backup og meta

Ibu, Ini 13 Jenis Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Mengandung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Ibu, Ini 13 Jenis Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Mengandung!

    Ketika wanita sedang hamil, ada banyak pantang larang berkaitan dengan diet pemakanan. Ini termasuk juga jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung.

    Kepercayaan ini telah timbul kerana ramai pihak yang bimbang jika makanan laut yang mungkin tinggi dengan merkuri itu akan memberi kesan buruk kepada kandungan.

    Persoalannya, apa sahaja jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung? Jom baca ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Adakah makanan laut dan ikan perlu diambil ketika hamil?

    Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lan nutrisi yang perlu lagi penting buat wanita hamil.

    Tidak hanya itu, makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang ternyata bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan.

    ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung

    Dalam erti kata lebih mudah, ibu hamil mungkin perlu makan ikan dan variasi makanan laut lain ketika sedang hamil. Ia akan membuatkan anda serta bayi lebih sihat dan kuat.

    Pun begitu, wujud juga keadaan di mana anda tidak perlu ambil hasil daripada laut ini seperti ketika anda sedang teruk mual, muntah atau memang ada alahan makanan laut.

    Jika anda kurang pasti tentangnya, dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor.

    Berwaspada dengan ikan yang tinggi merkuri!

    Pun begitu, ibu hamil juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil ikan atau makanan laut lain tanpa mengambil kira bahaya yang mungkin wujud di dalamnya.

    Untuk pengetahuan anda semua, turut wujud beberapa jenis ikan dan makanan laut lain yang tinggi merkuri – ia boleh jadi punca keracunan atau ketoksinan sistem saraf.

    Meskipun merkuri mungkin tidak begitu membahayakan individu dewasa yakni si ibu, anda perlu lebih risau tentang bayi dalam kandungan kerana merkuri ada kesan buruk buat mereka:

    1. Masalah sistem saraf bayi terjejas.
    2. Isu pada otak bayi.
    3. Isu pada jantung bayi.

    Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran mereka di dalam kandungan yang boleh memberi kesan apabila lahir kelak. Jadi, berwaspada dengan ikan yang tinggi merkuri.

    Elak makan ikan daripada jenis di bawah ini!

    ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung

    Sebenarnya, ibu hamil masih boleh makan ikan dan makanan laut lain bahkan ia juga penting untuk kesihatan anda dan bayi. Cuma, ia perlu lebih tepat kuantiti dan kualitinya.

    Khususnya, mungkin ada beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung ekoran ia terlalu tinggi dengan merkuri atau banyak lagi bahan bahaya lain.

    Jenis ikan yang tinggi merkuri biasanya adalah pemangsa dan bersaiz besar, contoh seperti berikut:

    • Ikan jerung
    • Ikan todak
    • Ikan tuna
    • Ikan marlin
    • Ikan mackerel
    • Ikan tilefish
    • Ikan orange roughy

    Selain ikan tinggi merkuri, di bawah ini juga termasuk ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi bahaya akibat pencemaran di dalam air:

    • Ikan kerapu
    • Ikan keli
    • Ikan bluefish
    • Ikan sablefish
    • Ikan pacific cod
    • Ikan pacific ocean perch

    Mungkin ada lagi beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung yang kami tidak nyatakan. Sebaiknya, dapatkan informasi yang lebih tepat daripada doktor.

    Tip pemakanan penting buat ibu mengandung…

    Sekiranya wanita hamil masih mahu makan ikan dan makanan laut lain, tiada masalah asalkan anda elak daripada ambil jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung, seperti yang telah kami nyatakan di atas.

    ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung

    Dalam pada itu, kami juga ada beberapa tip pemakanan penting buat ibu hamil jika ingin makan seafood:

    Jangan makan ketika ia sedang mentah

    Dalam usaha anda untuk elak kesan sampingan pada diri dan kandungan, jangan sesekali cuba untuk makan ketika ia sedang mentah kerana kuman itu masih wujud.

    Walaupun anda mengidam untuk makan sushi, sashimi dan lain-lain jenis makanan laut mentah, cuba elakkan. Berkorban demi kesihatan diri anda dan bayi itu penting.

    Masak dengan cara dan tempoh yang betul

    Sehubungan dengan itu, anda wajar untuk mengambil makanan laut yang telah dimasak dengan cara dan tempoh yang betul sahaja agar kuman itu benar-benar mati.

    Cara untuk tahu ia telah dimasak dengan betul adalah lihat pada isi, kulit atau kerangnya. Anda mungkin  akan perasan perubahan ketara dari segi warna, tekstur dan baunya.

    Konklusinya, anda masih boleh dan mungkin perlu makan ikan ketika hamil. Syaratnya, jangan ambil daripada jenis-jenis yang kami telah nyatakan di atas tadi, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan