backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

8 Perkara Yang Ibu Hamil Trimester Kedua Mungkin Perlu Buat (Dan 10 Perlu Elak)!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

8 Perkara Yang Ibu Hamil Trimester Kedua Mungkin Perlu Buat (Dan 10 Perlu Elak)!

Ketika wanita sedang hamil 5 bulan, ini merupakan ketika di mana anda sebenarnya sudah berada di dalam trimester kedua kehamilan.

Pada saat ini, anda mungkin akan perasan bahawa gejala morning sickness sudah mula berkurang dan baby bump kian mula membesar.

Ramai yang berpendapat bahawa trimester kedua kehamilan adalah jauh lebih mudah berbanding trimester pertama dan trimester ketiga.

Persoalannya, apa yang boleh dikatakan pada ketika ini selain perubahan bentuk perut hamil 5 bulan? Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apa itu trimester kedua kehamilan?

Secara umumnya, satu proses kehamilan yang normal dan lengkap akan berlangsung selama 9 bulan ataupun bersamaan 40 minggu.

Minggu-minggu ini pula akan terbahagi kepada 3 trimester dan trimester kedua adalah melibatkan proses kehamilan dari minggu 13 hingga 27.

Pada saat ini, bentuk perut hamil 5 bulan adalah sedikit besar berbanding trimester pertama namun sedikit kecil berbanding trimester ketiga.

Kebanyakan ibu yang hamil 5 bulan dan seterusnya juga akan menganggap ia adalah proses yang jauh lebih mudah berbanding trimester lain.

Namun, itu bukan bermakna kalian hanya perlu membiarkan sahaja ia berlaku tanpa berbuat apa-apa ya? Anda masih perlu berwaspada!

hamil 5 bulan

Apa berlaku pada ibu & janin?

Sama seperti trimester-trimester yang lain, ketika trimester kedua kehamilan juga akan menyebabkan pelbagai perubahan pada ibu dan janin.

Ibu hamil 5 bulan akan mengalami:

Ketika ini, simptom-simptom yang dialami adalah hampir sama seperti 3 bulan terawal mengandung namun akan berkurang sedikit.

Ramai wanita pada ketika ini menyatakan bahawa rasa loya dan penat akan mula hilang dan merupakan trimester yang paling mudah dilalui.

Semasa trimester kedua ini, berikut adalah perkara yang mungkin akan berlaku:

  • Rahim mengembang
  • Abdomen membesar
  • Pening kepala
  • Sakit badan
  • Tekanan darah rendah
  • Selera makan meningkat
  • Muncul tanda regangan
  • Kulit menjadi sedikit gelap
  • Pergelangan tangan dan kaki membengkak

Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor jika mengalami simptom berikut:

  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Jaundis
  • Pembengkakan kronik
  • Peningkatan berat badan secara mendadak

Janin ketika 5 bulan akan mengalami:

Selain ibu, janin di dalam kandungan juga akan mengalami perubahan atau perkembangan pada trimester kedua kehamilan.

Sebagai contoh, janin akan mula bergerak, mendengar dan menelan selain mula tumbuh bulu-bulu rambut pada kepala.

hamil 5 bulan

Selain itu, akan mula berlaku juga proses janin bangun serta jaga dari tidur dan kitaran ini pasti dapat dirasai oleh si ibu.

Menurut  American Pregnancy Association, besar janin pada ketika ini dipercayai 14 inci panjang dan seberat kira-kira 2 paun.

Pemeriksaan doktor

Meskipun dikatakan ia adalah trimester kehamilan yang paling mudah, itu tidak bermakna kalian tidak perlu berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor.

Pada waktu ini, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan pemeriksaan secara berkala seperti berikut:

Pemeriksaan berikut adalah sangat penting untuk mengetahui jantina, kesihatan dan jika terdapat kecacatan pada janin dalam kandungan.

Dalam pada itu, ia juga adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kesihatan si ibu yang perlu kekal sihat sepanjang hamil 5 minggu ke atas.

Tip sihat

Ketika ibu sedang alami bentuk perut hamil 5 bulan ke atas, ada beberapa perkara yang kalian perlu buat serta perlu elak dan ini adalah huraiannya.

Apa ibu hamil perlu buat:

  • Terus mengambil vitamin pranatal
  • Bersenam dengan kerap
  • Senaman pelvik
  • Senaman kegel
  • Makan dengan kalori yang cukup (lebih 300 dari biasa)
  • Makan diet tinggi buah, sayur, protein dan serat
  • Minum lebih banyak air
  • Pastikan gigi dan gusi sihat

Apa ibu hamil perlu elak:

  • Aktiviti yang memberi tekanan pada perut
  • Rokok
  • Alkohol
  • Kafein
  • Dadah
  • Makanan mentah
  • Makanan laut
  • Produk tenusu yang tidak dipasteur
  • Najis haiwan
  • Ubatan tertentu seperti isotretinoin, acitretin, thalidomide dan ACE inhibitor

Persediaan bersalin

Anda mungkin akan berfikir dan berkata baru sahaja hamil 5 bulan, masih awal untuk melakukan persediaan untuk bersalin kelak.

Pun begitu, adalah penting untuk kalian melakukan persediaan dengan lebih awal untuk memastikan trimester ketiga nanti lebih mudah.

Berikut adalah beberapa persediaan untuk bersalin trimester kedua:

  • Pergi ke kelas pranatal yang disediakan pihak hospital
  • Pergi ke kelas menyusukan anak, pertolongan cemas dan keibubapaan
  • Mendapatkan informasi melalui laman sesawang kesihatan
  • Menonton foto dan video wanita melahirkan anak
  • Meninjau kawasan hospital untuk mengetahui selok belok dan proses
  • Menyediakan tempat atau ruang untuk bayi yang bakal lahir kelak

hamil 5 bulan

Dalam pada itu, doktor mungkin akan bertanyakan sama ada anda mahu atau tidak mengambil ubat tahan sakit sebelum proses kelahiran bermula.

Ini kerana mungkin akan ada beberapa risiko dan komplikasi lain yang anda perlu tahu sekiranya ingin mengambil ubatan ini ketika bersalin.

Paling penting, sentiasa dapatkan maklumat dan kemas kini terkini mengenai tahap kesihatan anda dan janin dalam kandungan dari doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan