backup og meta

Batuk Sampai Sakit Tekak? Ini 8 Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil Ambil!

Batuk Sampai Sakit Tekak? Ini 8 Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil Ambil!

Kesan daripada perubahan hormon, wanita hamil sememangnya terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti pengalaman batuk semasa mengandung. Tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?

Ayuh baca perkongsian artikel ini bagi mendapatkan penjelasannya dan mengetahui jenis ubat batuk untuk ibu mengandung.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Batuk semasa mengandung membahayakan bayi?

Batuk ketika hamil tidak memudaratkan bayi kerana ia bukan simptom berbahaya, bahkan bayi dalam kandungan tidak merasakannya.

Namun beberapa punca batuk boleh membahayakan bayi, contohnya penyakit seperti asma, bronkitis atau radang paru-paru.

Sesetengah teh, remedi rumah dan produk over-the-counter (OTC) yang diambil tanpa pengetahuan doktor juga boleh menyebabkan bahaya dan berisiko kepada bayi.

Bakal ibu disarankan berjumpa doktor apabila mengalami batuk berterusan atau wujud gejala penyakit pernafasan, supaya rawatan dan ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat diambil, dapat diberikan.

Batuk yang kuat dan berulang tidak menyebabkan pengecutan rahim atau plasenta berubah tempat, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan dan sakit pada otot perut.

ubat batuk untuk ibu mengandung
Batuk juga biasa berlaku kepada ibu hamil.

Petua ubat batuk untuk ibu mengandung secara semula jadi

Beberapa rawatan rumah mungkin berkesan pada batuk ringan, khususnya bagi mereka yang ingin mengelakkan pengambilan ubatan. Ia boleh dicuba dengan syarat simptom dialami tidak begitu teruk.

  • Penggunaan pelembap udara di dalam rumah boleh melegakan kerengsaan dan kering tekak
  • Minum teh panas dengan madu, sup panas atau campuran air suam dengan secubit kunyit boleh membantu melegakan batuk dan sesak dada. Amnya, madu digunakan sebagai ubat semula jadi dalam mengurangkan gejala selesema. Tetapi untuk kehamilan, ia boleh menyebabkan kesan berbahaya kepada pertumbuhan janin. Jadi jangan berlebihan!
  • Elakkan daripada merokok termasuklah menjadi perokok pasif 
  • Mendapatkan rehat dan mengambil cecair mencukupi sepanjang hari
  • Mengambil ubat-ubatan

Tetapi apakah jenis ubat batuk sesuai bagi ibu mengandung dalam usaha menjadi petua hilangkan batuk ibu mengandung? Di bawah ini ada jawapannya.

Senarai ubat untuk ibu mengandung yang selamat

Apabila batuk, terutamanya batuk kering, ia amat menyakitkan dan akan berlarutan. Jadi pengambilan ubatan berikut dianggap selamat untuk wanita hamil:

Terdapat 8 jenis ubat batuk yang selamat ketika hamil termasuk:

  • Acetaminophen
  • Antihistamin
  • Saline nasal irrigation
  • Semburan hidung
  • Sirap Guaifenesin
  • Dekongestan
  • Semburan hidung steroid
  • Antibiotik

Acetaminophen, ubat batuk untuk ibu mengandung 

Paracetamol boleh diambil dengan selamat 2x sehari untuk sakit tekak dan sakit kepala akibat selesema dan batuk.

Antihistamin, ubat batuk untuk ibu mengandung

Ubat ini boleh melegakan simptom hidung berair dan gatal tekak. 

Antihistamin lama seperti chlorpheniramine dan cetirizine boleh diambil dalam dos yang ditetapkan bagi wanita hamil.

Manakala antihistamin baru seperti fexofenadine tidak disarankan pengambilannya kerana kurang sokongan kajian untuk keberkesanan serta kesesuaiannya.

Saline nasal irrigation

ubat batuk untuk ibu mengandung
Ubat pengairan hidung saline.

Semburan ini diselitkan ke dalam lubang hidung untuk melegakan hidung tersumbat dan membersihkan hingus kering. Ia boleh digunakan 3x sehari.

Semburan hidung

Semburan hidung ipratropium bromida sangat berkesan untuk melegakan hidung tersumbat. Ubat ini boleh digunakan antara 3-4x sehari.

Senarai ubat untuk ibu mengandung #Sirap Guaifenesin

Ubat batuk ekspektoran ini bertindak dengan meningkatkan kelembapan dalam saluran pernafasan dan memulihkan penyingkiran kahak secara semula jadi.

Dengan pengambilan dos standard, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

Pastikan anda menyemak label dan elakkan ubat yang mengandungi propilena glikol yang mungkin berbahaya kepada janin.

ramuan batuk
Ramuan semula jadi untuk masalah batuk.

Dekongestan

Ubat dekongestan seperti pseudoephedrine boleh melegakan sinus dan tekak dengan menyempitkan saluran darah yang bengkak pada hidung, tekak dan sinus.

Namun pseudoephedrine harus dielakkan pada trimester pertama kehamilan kerana peningkatan risiko kecacatan kelahiran.

Selepas 13 minggu pertama tempoh kehamilan, ia mungkin merupakan ubat oral pilihan daripada jenis dekongestan oral kerana ia kurang berkemungkinan meningkatkan tekanan darah berbanding yang lain.

Semburan hidung steroid

Petua hilangkan sakit tekak ibu mengandung ini mengandungi budesonide, beclomethasone dan fluticasone yang dapat melegakan simptom sinusitis dan hidung tersumbat.

Antibiotik, ubat batuk untuk ibu mengandung

Mungkin perlu diambil jika mengalami batuk disertai kahak berwarna kuning atau kehijauan, berdehit, demam berterusan dan sakit badan.

Pengambilan antibiotik perlu mendapat preskripsi doktor agar ia bersesuaian dengan keadaan diri anda. Banyak antibiotik dilarang semasa kehamilan kerana risiko kecacatan kelahiran tinggi.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Medicines In Pregnancy. https://www.thewomens.org.au/images/uploads/fact-sheets/Medicines-in-pregnancy-171018.pdf, Accessed on Aug 12, 2022
  2. Cold and flu during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/cold-and-flu-during-pregnancy,  Accessed on Aug 12, 2022
  3. Coughs and Colds in Pregnancy. https://www.nygh.on.ca/areas-care/maternal-newborn-and-paediatric-care/pregnancy-and-birth/guide-pregnancy-and-birth/during-pregnancy/coughs-and-colds-pregnancy, Accessed on Aug 12, 2022
  4. Cough and Cold During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-complications/cough-cold-during-pregnancy/, Accessed on Aug 12, 2022
  5. Ryabova, M. A., Shumilova, N. A., Lavrova, O. V., Pestakova, L. V., & Fedotova, Y. S. (2016). Differential diagnostics of the causes responsible for a cough in the pregnant women. Vestnik otorinolaringologii, 81(4), 50–53. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27500580/,  Accessed on Aug 12, 2022

Versi Terbaru

16/08/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik

Ibu, Ini 13 Jenis Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Mengandung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan