

    #4. Reverse cowgirl

    Keempat, posisi reverse cowgirl. Buat anda yang belum tahu tentangnya, posisi ini hampir sama dengan woman on top dengan beza di mana wanita membelakangi lelaki.

    Alasannya juga sama kerana ia merupakan posisi asmara yang paling senang bagi lelaki kerana mereka hanya perlu berbaring dan membiarkan pasangan yang ‘bekerja’ di atas.

    Ia juga sangat sesuai buat wanita yang mungkin ingin mengendalikan bahtera asmara namun rasa malu untuk berhadapan atau berpandangan mata dengan pasangan mereka.

    gaya berhubungan yang disukai lelaki

    Gaya berhubungan yang disukai lelaki #5. 69

    Akhir sekali, gaya seks yang disukai lelaki adalah 69. Sesuai dengan nama posisi ini, ia memerlukan anda dan pasangan berbaring sama seperti angka 69 itu sendiri.

    Ertinya, anda perlu berbaring dengan kepala menghadap atau mengucup kemaluan pasangan dan begitu sebaliknya. Jangan pula rasa geli, ia penuh dengan nikmat tersendiri.

    Kenapa anda perlu buat seks oral dengan berselang-seli jika ia boleh dilakukan secara serentak? Disebabkan itu pula, ia telah jadi antara posisi seks yang digemari para lelaki.

    Konklusinya, ada banyak cara, gaya atau posisi yang mungkin lebih membangkitkan keghairahan seorang lelaki itu. Tunggu apa lagi? Semua fantasi anda itu boleh jadi realiti!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan