home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Aktiviti Anda TIDAK PATUT BUAT Ketika Trimester Kedua Kehamilan, Jangan Ambil Mudah!

8 Aktiviti Anda TIDAK PATUT BUAT Ketika Trimester Kedua Kehamilan, Jangan Ambil Mudah!

Pada trimester kedua kehamilan, ibu baru boleh mula melakukan senaman untuk mempersiapkan diri mereka kepada fasa sihat semasa kehamilan dan kelahiran.

Cubalah tips-tips di bawah dengan melakukan jenis-jenis senaman berbeza pada setiap bulan kehamilan untuk menjadikan tubuh anda sihat dan bertenaga.

Apa anda perlu buat ketika trimester kedua kehamilan

Masker Kunyit, Adakah Berkesan dan Bermanfaat - kehamilan

Bulan keempat kehamilan: Ibu hamil sudah boleh menggunakan basikal pegun di gimnasium. Pada ketika ini, perut ibu semakin membesar menyebabkan aliran darah mengalir lebih perlahan daripada biasa. Ibu juga perlu mengehadkan latihan yoga termasuklah meregang dan berbaring belakang.

Semasa tidur pula, ibu perlu tidur dalam posisi mengiring.

Bulan kelima kehamilan: Berenang merupakan aktiviti ideal semasa tempoh ini. Pergerakan dalam air dengan senaman ringan boleh membuatkan anda relaks dan selesa.

Walau bagaimanapun, ibu tidak boleh berenang keterlaluan dan jangan lupa untuk memakai pelindung matahari kerana kulit ibu hamil adalah sangat sensitif.

Bulan keenam kehamilan: Senaman kegel adalah penting dilakukan semasa tempoh kehamilan. Ini adalah senaman ruangan pelvik yang membantu anda merasai kurang kesukaran semasa proses kelahiran.

Senaman ini hanya mengambil masa 2-3 minit sehari dengan melakukan aksi “merapat dan mengendurkan.”

Merapatkan atau kemut faraj anda dan tahan sekitar 3 saat, kemudian mengendurkan atau melepaskan kemutan otot tadi dalam 3 saat. Selepas beberapa kali melakukan senaman ini, anda boleh menambah masa dari 5-10 saat ataupun lebih lama.

Apa yang anda tidak boleh lakukan ketika trimester kedua kehamilan

Makanan Terbaik Semasa Kehamilan

Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen anda semasa hamil.

Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan anda dan pusat graviti anda juga telah berubah.

Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi anda dalam risiko.

Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:

  • Menaiki tunggangan di taman hiburan: Meluncur air dan beberapa tunggangan lain di taman hiburan adalah dilarang sama sekali untuk ibu hamil, kerana pendaratan kuat atau permulaan dan hentian tiba-tiba boleh membahayakan bayi.
  • Berbasikal: Menunggang basikal bukanlah senaman yang baik terutama untuk mereka yang baru ingin memulakannya. Namun, penunggang yang berpengalaman boleh meneruskan berbasikal sehingga tempoh trimester kedua mereka. Ini kerana, semasa hamil, pusat graviti mereka berlaku perubahan sehingga boleh menjejaskan keseimbangan dan membuatkan berbasikal itu bahaya. Namun, tunggangan basikal pegun adalah alternatif yang selamat.
  • Sukan lasak: Bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan hoki meletakkan anda dalam risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan, iaitu semasa mengambil bola ataupun membaling boleh dari dan kepada pemain lain, atau kemungkinan terjatuh semasa bermain.
  • Menyelam: Aktiviti ini berbahaya kepada bayi anda untuk berendam ke dalam air secara paksa.
  • Gimnastik: Sekali lagi, terdapat risiko untuk anda terjatuh dan meningkatkan trauma kepada abdomen anda.
  • Menunggang kuda: Walaupun anda seorang penunggang kuda yang baik, adalah tidak berbaloi untuk anda mengambil risiko menunggang kuda semasa hamil.
  • Tab mandian panas dan sauna: Berendam di dalam tab mandian panas dan jakuzzi atau duduk di dalam sauna boleh membahayakan janin anda yang sedang membesar di dalam perut. Ini kerana pemanasan berlebihan adalah berkait denggan kecacatan kelahiran.
  • Berlari: Jika anda bukan seorang pelari sebelum anda disahkan hamil, ini bukan masanya untuk anda mula berlari. Jika tidak, anda masih boleh meneruskannya namun perlulah dilakukan secara sederhana. Bermula dari trimester kedua anda, iaitu apabila risiko untuk anda terjatuh meningkat, anda perlu berlari dengan berhati-hati. Elakkan berlari dalam cuaca panas melampau dan minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berpeluh.
  • Selam skuba: Ini adalah aktiviti yang amat dilarang! Semasa anda berada di permukaan air, buih air boleh membentuk dalam aliran darah anda, yang boleh membahayakan diri anda dan kandungan.
  • Meluncur salji: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
  • Meluncur: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
  • Tenis: Permainan tenis yang sederhana adalah selamat untuk anda main sebelum anda hamil. Akan tetapi, anda mungkin menghadapi masalah dengan keseimbangan dan hentian tiba-tiba jika bermain semasa hamil, jadi berhati-hatilah! Kebanyakan wanita merasakan sukar untuk bermain dengan baik kerana perut yang semakin membesar semasa trimester kedua dan ketiga.
  • Meluncur air: Aktiviti lain yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What activities should I avoid during pregnancy? http://www.babycenter.com/404_what-activities-should-i-avoid-during-pregnancy_7229.bc. Accessed December 18, 2016.

What Exercises Should Be Avoided During Pregnancy? http://www.webmd.com/baby/exercise-during-pregnancy#2-4. Accessed December 18, 2016.

Week-by-Week Workout Tips: Second Trimester. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/keeping-fit/photo-gallery/week-by-week-workout-tips-second-trimester.aspx. Accessed December 18, 2016.

What Exercises are Safe in the Second Trimester?. http://www.healthline.com/health/pregnancy/second-trimester-exercise-fitness. Accessed December 18, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 26/11/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x