backup og meta

EDD Makin Dekat, Jadi Takut Nak Bersama? Ini 5 Posisi Seks Selamat Untuk Ibu Hamil Trimester Ke-3

EDD Makin Dekat, Jadi Takut Nak Bersama? Ini 5 Posisi Seks Selamat Untuk Ibu Hamil Trimester Ke-3

Sakit pinggang dan keletihan merupakan antara simptom lewat kehamilan yang sering dialami wanita mengandung. Namun itu tidak bermakna keinginan seksual anda bersama pasangan harus diabaikan. Jom ketahui posisi seks trimester ketiga yang selamat untuk anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Seks pada trimester ketiga

Selalunya apabila memasuki fasa terakhir kehamilan ini, kebanyakan pasangan jarang untuk memilih posisi di atas (on top) dan cenderung menggunakan gaya side by side sebagai posisi seks trimester ketiga.

Biasanya wanita hamil akan berasa bimbang untuk melakukan seks takut orgasme yang berlaku menyebabkan kontraksi. Tidak kurang juga yang risau mengenai kedudukan seks, rasa diri kurang menarik dan tidak mampu memberikan kepuasan seksual kepada pasangan.

Hubungan seks juga dirasakan sukar disebabkan ketidakselesaan yang dialami serta ‘kesesakan’ pada bahagian pelvis.

Namun sebenarnya, ada posisi yang boleh kalian lakukan tanpa berkompromi mengenai aspek keselesaan.

Posisi seks trimester ketiga wanita hamil harus cuba

Hubungan semasa hamil perlu dilakukan dengan betul.
Hubungan semasa hamil perlu dilakukan dengan betul.

Berada di trimester terakhir ini, sebarang posisi yang masih dirasakan okay untuk dilakukan, boleh anda teruskan. Cuma tidak dinafikan, terdapat beberapa gaya seks yang mungkin agak mencabar untuk dilakukan.

Berikut 5 posisi seks yang boleh dicuba oleh wanita hamil tanpa mengabaikan keselesaan anda:

Side-by-side

Untuk mencuba aksi ini, anda dan pasangan perlu berbaring secara mengiring dan menghadap satu sama lain. Kelebihan gaya ini, ia tidak memerlukan banyak tenaga – perkara penting buat wanita mengandung.

Kedudukan ini boleh memberikan kalian keintiman dan keselesaan melakukan hubungan seksual sambil menatap mata. Romantik, bukan?

Spooning, posisi seks trimester ketiga 

Sama seperti posisi side-by-side – yang tidak memerlukan banyak tenaga – aksi ini juga amat sesuai untuk dilakukan semasa peringkat akhir kehamilan. Ini kerana spooning adalah gaya seks lembut dan tidak membenarkan tujahan yang terlalu mendalam – punca ketidakselesaan pada wanita hamil.

Dengan mengiring ke sisi, anda juga boleh menghilangkan sebarang tekanan pada belakang badan dan rahim.

Reverse Cowgirl

Variasi posisi seks women-on-top ini memberikan anda ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan sambil meningkatkan rangsangan klitoris. Posisi seks trimester ketiga ini juga sebenarnya merupakan antara aksi yang paling digemari lelaki dalam hubungan seksual.

Dalam posisi ini, tiada eye-contact dengan pasangan, namun masih ada kehangatan seks yang dapat dirasai.

Kelebihan di sini adalah si suami boleh menggunakan tangan mereka untuk menyentuh dan merangsang tubuh anda, khususnya pada bahagian payudara.

[embed-health-tool-due-date]

Posisi seks trimester ketiga yang terbaik #Table Top

Kedudukan ini amat bagus untuk wanita dalam trimester ketiga kerana ia memberikan posisi selesa buat anda serta akses mudah kepada pasangan. Barulah sama-sama puas!

Untuk mencuba aksi ini, anda boleh duduk di hujung katil, kaunter dapur atau meja dan pasangan berdiri di hadapan.

Pastikan terdapat bantal di belakang tubuh untuk memberi sokongan pada belakang badan bagi mengelakkan anda berbaring terlentang – bahaya kerana memberikan bebanan pada tulang belakang.

Nikmati waktu bersama pasangan.
Nikmati waktu bersama pasangan.

Cowgirl’s Helper

Semasa trimester ketiga, anda mungkin ingin mengelakkan penembusan dalam untuk menghindari kerengsaan pada serviks. 

Anda perlu melutut di atas pasangan, berikan tolakan pada dada semasa menghenjut. Dalam aksi ini, pasangan boleh membantu menampung berat badan anda dengan paha mereka semasa henjutan dilakukan.

Untuk lebih keselesaan, anda boleh meletakkan bantal pada lutut supaya penetrasi tidak menjadi terlalu dalam.

Posisi seks trimester ketiga: Waspada dengan gejala ini

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan keinginan seksual anda mungkin perlu dilupakan.

  • Pendarahan faraj – Sebarang pendarahan hendaklah sentiasa diperiksa oleh doktor bagi mendapatkan penjelasan sebelum meneruskan aktiviti seksual
  • Air ketuban pecah – Setelah ketuban pecah, bayi dalam kandungan akan terdedah kepada jangkitan dan bakteria. Kebiasaannya ketuban pecah semasa peringkat pertama atau kedua fasa kelahiran, namun ia juga boleh pecah sebelum berlaku tanda-tanda bersalin lain
  • Anda mempunyai serviks lemah yang mula mengembang terlalu cepat (cervical insufficiency)
  • Anda mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang, seperti cecair faraj yang berlebihan, tekanan pada bahagian pelvis dan empat kontraksi setiap jam
  • Mengalami keadaan yang disebut sebagai plasenta previa – plasenta berada terlalu bawah di dalam rahim, menutupi serviks dan menyebabkan pendarahan serta komplikasi lain

Keinginan seksual ada pasang surutnya

Ada kalanya, walaupun anda mungkin tidak mengalami sebarang komplikasi kehamilan, tetapi kemahuan untuk bersama pasangan tiada. Percayalah itu adalah keadaan normal.

Perhatian!

Ramai bakal ibu mengalami penurunan libido atas pelbagai sebab, sama ada kerana masalah kehamilan biasa atau fikiran mereka sedang memikirkan perkara yang lebih penting.

Jika ini situasi yang anda alami, berbincanglah dengan pasangan. Perkara paling penting pada saat ini adalah untuk memberikan sokongan antara satu sama lain.

Terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kalian berdua selain daripada seks, seperti pelukan dan ciuman.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sex in trimester one, two and three of pregnancy. https://www.nct.org.uk/pregnancy/relationships-sex/sex-trimester-one-two-and-three-pregnancy, Accessed on May 30, 2022
  2. Comfortable, safe sex in the third trimester. https://mybabymanual.co.uk/pregnancy/trimester-3/week-35/comfortable-sex-in-the-third-trimester/, Accessed on May 30, 2022
  3. Sex in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/sex/, Accessed on May 30, 2022
  4. Sex during pregnancy: What’s OK, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318, Accessed on May 30, 2022
  5. Sex in late pregnancy: men. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/dads-guide-to-pregnancy/late-pregnancy/sex-in-late-pregnancy. Accessed on June 8, 2022.

 

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sudah Masuk Trimester Ketiga Tapi Teringin 'Bersama' Suami? Ini Cara Paling Selamat

Sudah Masuk Trimester Ketiga? Syukur Tapi Ibu Kena Sentiasa Pantau 17 Simptom Ini Ya..


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan