backup og meta

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Mempunyai 2 Rahim, Boleh Hamil TAPI Ini Risikonya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2023

    Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Mempunyai 2 Rahim, Boleh Hamil TAPI Ini Risikonya!

    Biasanya wanita dilahirkan dengan 1 rahim, tetapi jangan terkejut kerana terdapat juga perempuan yang mempunyai rahim berganda. Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya tersendiri.

    Memahami keadaan wanita dua rahim

    Wanita dua rahim atau mempunyai rahim berganda adalah 1 keabnormalan yang jarang berlaku. Keadaan ini berkembang dan berlaku sejak dari bayi di dalam rahim ibunya lagi.

    Setiap rahim bermula sebagai 2 tiub kecil disebut saluran Mullerian. Sewaktu tumbesaran, ia akan bersatu membentuk 1 rahim atau uterus. 

    Namun dalam kes jarang berlaku, tiub tetap terpisah dan membentuk 2 saluran rahim yang berbeza.

    Keadaan ini juga dikenali sebagai didelphys uterus. Ia adalah 1 bentuk malformasi rahim kongenital di mana wujudnya dua rahim. Malahan ada juga yang hadir dengan 2 serviks. 

    Selalunya faraj wanita dengan keadaan ini akan dibahagikan kepada 2 bukaan yang dipisahkan oleh selaput nipis.

    Keadaan yang dialami bukan penghalang untuk proses kehamilan. Walau bagaimanapun, wujud risiko yang tinggi untuk berlakunya keguguran atau kelahiran bayi pramatang

    Anda mungkin berasa pelik bagaimana keadaan ini boleh berlaku, bukan?

    Tetapi ia dipercayai melibatkan aspek genetik dan diwarisi daripada keluarga. Jika anda berdepan keadaan ini, mungkin anda perlu bertanya kepada saudara wanita lain di dalam keluarga, jika mereka turut mengalaminya. 

    Bagaimana untuk menyedari jika mempunyai rahim berganda?

    wanita dua rahim

    Sebahagian wanita dengan didelphys uterus tidak menyedarinya sehingga mereka hamil dan menjalani ujian ultrabunyi.

    Biasanya ujian ini dilakukan pada minggu ke-8 kehamilan dan pada ketika itulah rahim kedua akan kelihatan. 

    Tetapi jika ujian tersebut dilakukan pada minggu ke-20 kehamilan dan ke atas, kemungkinan untuk menyedari kewujudan rahim tambahan adalah tipis. 

    Melakukan diagnosis bagi didelphys uterus

    Doktor mungkin akan mengesan kewujudan dua rahim dengan pelbagai ujian pengimejan, seperti hysterosalpingogram, sonohysterogram, ultrabunyi mahupun magnetic resonance imaging (MRI). 

    Diagnosis ini mungkin perlu disahkan dengan ujian hysteroscopy atau laparoscopy bagi membezakan keadaan didephys uterus dengan kes berkaitan rahim yang lain seperti uterus bicornuate.

    Sebelum diagnosis, doktor mungkin akan mengesyaki seseorang wanita itu mungkin mempunyai masalah didephys uterus sekiranya dia mengadu sakit yang teruk pada bahagian pelvis atau keguguran berulang.

    Kebanyakan wanita dua rahim ini tidak mengalami sebarang simptom khusus.

    Dua rahim tingkatkan peluang wanita untuk hamil?

    Wanita dengan keadaan rahim berganda tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengandung. Namun bagi sesetengah kes, keadaannya mungkin agak sukar.

    Ada wanita dengan keadaan ini tidak mempunyai lapisan rahim yang berkembang sepenuhnya. Ia melibatkan lapisan tisu menutupi dinding dalaman rahim yang berfungsi untuk menyediakan tempat bagi proses persenyawaan telur.

    Keadaan tersebut juga menyebabkan tiada ruang untuk ‘pelekatan’ plasenta yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin dalam proses tumbesarannya.

    Bagi kes lain pula, rahim mungkin mempunyai bentuk yang tidak teratur. Ia sekali gus menghalangnya daripada meregang bagi menampung janin yang membesar.

    Risiko wanita dua rahim

    Mempunyai dua rahim tidak akan menjejaskan kehidupan seksual wanita. Anda masih boleh menikmati aktiviti seksual, kehamilan serta kelahiran seperti biasa.

    Walau bagaimanapun, wanita dengan masalah rahim berganda, bersama 2 faraj, berisiko untuk mengalami aliran darah haid yang banyak dan perlu mendapatkan nasihat perubatan untuk menguruskannya.

    Risiko lain termasuklah:

    wanita dua rahim

    Cara merawatnya

    Biasanya wanita dua rahim ini tidak memerlukan sebarang rawatan khas. Bagi sesetengah kes yang jarang berlaku, pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

    Wanita dengan didelphys uterus tetapi tidak mengalami sebarang simptom, tidak perlu gusar dan bimbang tentang keadaan yang dialami ini. 

    Namun, wanita yang berdepan keguguran berulang dan tidak terdapat penjelasan perubatan mengenai keadaan tersebut mungkin akan ditawarkan rawatan pembedahan. Ia adalah untuk membantu mereka mengekalkan kehamilan agar berjaya.

    Manakala, jika wanita dengan masalah ini turut mempunyai 2 faraj, prosedur pembedahan adalah pilihan terbaik.

    Ini kerana proses pembedahan tersebut akan membuang selaput pemisah dalam faraj. Ia akan dapat membantu memudahkan proses kelahiran anak nanti.

    Berbincanglah dengan doktor…

    Harus diingatkan bahawa keadaan ini adalah 1 masalah yang sangat jarang untuk berlaku. Malahan, dalam kebanyakan kes, kewujudan rahim berganda ini tidak dapat dikesan kerana tidak mendatangkan sebarang masalah.

    Sekiranya anda adalah salah seorang wanita yang sering mengalami masalah keguguran berulang kali disebabkan keadaan ini, pembedahan adalah jawapan bagi membantu anda.

    Seandainya, masalah didelphys uterus hanya dikesan selepas anda berbadan dua, berbincanglah dengan doktor tentang cara penjagaan bagi memastikan hasil yang terbaik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan