Memasuki tempoh kehamilan trimester kedua dan ketiga, merasai pergerakan bayi dalam kandungan adalah perkara biasa. Tetapi adakah ia situasi berbahaya jika baby kurang gerak?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Perubahan pergerakan bayi sepanjang tempoh kehamilan
Kenapa baby dalam perut mengeras?
Umumnya pergerakan bayi dalam kandungan adalah berbeza bagi setiap bayi. Ini kerana:
- Ada sesetengah bayi yang lebih banyak duduk diam
- Ada yang suka melakukan tendangan
Perubahan ketara dalam pergerakan si manja sepanjang kehamilan adalah normal, jika:
Trimester kedua
Apabila anda merasai pergerakan janin buat pertama kali sekitar bulan ke-5 tempoh kehamilan atau minggu ke-18 hingga 22.
Menjelang bulan ke-6 kehamilan, pergerakan kaki akan semakin kerap dan sekata. Pada tempoh ini jarang untuk mengalami isu baby kurang gerak.
Trimester ketiga
Pada bulan ke-7, masih banyak ruang di dalam rahim untuk bayi bergerak.
Oleh sebab mereka semakin kuat, ada kalanya tendangan yang diberikan boleh menyebabkan ibu tersentak.
Rahim yang luas akan menjadi semakin sempit apabila memasuki tempoh kehamilan 8 bulan.
Pada ketika ini, bakal ibu akan kerap dapat merasai tusukan siku dan lutut si kecil. Ia boleh dijadikan kayu ukur yang baik untuk memantau pergerakan bayi.
Menjelang bulan ke-9 kehamilan, dengan berat dan kepanjangan yang semakin berkembang, ruang rahim akan menjadi lebih sempit sekali gus menjadikan baby kurang gerak.
Punca baby kurang gerak
Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan kurang melakukan pergerakan.
1. Ibu hamil sangat aktif
Berada di luar dan bergerak sepanjang hari?
Dikatakan pergerakan lembut harian ibu cenderung menyebabkan bayi tertidur. Anda juga mungkin terlalu sibuk untuk menyedari bayi menendang.
2. Baru melakukan seks punca baby kurang gerak
Ada bayi menjadi cukup aktif dan terdapat juga yang tertidur dengan irama kontraksi rahim yang berlaku ketika orgasma.
Kedua-dua tindak balas adalah normal.
Selagi doktor tidak melarang, hubungan seksual sepanjang tempoh kehamilan boleh dilakukan dan selamat!
3. Saiz bayi yang kecil
Sepanjang trimester kedua, pergerakan bayi boleh berubah. Mereka ada kalanya terlalu aktif dan ada masanya berhibernasi.
Saiz bayi yang kecil juga boleh menyebabkan ibu kurang menyedari tentang pergerakan yang dilakukan. Ini terutamanya jika si kecil menghadap ke dalam – ke arah belakang badan ibu.
Di samping itu, waktu paling aktif untuk bayi dalam kandungan adalah pada waktu malam – sewaktu anda sedang nyenyak tidur.
4. Ruang semakin berkurangan menyebabkan baby kurang gerak
Ketika pertama kali anda merasai tendangan kaki atau aksi akrobatik bayi, ruang di dalam rahim masih banyak.
Namun menjelang trimester ketiga, situasi mula berubah, di mana bayi semakin membesar dan ruang dalam rahim akan menjadi semakin sempit.
Jangan risau ruang masih ada, cuma tidak memungkinkan si manja melakukan aksi akrobatik.
5. Bayi dalam kandungan sedang tidur
Pada tempoh kehamilan trimester ketiga, bukan sahaja intensiti pergerakan yang semakin berkurang bahkan kekerapannya juga akan menurun.
Seperti si manja yang baru lahir, bayi dalam kandungan juga akan mengalami fasa tidur nyenyak.
Biasanya baby kurang gerak semasa ibu sedang aktif dan cenderung untuk beraksi apabila anda ingin melelapkan mata.
6. Kepala bayi sudah turun ke pelvis
Dalam minggu-minggu terakhir kehamilan, anda akan lebih menyedari mengenai bayi kurang aktif.
Apabila mereka sudah ‘turun’, situasi itu akan menjadi lebih ketara.
Ada kalanya apabila bayi menggerakkan kepala, anda mungkin akan berasa seperti ‘kejutan elektrik’ pada bahagian pelvis.
Bayi kurang aktif: Bila masanya perlu bimbang?
Dalam kebanyakan kes, perubahan dan penurunan pergerakan bayi dalam kandungan adalah setara dengan tempoh kehamilan.
Untuk kes yang jarang berlaku, penurunan aktiviti bayi secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh:
#1. Air ketuban sedikit
Hampir 4% wanita bakal bersalin mengalami oligohidramnios atau cecair ketuban kurang atau sedikit jumlahnya.
Keadaan ini biasa berlaku pada lewat trimester ketiga.
Kebanyakan wanita tidak mengalami gejala ketara dan mempunyai kehamilan sihat sepenuhnya.
Tetapi ada yang mungkin menyedari bayi kurang aktif dalam kandungan secara mendadak dan signifikan.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat, gugur atau meninggal dunia dalam perut.
Bayi kurang aktif #2. Terlalu banyak cecair ketuban
Dianggarkan 1% kehamilan didiagnosis dengan polihidramnios atau terlalu banyak air ketuban.
Selalu terjadi pada wanita dengan kehamilan berganda atau menghidap diabetes yang tidak terkawal.
‘Kusyen tambahan’ ini boleh menyukarkan pergerakan bayi dan menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan dada kerana rahim yang sangat besar.
Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan pernafasan pada ibu dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
#3. Masalah pada janin
Bekalan oksigen bayi boleh terganggu sebelum atau semasa bersalin, menyebabkan bayi kurang aktif secara tiba-tiba.
Kekurangan oksigen yang berterusan memerlukan proses bersalin segera. Ia biasanya dilakukan melalui prosedur pembedahan caesarean.
Apa perlu buat jika bayi kurang gerak?
Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai bayi dalam kandungan, lakukan pemeriksaan segera, okay?
Sentiasa pantau kandungan anda
[embed-health-tool-due-date]