Ramai pesakit diabetes risau tentang kadar gula darah normal ketika berpuasa, kerana perubahan rutin makan boleh menyebabkan bacaan gula turun atau naik secara mendadak. Kadar gula darah normal biasanya berada dalam julat yang selamat, namun pesakit diabetes mudah mengalami ketidakseimbangan gula, terutama pada waktu sahur dan berbuka.
Untuk memahami lebih mendalam, kita perlu tahu bila gula perlu diperiksa dan bagaimana paras gula berubah sepanjang puasa.
Ayuh kita sambung dengan penjelasan yang lebih terperinci.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, klik di sini.
Bila perlu check gula?
Pesakit diabetes WAJIB memantau gula lebih kerap ketika berpuasa kerana risiko hipo dan hiperglisemia meningkat.
Waktu paling penting untuk check gula ialah:
- Sebelum sahur: memastikan bacaan tidak terlalu rendah.
- Tengah hari (antara 12-3 petang): memantau risiko hypoglycemia.
- Sebelum berbuka: memeriksa tahap gula selepas berpuasa panjang.
- 2 jam selepas berbuka: memastikan makanan berbuka tidak menaikkan gula terlalu tinggi.
- Jika muncul gejala tidak normal seperti pening, haus melampau, menggigil, kebas atau penglihatan kabur.
Pesakit juga disarankan check gula jika rasa tidak sedap badan kerana bacaan gula tidak stabil boleh membahayakan.
Kadar gula darah normal: berapa paras gula yang normal?

Untuk orang dewasa tanpa diabetes, kadar gula darah normal adalah:
- Sebelum makan: 4.0 – 5.5 mmol/L
- 2 jam selepas makan: kurang daripada 7.8 mmol/L
Untuk pesakit diabetes, sasaran biasanya sedikit lebih tinggi:
- Sebelum makan: 4.4 – 7.0 mmol/L
- 2 jam selepas makan: 8.5 mmol/L atau kurang
Nilai ini mungkin berbeza mengikut nasihat doktor, tetapi ia adalah rujukan asas supaya pesakit tahu bila bacaan sudah melebihi paras normal.
Bila gula dalam darah tinggi?
Gula dianggap tinggi (hiperglisemia) apabila:
- Sebelum makan: lebih daripada 7.0 mmol/L
- 2 jam selepas makan: lebih daripada 10.0 mmol/L
Simptom gula tinggi termasuk:
Jika dibiarkan terlalu lama, gula tinggi boleh membawa kepada ketoasidosis diabetik (DKA) atau Hyperosmolar Hyperglycemic State (HHS) yang boleh mengancam nyawa.
Kadar gula darah normal: kenapa bacaan gula tinggi selepas makan?

Banyak faktor boleh menyebabkan gula naik selepas makan, termasuk:
#1. Pemilihan makanan
Makanan tinggi karbohidrat ringkas seperti kuih-muih, nasi putih, roti canai, dan air manis.
#2. Makan terlalu banyak ketika berbuka
Lama berpuasa menyebabkan badan “crave” makanan manis → menghasilkan lonjakan gula mendadak.
#3. Dos ubat atau insulin tidak mencukupi
Jika dos tidak disesuaikan untuk Ramadan, paras gula mungkin tidak terkawal.
#4. Kurang aktiviti fizikal
Otot kurang menggunakan gula menyebabkan ia kekal tinggi dalam darah dan menjejaskan kadar gula darah normal.
Berapa bacaan prediabetes?
Prediabetes ialah keadaan di mana bacaan gula lebih tinggi daripada normal tetapi belum mencapai tahap diabetes.
Julat prediabetes:
- Fasting (puasa lebih 6 jam): 5.6 – 6.9 mmol/L
- 2 jam selepas makan: 7.8 – 11.0 mmol/L
- HbA1c: 5.7% – 6.4%
Jika bacaan ini muncul secara konsisten, anda berisiko tinggi mendapat diabetes dan perlu mula mengubah gaya hidup.
Keadaan hiperglisemia semasa puasa
Tidak ramai sedar bahawa gula boleh naik (hyper) ketika puasa – bukan hanya turun.
Hyper boleh berlaku kerana:
#1. Hormon stres meningkat
Badan mengeluarkan hormon seperti kortisol yang menaikkan gula sebagai mekanisme survival.
#2. Sahur tidak seimbang atau tidak bersahur
Tidak bersahur → gula naik kerana hati melepaskan lebih banyak glukosa simpanan (hepatic glucose output).
#3. Dos ubat tidak tepat
Insulin atau ubat oral tidak diselaraskan mengikut jadual puasa.
#4. Berbuka dengan makanan yang terlalu manis
Air manis, kuih tradisional, nasi berlemak atau portion besar boleh menyebabkan lonjakan gula mendadak.
Bacaan gula darah yang dianggap hiperglisemia ketika puasa:
- >10 mmol/L sebelum berbuka
- >13–15 mmol/L selepas berbuka
Jika bacaan melebihi 16.7 mmol/L, pesakit digalakkan berbuka serta-merta dan mendapatkan rawatan.

Kesimpulan
Memahami kadar gula darah normal dan perubahan paras gula ketika berpuasa sangat penting bagi pesakit diabetes.
Pemantauan yang kerap, pemilihan makanan yang betul serta dos ubat yang tepat boleh mengurangkan risiko hipoglisemia dan hiperglisemia.
[embed-health-tool-bmi]















