Kesan daripada perubahan hormon, wanita hamil sememangnya terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti batuk. Tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kesan daripada perubahan hormon, wanita hamil sememangnya terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti batuk. Tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?
Ayuh baca perkongsian artikel ini untuk mendapatkan penjelasannya dan mengetahui jenis ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Batuk ketika hamil tidak memudaratkan bayi kerana ia bukan simptom berbahaya, bahkan bayi dalam kandungan tidak merasakannya.
Namun beberapa punca batuk boleh membahayakan bayi, contohnya penyakit seperti asma, bronkitis atau radang paru-paru.
Sesetengah teh, remedi rumah dan produk over-the-counter (OTC) yang diambil tanpa pengetahuan doktor juga boleh menyebabkan bahaya dan berisiko kepada bayi.
Bakal ibu disarankan berjumpa doktor apabila mengalami batuk berterusan atau wujud gejala penyakit pernafasan, supaya rawatan dan ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat diambil, dapat diberikan.
Batuk yang kuat dan berulang tidak menyebabkan pengecutan rahim atau plasenta berubah tempat, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan dan sakit pada otot perut.
Beberapa rawatan rumah mungkin berkesan pada batuk ringan, khususnya bagi mereka yang ingin mengelakkan pengambilan ubatan. Ia boleh dicuba dengan syarat simptom dialami tidak begitu teruk.
Tetapi apakah jenis ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung? Di bawah ini ada jawapannya.
Apabila batuk, terutamanya batuk kering, ia amat menyakitkan dan akan berlarutan. Jadi pengambilan ubatan berikut dianggap selamat untuk wanita hamil:
Paracetamol boleh diambil dengan selamat 2x sehari untuk sakit tekak dan sakit kepala akibat selesema dan batuk.
Ubat ini boleh melegakan simptom hidung berair dan gatal tekak.
Antihistamin lama seperti chlorpheniramine dan cetirizine boleh diambil dalam dos yang ditetapkan bagi wanita hamil.
Manakala antihistamin baru seperti fexofenadine tidak disarankan pengambilannya kerana kurang sokongan kajian untuk keberkesanan serta kesesuaiannya.
Semburan ini diselitkan ke dalam lubang hidung untuk melegakan hidung tersumbat dan membersihkan hingus kering. Ia boleh digunakan 3x sehari.
Semburan hidung ipratropium bromida sangat berkesan untuk melegakan hidung tersumbat. Ubat ini boleh digunakan antara 3-4x sehari.
Ubat batuk ekspektoran ini bertindak dengan meningkatkan kelembapan dalam saluran pernafasan dan memulihkan penyingkiran kahak secara semula jadi.
Dengan pengambilan dos standard, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.
Pastikan anda menyemak label dan elakkan ubat yang mengandungi propilena glikol yang mungkin berbahaya kepada janin.
Baca juga:
Ubat dekongestan seperti pseudoephedrine boleh melegakan sinus dan tekak dengan menyempitkan saluran darah yang bengkak pada hidung, tekak dan sinus.
Namun pseudoephedrine harus dielakkan pada trimester pertama kehamilan kerana peningkatan risiko kecacatan kelahiran.
Selepas 13 minggu pertama tempoh kehamilan, ia mungkin merupakan ubat oral pilihan daripada jenis dekongestan oral kerana ia kurang berkemungkinan meningkatkan tekanan darah berbanding yang lain.
Semburan hidung ini mengandungi budesonide, beclomethasone dan fluticasone yang dapat melegakan simptom sinusitis dan hidung tersumbat.
Mungkin perlu diambil jika mengalami batuk disertai kahak berwarna kuning atau kehijauan, berdehit, demam berterusan dan sakit badan.
Pengambilan antibiotik perlu mendapat preskripsi doktor agar ia bersesuaian dengan keadaan diri anda. Banyak antibiotik dilarang semasa kehamilan kerana risiko kecacatan kelahiran tinggi.
Walaupun anda sudah mengetahui jenis ubat batuk untuk ibu mengandung yang boleh diambil, namun terdapat beberapa keadaan memerlukan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Antara keadaannya seperti:
Tanda dan gejala di atas boleh menunjukkan wujud komplikasi seperti jangkitan bakteria yang memerlukan penggunaan antibiotik untuk rawatan.
Doktor perlu menilai simptom yang dialami dan auscultate bahagian dada anda untuk memastikan kemasukan udara mencukupi ke seluruh paru-paru.
Auskultasi (Auscultation) ialah kaedah yang digunakan untuk mendengar bunyi badan semasa pemeriksaan fizikal
Manakala ujian pengimejan boleh dilakukan untuk menilai sama ada batuk yang dialami anda disebabkan oleh jangkitan atau penyakit.
Jika tidak pasti mengenai ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian. Elakkan daripada mengambil sebarang ubat yang tidak dapat dipastikan keselamatan pengambilannya, okay?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen