Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Wanita Hamil Ada Talasemia? Ini 4 Risikonya Pada Tubuh Dan Kandungan!
Tahukah anda, berapa peratus pembawa thalassaemia di Malaysia? Di negara kita, 1 daripada 20 merupakan pembawa gen talasemia. Manakala, 44 daripada 10,000 orang di dunia didapati membawa genetik yang sama. Talasemia juga adalah punca utama anemia semasa mengandung.
Oleh sebab itu, pasti ramai yang sudah tahu bahawa dua pembawa gen talasemia tidak digalakkan untuk berkahwin. Jika kedua-dua pasangan membawa gen penyakit ini, mereka mempunyai 25% peluang untuk melahirkan anak yang menghidap talasemia.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud wanita yang menghidap talasemia tidak boleh hamil. Mereka boleh melalui kehamilan yang sihat dengan pemantauan rapi daripada doktor.
Tahukah anda, berapa peratus pembawa thalassaemia di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, hampir 4.5 hingga 6% rakyat Malaysia adalah pembawa talasemia.
Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia alfa dan talasemia beta. Ini bergantung kepada protein jenis apa yang tidak cukup pada sel darah merah pesakit.
Talasemia juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan mengikut keseriusannya. Talasemia major merupakan bentuk yang paling serius manakala talasemia minor pula mempunyai simptom yang paling sedikit.
Namun, bolehkah wanita yang menghidap talasemia mengandung? Ya, namun mereka mungkin perlukan bantuan pakar sepanjang kehamilan kerana mereka lebih cenderung alami anemia semasa mengandung.
Bagaimanakah talasemia akan mempengaruhi kehamilan?
Wanita yang menghidap talasemia berisiko untuk mengalami anemia semasa mengandung. Oleh sebab itu, mereka mungkin alami kesukaran sepanjang tempoh kehamilan.
Antara cabaran lain yang mungkin dihadapi oleh penghidap talasemia ketika hamil ialah:
1.Anak lebih berisiko alami spina bifida
Imej scan bayi.
Selalunya, doktor akan menggalakkan ibu hamil untuk mengambil 5 mg suplemen asid folik. Untuk pengetahuan ibu, talasemia boleh meningkatkan risiko spina bifida.
Oleh sebab itu, penghidap talasemia perlukan asid folik dalam dos yang lebih tinggi untuk mengurangkan risiko ini.
2.Penghidap talasemia beta lebih berisiko alami komplikasi
Wanita yang menghidap talasemia lebih berisiko alami komplikasi ketika kehamilan. Manakan tidak, organ penghidap talasemia perlu bekerja keras untuk memastikan pesakit tidak mengalami simptom yang teruk.
Namun, apabila adanya tanggungan baharu, badan ibu mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan bayi dalam kandungan.
Malah, ibu yang menghidap talasemia juga lebih cenderung untuk mengalami diabetes gestasi. Oleh sebab itu, doktor akan melakukan pemantauan kadar gula dalam darah dengan lebih rapi.
3. Penghidap talasemia berisiko mengalami anemia semasa mengandung
Walaupun hamil, penghidap talasemia masih perlu meneruskan rawatan seperti biasa. Ini bermaksud, wanita yang perlukan transfusi darah perlu terus melakukannya untuk memastikan kandungan kekal sihat.
Malah, ibu juga mungkin perlu melakukan transfusi dengan lebih kerap untuk elak anemia semasa mengandung.
Kebanyakan penghidap talasemia perlu menambah bilangan transfusi darah pada hujung kehamilan untuk pastikan kelahiran yang selamat.
Sepanjang kehamilan, fungsi tiroid ibu akan dipantau oleh doktor. Ibu hamil juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk memastikan fungsi tiroid kekal normal sepanjang kehamilan.
Adakah penghidap talasemia mampu alami kehamilan yang sihat?
Cara-cara talasemia major dirawat.
Jawapannya adalah ya. Dengan kerjasama antara ibu dan doktor, wanita dapat melalui tempoh kehamilan yang normal dan membahagiakan.
Malah, ramai penghidap talasemia yang boleh melahirkan anak yang sihat. Ada juga wanita yang menjelaskan bahawa kehamilan yang dialami sangat normal walaupun menghidap talasemia.
Walau bagaimanapun, ibu perlulah memastikan rawatan dilakukan secepat mungkin supaya bayi kekal sihat dalam kandungan.
Anemia ialah musuh utama penghidap talasemia. Anemia semasa mengandung yang serius dan berpanjangan boleh menyebabkan bayi dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.
Untuk mengelakkan perkara ini, ibu akan dipantau sepanjang kehamilan. Jangan lupa, anak pesakit talasemia juga berisiko menghidap penyakit yang sama.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Thalassemia in Pregnancy. http://www.myhealth.gov.my/en/thalassemia-in-pregnancy/. Accessed on April 28, 2022.
Thalassemia and Pregnancy. https://www.aboutkidshealth.ca/Article?contentid=368&language=English. Accessed on April 28, 2022.
Thalassaemia. https://www.nhs.uk/conditions/thalassaemia/diagnosis/. Accessed on April 28, 2022.
What is Thalassemia? https://www.cdc.gov/ncbddd/thalassemia/facts.html.Accessed on April 28, 2022.
Thalassemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thalassemia/symptoms-causes/syc-20354995. Accessed on April 28, 2022.
Pregnancy in women with thalassemia: challenges and solutions. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5019437/. Accessed on April 28, 2022.