Benarkah wanita yang pernah melahirkan anak secara czer mempunyai risiko rahim pecah ketika bersalin? Mengapa ia boleh terjadi?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Benarkah wanita yang pernah melahirkan anak secara czer mempunyai risiko rahim pecah ketika bersalin? Mengapa ia boleh terjadi?
Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Bagi mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Ibu hamil yang pernah melalui prosedur beranak secara caesarean, boleh menjalani kaedah kelahiran faraj pada kehamilan akan datang
Cumanya, anda dengan parut C-Sec bukanlah calon yang baik untuk kelahiran faraj selepas caesarean (VBAC).
Kenapa?
Kerana anda mempunyai lebih tinggi untuk mengalami risiko rahim pecah (uterine rupture) – komplikasi yang boleh berlaku semasa proses melahirkan anak.
Keadaan rahim pecah ini berlaku pada tempat lemah di dinding rahim – selalunya di sepanjangan garis parut pembedahan rahim sebelum ini, seperti czer.
Koyakan ini terjadi kerana ketegangan yang wujud padanya semasa bersalin dan melahirkan anak.
Risiko rahim pecah juga boleh berlaku pada sepanjang bahagian parut myomectomy, iaitu pembedahan untuk membuang fibroid rahim – ketumbuhan pada rahim.
Berita baiknya, situasi rahim pecah ketika bersalin ini jarang berlaku. Dalam kalangan wanita yang mencuba kaedah VBAC, kemungkinan risiko koyakan rahim ini kurang 1 dalam 100 kelahiran.
Manakala kebarangkalian untuk terjadi masalah uterin rupture secara spontan – sebagai contoh pada wanita tanpa parut di rahim – sangat jarang berlaku, dalam 1 daripada 17,000 kelahiran.
Mesti ada tertanya-tanya bagaimana wujudnya risiko rahim pecah semasa sedang melahirkan anak, betul tak?
Semasa bersalin, tekanan meningkat ketika bayi bergerak melalui saluran kelahiran. Tekanan yang wujud inilah boleh menyebabkan rahim ibu terkoyak.
Selalunya koyakan akan berlaku pada bahagian bekas parut caesarean.
Jika ia berlaku, kandungan di dalam rahim – termasuk bayi – boleh masuk ke dalam abdomen ibu.
Pelbagai gejala dikaitkan dengan risiko rahim terkoyak ini. Beberapa kemungkinan simptom termasuklah:
Setiap wanita yang mempunyai sejarah menjalani pembedahan czer atau rahim berisiko tinggi mengalami masalah ini kerana keadaan parut rahim boleh menjadi lemah dan terkoyak.
Bagi sesetengah parut pada rahim, adalah lebih cenderung untuk terkoyak semasa prosedur bersalin faraj berbanding yang lain.
Potongan parut klasik ini mempunyai risiko rahim pecah paling tinggi.
Jenis potongan ini, yang ke atas dan ke bawah, dibuat pada bahagian atas rahim. Adakalanya dilakukan untuk bayi pramatang.
Pembedahan untuk fibroid juga cenderung dilakukan pemotongan menegak ini.
Bagi parut melintang rendah ini adalah potongan sisi ke sisi pada bahagian bawah rahim yang lebih nipis.
Merupakan parut C-Sec paling biasa dan risiko rahim pecah ketika bersalin paling sedikit.
Merupakan potongan atas dan bawah yang dibuat di bahagian bawah rahim.
Dengan potongan menegak rendah, risiko untuk mengalami masalah pecah rahim adalah lebih tinggi berbanding parut melintang rendah.
Pun begitu, risikonya lebih rendah daripada parut menegak tinggi.
Umumnya, anda perlu mendapatkan kepastian doktor untuk mengetahui apakah jenis potongan yang dilakukan semasa prosedur pembedahan dahulu.
Wanita paling berisiko untuk mengalami masalah koyakan pada rahim ini adalah mereka yang mencuba kaedah VBAC dan menerima induce prostaglandin dan/atau oxytocin.
Rahim pecah ini boleh mengakibatkan pendarahan tidak terkawal pada abdomen, atau dalam kes jarang berlaku, menyebabkan sebahagian plasenta atau bayi memasuki perut anda.
Ia boleh mengancam nyawa jika tidak ditangani dengan segera!
Jika berlaku koyakan rahim, anda akan segera mendapat pembedahan czer, diikuti dengan pembaikan rahim.
Anda mungkin perlu diberikan antibiotik untuk mencegah jangkitan.
Dalam kes jarang berlaku, terdapat kebarangkalian untuk menjalani histerektomi – pembedahan buang rahim. Ini terutamanya jika berlaku pendarahan yang teruk.
Pembedahan yang dilakukan juga untuk membolehkan doktor menarik keluar bayi daripada badan ibu.
Jika anda pernah menjalani prosedur pembedahan czer atau abdomen dengan dinding rahim dipotong sepenuhnya, pertimbangkan segala risiko semasa memilih kaedah bersalin, khususnya jika ingin mencuba kelahiran faraj.
Terdapat kemungkinan, seandainya anda pernah menjalani prosedur kelahiran secara caesarean dan mempunyai parut melintang rendah, kebarangkalian anda menjadi calon VBAC.
Sekiranya anda mempunyai risiko rahim pecah ketika bersalin, terutamanya dengan parut menegak tinggi atau koyakan rahim pada masa lalu, kelahiran faraj mungkin bukan pilihan terbaik.
Walau apa pun, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen