home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Mitos Sewaktu Hamil

5 Mitos Sewaktu Hamil

Kehamilan adalah waktu mengujakan dan juga menggusarkan di saat si ibu menanti kedatangan si manja. Setiap ibu mahukan anaknya dilahirkan dengan sihat. Dan disebabkan itu, pelbagai mitos timbul, hingga ada di antaranya menyebabkan kerisauan kepada si ibu. Berikut ialah 5 mitos biasa berlaku sewaktu kehamilan yang perlu dijelaskan.

Anda tidak boleh mengambil vaksin flu

Anda mungkin risau bahawa vaksin mungkin menjejaskan anak anda dengan bahan penstabilnya atau membuatkan anda lebih berisiko menghidap flu. Sebaliknya, tiada bukti saintifik menunjukkan bahaya vaksin kepada bayi, atau menyebabkan ibu mengandung menghidap flu.

Kehamilan akan mencetuskan pelbagai perubahan kepada badan anda, terutamanya kepada sistem imun. Jika anda menghidap flu sewaktu hamil, badan anda mungkin tidak dapat menanganinya dengan baik dan anda lebih berisiko menghidap komplikasi serius.

Vaksin flu dapat menyelamatkan anda dan anak anda. Bagaimanapun, jangan mengambil vaksin dalam bentuk spray hidung yang mengandungi virus hidup dan lemah. Ambil vaksin flu mengandungi virus mati. Jika anda mempunyai kebimbangan terhadap penstabil dalam vaksin, anda boleh memilih vaksin flu tanpa thimerosal.

Anda perlu makan untuk dua orang

Yes, you are carrying with you another person. However, it does not necessarily mean you have to eat double servings for both you and your child.

Ya, anda sedang hamil dengan seorang bayi tetapi ini tidak bermakna anda perlu makan dua kali ganda untuk anda dan anak anda. Malah, menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), seorang wanita yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung memerlukan sekitar 300 kalori sehari untuk perkembangan bayi.

Si ibu perlu mendapatkan kira-kira 25 – 35 paun (kira-kira 11 – 16 kg) semasa kehamilan atau kurang daripada nilai tersebut jika dia berlebihan berat badan. Sekiranya anda hamil seorang dan bertambah berat badan lebih daripada 50 paun (~ 22 kg), anda mungkin mengalami kesukaran untuk melahirkan secara normal atau mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjalani pembedahan caesar. Oleh itu, jangan menekankan bahawa anda perlu makan banyak untuk kesihatan anak anda. Makan dengan sederhana.

Anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin

Anda masih boleh melakukan hubungan kelamin, tetapi pastikan dengan doktor terlebih dahulu. Bayi anda terjaga dengan baik dalam kantung amniotik dan otot rahim. Orgasma atau klimaks semasa seks adalah berbeza daripada kontraksi sewaktu melahirkan. Oleh itu, jika anda mempunyai kehamilan yang berisiko rendah, jangan risau kerana orgasma tidak menyebabkan keguguran.

Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan jangkitan seksual. Sekiranya anda mendapat jangkitan seperti chlamydia, ketuat kelamin, herpes atau HIV, bayi anda boleh dijangkiti. Periksa dengan doktor anda sama ada kehamilan anda berisiko rendah. Doktor anda mungkin melarang hubungan kelamin jika anda mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan semasa kehamilan, atau terdapat risiko kelahiran pramatang.

Anda akan berhenti muntah selepas trimester pertama

Tidak semestinya. Ini sebenarnya sangat bergantung pada tubuh anda, dan mungkin juga bergantung pada kehamilan anda. Muntah-muntah mungkin berhenti selepas trimester pertama dengan anak pertama anda, sementara kakak anda mungkin mengalami rasa mual sehingga trimester kedua, atau anda mungkin mengalaminya sewaktu kehamilan kedua.

Walau bagaimanapun, elok untuk anda mengetahui bahawa rasa loya adalah tanda kehamilan yang sihat. Ia adalah petunjuk tahap hCG yang baik (gonadotropin chorionic manusia) – hormon yang mengekalkan dan membantu kehamilan anda. Untuk meredakan rasa mual sehingga ia berakhir sendiri, cuba elakkan makanan atau bau yang mencetuskan perasaan itu. Makan kudapan berkarbohidrat tinggi dan cuba hisap daun pudina, lemon atau ais.

Anda akan jadi risau tentang privasi sewaktu bersalin

Para ibu yang bersalin kali pertama mungkin sangat takut dengan kemungkinan mendedahkan badan mereka kepada sekumpulan orang yang tidak dikenali di dalam bilik bersalin. Dan anda mungkin takut menghadapi situasi yang tidak selesa seperti mendedahkan kemaluan semasa bersalin.

Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa ahli perubatan berada di sana untuk membantu anda, mereka tidak menghakimi atau mengkritik, dan mereka mungkin sangat terbiasa dengan situasi tersebut. Semasa bersalin, apabila sampai saatnya, anda akan dapat menenangkan diri dan memberi tumpuan kepada misi yang paling penting – melahirkan bayi anda.

Kehamilan adalah gabungan pengalaman yang hebat dan membimbangkan bagi ramai wanita. Terdapat banyak mitos yang dihadapi wanita hamil. Walau bagaimanapun, untuk nasihat yang terbaik, rujuk dengan doktor jika anda risau tentang sebarang mitos supaya mentaliti anda tidak terganggu

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Kaedah Pengiraan

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

The Top 7 Pregnancy Myths. http://www.webmd.com/baby/guide/top-7-pregnancy-myths#1. Accessed August 30, 2016

10 Pregnancy Myths. http://www.parenting.com/article/10-pregnancy-myths. Accessed August 30, 2016

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 15/01/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x