Antaranya adalah:
- Masalah kecacatan otak
- Buta
- Pekak
- Kadar tumbesaran perlahan
- Perkembangan otak yang lambat
- Masalah pada aspek pembelajaran
- Sawan
- Serebral palsi
- Masalah pernafasan dan kecacatan lain berkaitan dengan organ peparu
- Mudah mendapat jangkitan
- Pendarahan dalam otak
- Masalah kecacatan jantung seperti duktus arteriosus terbuka
- Masalah pada organ usus menyebabkan proses penghadaman terganggu (necrotizing enterocolitis)
Anda mungkin berminat:
Bantuan khas bagi perkembangan bayi yang lahir pramatang

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum bayi dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.
Jika tidak, penjagaan am perlu diberikan kepada bayi di unit jagaan rapi hospital.
Antara aspek penjagaan yang akan diberikan kepada bayi pramatang adalah:
- Kawalan suhu badan oleh mesin inkubator atau di bawah alat pemanas radian.
- Pemeriksaan kadar gula dalam badan.
- Pemberian pemakanan mengikut keperluan nutrisi semasa.
- Perlindungan daripada jangkitan memandangkan sistem imun bayi pramatang belum berkembang dengan baik.
- Rawatan khas mengikut keperluan perubatan bayi pramatang seperti alat ventilasi untuk mereka yang mengalami masalah pernafasan, pemeriksaan otak menggunakan alat ultra bunyi bagi mengesan pendarahan dalaman dan sebagainya.
Langkah pencegahan yang boleh diambil ketika hamil
Walaupun tiada jaminan boleh dibuat berkaitan dengan aspek pencegahan bagi kelahiran pramatang, namun ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko:
- Elakkan daripada mengambil alkohol, dadah terlarang atau merokok semasa hamil.
- Penjagaan antenatal perlu ditekankan bagi mengurangkan risiko ibu untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti diabetes gestasi dan sebagainya.
- Jika pasangan dirawat dengan rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF), minimumkan kadar pemindahan janin bagi mengurangkan risiko kehamilan kembar.
Jika kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan, doktor kebiasaannya akan memberikan ubat bagi memastikan komplikasi bayi pramatang dapat dikurangkan.
Antaranya adalah:
- Penggunaan ubat kortikosteroid bagi menggalakkan proses kematangan paru-paru. Perkara ini boleh melindungi bayi daripada masalah pernafasan dan kematian mengejut.
- Ubat tocolytic akan diberikan bagi melambatkan proses kelahiran. Ia penting bagi memaksimumkan kesan ubat kortikosteroid untuk mematangkan peparu.
- Pusat kelahiran perlu dilengkapi dengan alat teknologi perubatan yang mencukupi bagi memastikan keadaan persekitaran kondusif buat bayi baru lahir.
Masalah dari sudut pandang global

Jangka hayat bagi sesuatu populasi sangat dipengaruhi dengan kadar kematian bayi.
Masalahnya, di seluruh dunia, lebih daripada 15 juta kelahiran pramatang (lebih daripada nisbah 1:10) berlaku di seluruh dunia.
Kematian disebabkan oleh kelahiran pramatang merupakan punca kematian utama global bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah.
Bayi pramatang yang lahir di negara berpendapatan rendah lebih berisiko untuk mati memandangkan mereka tidak mempunyai keupayaan dari segi teknologi perubatan.
Kesan daripada kekurangan tersebut, kadar kematian disebabkan oleh bayi pramatang kekal tinggi melebihi 1 juta setiap tahun disebabkan oleh komplikasi perubatan.
Konklusi
Di Malaysia, bayi yang lahir pramatang masih mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup.
Mereka mungkin memerlukan penjagaan rapi dan keperluan tambahan namun kualiti hidup mereka sama dengan bayi lain jika dijaga dengan baik.
Pastikan anda mengikut nasihat doktor jika mempunyai bayi lahir pramatang.