Mengapa Asid Folik Penting Untuk Kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Asid folik sangat diperlukan oleh ibu yang sedang hamil. Pengambilan 400 mikrogram asid folik semasa kehamilan akan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Apakah itu asid folik?

Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk hamil. Asid folik mampu membantu mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi anda, yang dikenali sebagai neural tube defects (NTD). kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi malahan sebelum ibu tahu akan kehamilan mereka.

Ini merupakan punca mengapa asid folik sangat penting untuk kehamilan anda. Bijirin merupakan antara sumber utama asid folik. Selain itu, folat juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

Apakah manfaat asid folik?

Nutrien ini sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA. Mendapatkan asid folik yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi anda daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pra matang, kelahiran bayi kurang berat malahan keguguran.

Berapa banyak asid folik yang anda perlukan?

Pakar menyarankan anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik pada setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan anda mengalami kecacatan. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba untuk hamil lagi. Dalam beberapa kes, kehamilan adalah di luar jangkaan jadi kesemua wanita disarankan mengambil 400 mikrogram asid folik dalam sehari. Ada juga pakar yang menyarankan anda untuk meningkatkan pengambilan asid folik kepada 600 mikrogram semasa sedang hamil.

Periksa label vitamin dan suplemen anda atau terus berjumpa doktor untuk memastikan anda telah mengambil asid folik secukupnya. Jika masih kurang, pertimbangkan untuk menukar jenama vitamin atau suplemen anda. Jika anda disarankan untuk mengambil vitamin pranatal, ia mungkin sudah memberikan anda sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mikrogram asid folik. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa label atau terus berjumpa doktor.

Jangan mengambil lebih daripada 1,000 mikrogram asid folik sehari melainkan atas saranan doktor. Ia sangat penting terutamanya kepada golongan vegetarian. Golongan ini mempunyai kecenderungan kekurangan vitamin B12. Ini menyebabkan kesukaran untuk menentukan sebanyak mana asid folik yang perlu atau sudah diambil.

Mengapa anda memerlukan lebih asid folik?

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan untuk mengambil lebih 400 mikrogram asid folik dalam sehari. Jika bayi anda yang sebelum ini mempunyai kecacatan, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil 4,000 mikrogram asid folik sehari. Pastikan doktor anda peka terhadap rekod kesihatan anda dan rancang masa untuk melakukan pemeriksaan. Jika anda hamil anak kembar pula, pakar menyarankan anda untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,000 mikrogram asid folik dalam sehari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan