Bagaimana jika anda mendapat cyst semasa hamil, apakah cara rawatannya? Adakah terdapat makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil?
Mengetahui diri mempunyai cyst atau sista ovari semasa mengandung, sudah tentu akan menimbulkan rasa bimbang di hati, betul tak?
Bertenang, ya. Dalam perkongsian artikel ini anda akan mengetahui serba sedikit mengenai sista ovari ketika kehamilan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Cyst semasa hamil
Sebelum persoalan mengenai makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil, ayuh kita fahami dulu masalah sista ovari ini.
Sista ovari adalah kantung berisi cecair yang berada di dalam ovari itu sendiri. Ramai wanita mengalami cyst dan ia secara umumnya tidak berbahaya mahupun mengakibatkan kesakitan dan biasanya hilang sendiri selepas 4 hingga 6 minggu.
Semasa kehamilan, korpus luteum menghasilkan hormon untuk menyubur dan menyokong lapisan rahim dan janin yang sedang membesar sehingga plasenta mengambil alih sekitar minggu ke-10.
Namun, dalam sesetengah kes kehamilan, korpus luteum yang penuh cecair ini kekal dalam ovari dan tidak mengecut. Keadaan ini disebut sebagai sista korpus luteum. Sista ini berbeza dari segi saiz tetapi biasanya dalam anggaran 2 hingga 6 sentimeter.
Cyst semasa hamil: Adakah ia berbahaya?
Korpus luteum berfungsi untuk menyokong kehamilan awal, tetapi jika masih terdapat sista menjelang akhir trimester pertama atau bahagian awal trimester kedua – umumnya, keadaan ini tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendiri.
Walau bagaimanapun jika ia tidak berlaku, doktor mungkin akan memantaunya dan bertanyakan soalan kepada anda sama ada mengalami sebarang kesakitan atau ketidakselesaan.
Ujian ultrabunyi tambahan mungkin akan dilakukan bagi memantau saiznya dan memastikan sista tidak menyebabkan sebarang masalah pada ovari.
[embed-health-tool-due-date]
Sista korpus luteum pecah semasa hamil
Walaupun jarang berlaku, tetapi sista korpus luteum boleh pecah, sama ada secara spontan atau disebabkan faktor luaran seperti pemeriksaan serviks, seks atau senaman yang dilakukan bakal ibu.
Dalam kes ini, kebimbangannya bukanlah impak kepada bayi tetapi kepada bakal ibu itu sendiri.
Ini kerana jika sista pecah, pendarahan kecil boleh berlaku. Namun sekiranya sista pecah mengakibatkan pendarahan dalaman, pembedahan perlu dilakukan.
Baca juga:
Bolehkah cyst semasa hamil menjadi kanser?
Sista korpus luteum ini dipanggil sista berfungsi – kantung yang terbentuk pada ovari hanya disebabkan proses normal haid.
Tidak seperti beberapa sista ovari lain, sista semasa hamil ini tidak mempunyai potensi untuk menjadi kanser.
Makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil
Biasanya rawatan yang diperlukan untuk sista korpus luteum adalah masa kerana ia akan sembuh dengan sendiri dan tidak memerlukan sebarang prosedur perubatan.
Pun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, berikut antara makanan perlu dihindari jika ada cyst semasa hamil:
1. Daging merah
Elakkan pengambilan daging merah seperti daging lembu dan kambing. Jika tidak dapat elak, sebaiknya kurangkan jumlah pengambilan.
Ini kerana makanan ini boleh mencetuskan pembentukan sista ovari serta memburukkan lagi sista sedia ada.
Daging merah juga mengandungi banyak lemak – antara sebab mengapa ia harus dielakkan.
2. Makanan bergoreng harus dielakkan jika ada cyst semasa hamil
Makanan bergoreng, seperti kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya, adalah antara makanan yang perlu dielakkan jika mempunyai sista ovari.
Pengambilan makanan bergoreng dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan penambahan berat badan berlebihan dengan cepat. Minyak sayuran ditapis digunakan untuk menggoreng adalah sintetik dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu hormon.
3. Makanan tinggi lemak tepu
Apabila diambil secara berlebihan, lemak tepu adalah satu bentuk lemak pemakanan yang memudaratkan. Ia berpotensi untuk meningkatkan paras kolesterol dalam badan.
Makanan kaya lemak tepu termasuklah produk tenusu seperti mentega, keju dan krim, daging merah, makanan berbungkus, makanan segera dan sebagainya.
Sebaiknya, kurangkan pengambilan lemak tepu jika anda ingin mencegah dan memulihkan sista ovari.
Makanan yang perlu dielakkan jika ada cyst ketika hamil #4. Tinggi gula halus
Bercakap mengenai sista ovari, gula halus adalah salah satu makanan paling ‘jahat’. Minuman ringan, jus diproses, kek, pastri, biskut dan manisan semuanya tinggi kandungan gula halus.
Gula ditapis ini menjaga ketidakseimbangan hormon – punca kepada pengembangan sista ovari atau merengsakan yang sedia ada.
6. Minuman tinggi kafein
Kafein adalah penyumbang utama kepada dehidrasi dan keradangan dalam badan.
Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh, soda, minuman ringan dan sebagainya jika anda terdedah kepada sista ovari.
Ia berkemungkinan besar menghasilkan sista ovari baharu sambil memburukkan lagi sista sedia ada.
7. Mengandungi gula ringkas
Simple carb atau karbohidrat ringkas merupakan makanan tinggi indeks glisemik, cepat dihadam, diserap dan dimetabolismekan. Ia menyebabkan peningkatan mendadak dalam glukosa darah dan memerlukan pengeluaran insulin dalam jumlah yang banyak.
Karbohidrat ringkas adalah seperti gandum, tepung ditapis dan roti putih yang harus dielakkan jika mempunyai sista.
8. Elakkan karbohidrat jika ada cyst semasa hamil
Makanan berkanji seperti kentang, jagung, pasta dan roti adalah satu lagi jenis makanan yang perlu dielakkan jika mempunyai sista ovari.
Ia harus dihindari atau dihadkan pengambilan kerana menghasilkan lonjakan insulin dalam tempoh singkat, penambahan berat badan yang cepat dan pembentukan sista ovari.
Lakukan pemeriksaan doktor
Sekiranya mengesyaki diri mempunyai cyst semasa hamil, dinasihatkan untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Dapatkan juga nasihat dan rundingan doktor berkaitan aspek penjagaan pemakanan bersesuaian yang dapat membantu memulihkan sista.