Orang kata, kalau sakit tekak kena minum air panas untuk melegakan kerongkong yang kering! Namun, jangan terkejut jika kami katakan bahawa jenis minuman kopi sejuk boleh membantu tekak anda itu.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Orang kata, kalau sakit tekak kena minum air panas untuk melegakan kerongkong yang kering! Namun, jangan terkejut jika kami katakan bahawa jenis minuman kopi sejuk boleh membantu tekak anda itu.
Tak percaya? Teruskan pembacaan anda.
Selain mengambil ubat atau lozeng yang boleh memberikan rasa nyaman pada tekak anda itu, ada lagi perkara lain yang wajar diberikan perhatian khusus iaitu makanan dan minuman yang perlu diambil atau dielak.
Menurut kepercayaan orang kita, ada minuman yang kena elak ketika sakit tekak.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu akan punca sebenar sakit tekak ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, sakit tekak mungkin disebabkan oleh 2 mikroorganisma iaitu virus dan bakteria atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain.
Sakit yang disebabkan oleh virus akan membawa kepada kondisi Pharyngitis dan kebiasaannya mengakibatkan selesema atau flu yang boleh sembuh dengan sendiri.
Sakit yang disebabkan oleh bakteria pula didalangi oleh bakteria bernama Streptococcus dan mungkin memerlukan ubatan antibiotik untuk rawatan.
Bergantung kepada sebabnya, simptom-simptom sakit tekak mungkin akan berbeza, antaranya:
Seperti mana yang kita semua pernah alami, tekak kita akan menjadi sangat ‘manja’ jika terkena kondisi ini.
Kenapa? Ini kerana terdapat banyak pantang larang dari segi makan dan minum ketika sakit tekak.
Antara yang paling popular adalah kita tidak boleh makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak serta minuman berais jika mahu sembuh dengan cepat.
Dalam pada itu, merokok sama ada jenis tembakau atau elektronik tentu sekali adalah larangan keras ketika menghidap kondisi ini.
Ya, kesemua pantang larang ini memang wajar dipatuhi kerana ia bukan sahaja bagus untuk tekak malahan juga kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Pun begitu, ada satu minuman ini yang dikatakan sangat penting untuk dielakkan!
Buat penggemar pelbagai jenis minuman kopi dan kafein, ini mungkin merupakan berita buruk buat anda.
Ini kerana kondisi ini mungkin akan membuat tekak anda berasa sangat kering dan segala makanan serta minuman yang membuat ia lebih teruk wajar dielakkan.
Seperti mana yang kita semua tahu juga, kopi serta pelbagai lagi minuman berkafein seperti teh dan soda turut akan mengakibatkan tekak kita terasa lebih kering.
Tambahan lagi, pelbagai jenis minuman kopi dan kafein juga bersifat diuretik yang boleh meningkatkan risiko kalian mengalami dehidrasi tubuh badan.
Pun begitu, kami tidak kata yang anda tidak boleh langsung mengambilnya ya?
Anda masih boleh minum pelbagai jenis minuman kopi termasuklah kopi dalgona kegemaran ramai itu.
Akan tetapi, ada beberapa petua yang wajar diikuti ketika mengambilnya!
Ketika mengalami sakit tekak, tekak kita secara semula jadinya akan menjadi sangat kering lantas mengakibatkan rasa perit dan gatal.
Selain daripada kering, ia juga mungkin akan menjadi bengkak dan segala yang panas hanya akan memburukkan lagi kondisi tekak anda.
Dengan meminum minuman yang sejuk, ia mungkin akan dapat membantu melegakan tekak yang bengkak itu.
Ini juga sekali gus dapat mengurangkan risiko dehidrasi yang mungkin boleh berlaku akibat kekeringan air dalam tubuh badan.
Sehubungan dengan itu, sakit tekak juga mungkin akan mengakibatkan tubuh badan penderita terasa panas dan berpeluh teruk.
Minum kopi atau segala minuman panas pula mungkin akan mengakibatkan suhu badan menjadi lebih tinggi berbanding biasa.
Jadi, sila pilih kopi sejuk dan jangan kopi panas ya?
Konklusinya, penderita sakit tekak perlu jaga makan dan minum agar kesakitan yang dialami oleh anda itu dapat pulih dengan segera.
Sekiranya anda mengalami kebimbangan mengenai kondisi ini, segera berjumpa doktor okay!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen