Boleh Ke Douching Masa Mengandung? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 01/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah terlintas untuk melakukan douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin akan membuat anda menimbang semula keputusan itu. 

Apakah itu meruang ketika hamil?

Meruang atau perbuatan douching – perkataan asal douche yang diambil daripada bahasa Perancis bermaksud sebagai mencuci atau merendam.

Dianggap sebagai kaedah untuk mencuci faraj. Dahulunya cara mencuci ini biasanya menggunakan campuran air bersama cuka.

Manakala douches yang dijual di kedai ubat dan pasar raya pula mengandungi antiseptik serta tambahan wangian. 

Ia dijual dalam botol atau beg yang disemburkan ke dalam faraj melalui tiub yang disediakan.

Dalam bahasa mudahnya, meruang ini dilakukan untuk membersihkan faraj. 

Pun begitu, persoalan utamanya adakah perbuatan meruang ketika hamil ini selamat kepada wanita mengandung?

Tabiat meruang bagi wanita mengandung

Umumnya, meruang ketika hamil tidak digalakkan. Bahkan, amalan ini sebenarnya tidak disaran untuk dilakukan sama sekali waima oleh wanita yang tidak mengandung.

Ini kerana tanpa kita sedari, terdapat sejumlah besar mikroorganisma dan bakteria baik yang sedang berusaha untuk menjaga persekitaran saluran faraj agar kekal sihat.

Ia juga berperanan untuk melawan bakteria berbahaya daripada menceroboh dengan tindak balas antibakteria serta mencegah sebarang jangkitan atau masalah kesihatan. 

meruang faraj

Tidak dinafikan terdapat cecair atau lelehan daripada faraj yang mungkin menyebabkan keadaan basah dan tidak selesa. 

Namun ia juga berfungsi untuk mencegah sebarang ‘anasir’ luar daripada melekat di sekitar atau cuba memasuki saluran faraj.

Sebaliknya, apabila anda meruang ketika hamil, perbuatan tersebut berkemungkinan boleh mengakibatkan bahan kimia di luar alat kelamin masuk dan mengganggu keseimbangan pH dalam faraj.

Keseimbangan pH faraj penting agar setiap proses penjagaan kebersihan bahagian sulit ini dapat diteruskan dengan baik serta bakteria baik boleh berkembang tanpa masalah. 

Malahan, tidak dinafikan ada wanita yang menggunakan pewangi atau bahan kimia aromatik lain bagi menjadikan bahagian faraj berbau lebih baik.

Sayangnya, perbuatan ini hanya akan mewujudkan tindak balas kimia pada tisu dalam yang mengakibatkan kerengsaan. 

Di samping itu, ia turut membuka ‘pintu’ kepada jangkitan dan masalah kesihatan.

5 masalah kesihatan jika meruang ketika hamil

Pastinya anda ingin mengetahui kesan yang berisiko untuk berlaku, kan?

Seorang wanita mengandung mungkin meruang kerana beranggapan ia dapat menjaga kesihatan faraj.

Hakikatnya, tindakan tersebut hanya akan menjejaskan keadaan bahagian sulit itu dan menjadikan ia tidak sihat dalam pelbagai aspek. 

meruang

  1. Tipiskan peluang kehamilan

Perbuatan meruang ini boleh mengurangkan peluang mengandung jika anda sedang cuba untuk hamil. 

Semua proses semula jadi dan bakteria adalah bahagian penting dalam sistem pembiakan.

Tetapi apabila meruang, anda sebenarnya telah mewujudkan unsur asing dalam sistem yang seimbang dan mampu melakukan proses mencuci sendiri. 

Sudah tentu ia menyebabkan gangguan, bahkan, menjejaskan proses persenyawaan. 

  1. Menolak bakteria baik faraj

Seperti dinyatakan di atas, dalam faraj terdapat mikroorganisma dan bakteria baik. 

Sebaliknya, tindakan meruang akan menyebabkan bakteria yang seharusnya berada dalam faraj ditolak jauh ke dalam tubuh.

Ia mungkin akan melalui tiub fallopio dan ovari serta mula untuk menjangkiti mereka. 

Pastinya keadaan seperti itu berbahaya bagi wanita dan perlu dirawat segera. 

  1. Risiko jangkitan pada rahim

Jika anda sudah mengandung, amalan meruang ketika hamil mendedah saluran faraj kepada faktor luaran berbahaya.

Meruang menyebabkan wujud risiko untuk rahim terdedah kepada jangkitan yang mengakibatkan endometriosis atau jangkitan yang masuk ke dalam kantung amniotik (air ketuban).

Adakah Anda Tahu Tarikh Jangkaan Bersalin?

Jom semak tarikh jangkaan bersalin anda supaya lebih bersedia untuk melahirkan anak nanti!

Semak Sekarang!
parenting
  1. Kehamilan luar rahim

Masalah kesihatan yang berisiko berlaku ketika mengandung adalah kehamilan ektopik. 

Tabiat meruang ketika hamil meningkatkan kemungkinan untuk mengalami kerosakan tiub fallopian dan menyebabkan kehamilan luar rahim atau ektopik.

Ia adalah keadaan di mana telur yang disenyawakan melekat pada saluran tiub fallopion dan bukannya dalam rahim. 

Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan peluang untuk hamil pada masa akan datang. 

masalah kesihatan

  1. Kelahiran pramatang

Douching yang dilakukan mungkin mengakibatkan kelahiran bayi pramatang. 

Dalam 1 kajian mendapati wanita yang meruang semasa mengandung cenderung untuk bersalin awal. 

Melahirkan anak sebelum tempoh kehamilan penuh boleh mendedahkan bayi kepada banyak komplikasi atau mungkin kematian.

Amalan patut dihindari

Sesetengah wanita melakukan douching lebih kepada alasan untuk merasa bersih secara psikologi kerana ia sebenarnya tidak membawa faedah biologi.

Sebaiknya, biarkan faraj melakukan tugasan mereka sendiri dan usah campur tangan. 

Sebaliknya, jika berdepan masalah keputihan yang banyak semasa hamil, dapatkan rundingan doktor untuk penyelesaian terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan, Ya! BAHAYA

Jerawat dalam telinga keadaan yang jarang untuk terjadi. Tetapi memecahkan akne bukan kaedah terbaik menghilangkannya. Ikuti cara rawatan di rumah ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

Sekiranya kalian fikir faraj hanya akan basah ketika mengalami syahwat, anda silap! Mari ikuti 'kelas kesihatan' faraj ini bersama kami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
zakar dan faraj

Tahi Palat Boleh Terjadi Pada Lelaki @ Wanita – Ini Cara Membersihkannya, Barulah Selesa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
span basuh pinggan

Jangan Terkejut, Span Cuci Pinggan Jadi ‘Rumah’ Untuk 362 Jenis Bakteria! Patut Buang Atau Basuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
mewarnakan

Bulu Kemaluan Pun Boleh Beruban, Tapi Selamat Ke Jika Ingin Warnakan Bulu Ari-ari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan