backup og meta

Ada 11 Kebaikan Avokado Untuk Wanita Hamil, Rugi Tak Amalkan!

Ada 11 Kebaikan Avokado Untuk Wanita Hamil, Rugi Tak Amalkan!

Pernah tak anda disarankan makan avokado semasa berbadan dua? Tetapi apakah sebenarnya khasiat avocado untuk ibu mengandung ini? Kalau ingin tahu manfaatnya, teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Benarkah ada khasiat avocado untuk ibu hamil?

Umumnya, avokado selamat untuk dimasukkan ke dalam diet ibu kerana ia mengandungi jumlah nutrien utama tinggi – folat dan kalium, penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin.

Selain lazat rasanya, buah avokado juga kaya dengan lemak baik, vitamin dan mineral lain yang memberikan kesan positif kepada kehamilan.

Kajian mengenai khasiat avocado untuk ibu mengandung 

Terdapat kajian yang dilakukan bagi melihat peranan avokado dalam diet wanita hamil dan menyusu.

Hasil penyelidikan tersebut membuktikan avokado sebagai buah unik kerana mengikut berat, ia mengandungi jumlah nutrien utama folat dan kalium lebih tinggi – biasanya kurang diambil dalam diet ibu berbadan dua.

Kandungan sebatian lain dalam buah avokado juga lebih banyak seperti serat, lemak mono tak tepu dan antioksidan larut lipid – semuanya dikaitkan dengan peningkatan kesihatan ibu, proses kelahiran dan/atau kualiti susu ibu

Buah avokado segar.
Buah avokado segar.

11 khasiat buah avocado untuk ibu mengandung 

Berikut antara beberapa manfaat buah avokado untuk anda dan juga bayi dalam kandungan:

#1 – Diperkaya dengan lemak sihat

Lemak sangat penting semasa hamil – kalori tambahan ini diperlukan untuk pertumbuhan janin dan lemak sihat adalah yang terbaik.

Jadi antara khasiat avocado untuk ibu hamil adalah kandungan lemak mono tak tepu yang akan membantu meningkatkan pengambilan lemak sihat. 

Buah ini juga mengandungi asid lemak omega-3 dan omega-6 yang bermanfaat untuk anda dan janin.

#2 – Membantu penghadaman antara khasiat avocado untuk ibu mengandung

Ketidakselesaan perut dan sembelit ketika hamil adalah perkara biasa.

Kandungan serat dan magnesium yang tinggi dalam avokado dapat membantu mengatasi keadaan ini dengan melancarkan penghadaman dan memudahkan pergerakan usus.

#3 – Cegah anemia

Avokado boleh membantu mengatasi masalah kekurangan zat besi pada wanita hamil – berisiko menyebabkan anemia, kerana kandungan mineral ini yang tinggi.

Tip jika kurang darah ketika hamil.
Tip jika kurang darah ketika hamil.

Khasiat avocado untuk ibu hamil #4 – Atasi morning sickness

Mabuk pagi boleh menyebabkan anda mengalami keletihan dalam mengharungi trimester pertama

Berita baiknya, vitamin C dan B6 yang terdapat dalam avokado boleh mengurangkan gejala morning sickness dan membantu tubuh menyerap vitamin dalam buah-buahan dan sayuran dengan lebih baik. 

5 – Kaya antioksidan

Antioksidan adalah sebatian yang melindungi diri daripada kerosakan sel dan avokado merupakan buah tinggi antioksidan karotenoid lutein – sumber baik untuk perkembangan mata dan fungsi otak janin. 

Antioksidan juga terkandung dalam susu ibu dan jumlahnya dikaitkan dengan pengambilan nutrisi oleh ibu – makan lebih banyak avokado sepanjang kehamilan dan fasa penyusuan, maka tahap karotenoid dalam susu badan juga akan meningkat.

Khasiat avocado untuk ibu mengandung #6 – Melegakan kekejangan kaki

Kalium (dan kalsium) dapat meredakan kekejangan, isu biasa semasa kehamilan. 

Bagi mengatasi keadaan ini ambillah avokado yang mempunyai kandungan kalium lebih tinggi berbanding pisang dan ketidakselesaan pada kaki anda akan dapat diatasi.

#7 – Merangsang perkembangan otak janin

Janin yang sedang membesar memerlukan lemak untuk mengembangkan otak serta sarafnya dengan cara sihat.

Apakah khasiat avocado untuk ibu mengandung?

Zat besi dalam avokado juga penting untuk bayi dalam kandungan bagi merangsang perkembangan otak, saraf dan sel darah merah yang betul. 

Buat avocado spread untuk dimakan dengan roti.
Buat avocado spread untuk dimakan dengan roti.

#8 – Rendahkan risiko berat badan berlebihan

Avokado mengandungi serat makanan yang tinggi dan sekali gus dapat mengurangkan kemungkinan pertambahan berat badan tidak diingini.

Kandungan serat yang tinggi, lemak sihat dan bernutrisi turut dapat mewujudkan rasa kenyang, membolehkan anda kekal bertenaga sepanjang hari sambil mengekalkan berat seimbang untuk anda dan bayi.

#9 – Kurangkan risiko diabetes kehamilan

Sekali lagi khasiat buah avocado untuk ibu mengandung adalah sumber serat tinggi yang memberikan manfaat termasuklah mengurangkan risiko diabetes semasa mengandung

#10 – Bantu kekalkan tahap tekanan darah seimbang

Avokado adalah buah kaya magnesium dan kalium – nutrien penting untuk pengawalan tekanan darah yang sihat.

Semasa mengandung, pengambilan makanan tinggi kalium dapat membantu mengurangkan risiko mendapat hipertensi semasa hamil.

#11 – Mudah dimasukkan dalam diet harian antara khasiat avocado untuk ibu mengandung

Perkara terakhir yang anda ingin lakukan adalah menghabiskan masa merancang diet sihat.

Selain kaya khasiat untuk ibu mengandung, avokado juga pilihan yang terbaik kerana ia ‘serba boleh’ untuk ditambah ke dalam pelbagai makanan atau dijadikan hidangan snek sihat. 

Pelbagai khasiat avocado untuk ibu mengandung 

Avokado adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang sedang berbadan dua kerana menawarkan manfaat kesihatan untuk diri dan juga bayi dalam kandungan.

Kesimpulan

Selain sangat berkhasiat, buah ini juga mempunyai rasa yang lazat, mengenyangkan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Tapi sekiranya ada keraguan atau kebimbangan untuk memasukkan avokado ke dalam diet harian anda, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fast facts: all about avocados. https://dietitiansaustralia.org.au/smart-eating-for-you/smart-eating-fast-facts/food-and-food-products/fast-facts-all-about-avocados/, Accessed on Jan 20, 2022
  2. Can You Eat Too Much Avocado? https://health.clevelandclinic.org/can-you-eat-too-much-avocado/, Accessed on Jan 20, 2022 
  3. Healthy eating during your pregnancy. https://www.eatforhealth.gov.au/sites/default/files/content/The%20Guidelines/n55h_healthy_eating_during_pregnancy_print.pdf, Accessed on Jan 20, 2022
  4. Kevin B. Comerford, Keith T. Ayoob, Robert D. Murray, and Stephanie A. Atkinson. The Role of Avocados in Maternal Diets during the Periconceptional Period, Pregnancy, and Lactation (2016). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4882725/, Accessed on Jan 20, 2022
  5. Nutrition During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/nutrition-during-pregnancy, Accessed on Jan 20, 2022
  6. Hiya A Mahmassani, Esther E Avendano, Gowri Raman, Elizabeth J Johnson, Avocado consumption and risk factors for heart disease: a systematic review and meta-analysis, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 107, Issue 4, April 2018, Pages 523–536, https://doi.org/10.1093/ajcn/nqx078, Accessed on Jan 20, 2022 

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cukup Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Benarkah? Ini Yang Anda Patut Tahu!

9 Jenis Makanan Untuk Ibu Mengandung, Bagus Diamalkan Dari Awal Kehamilan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan