backup og meta

5 Punca Sebenar Di Sebalik Isu Sakit Kepala Sebelah Kanan, Perhatikan Yang No. 3!

5 Punca Sebenar Di Sebalik Isu Sakit Kepala Sebelah Kanan, Perhatikan Yang No. 3!

Kadangkala, kita mungkin akan rasa sakit kepala sebelah kanan tanpa tahu apa punca ia berlaku. Benarkah jika ia berpunca akibat kondisi migrain sahaja? Jom baca artikel dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.

Apa maksud sakit kepala sebelah kanan?

Hampir semua orang pasti pernah mengalami sakit kepala bukan? Menariknya, ia boleh terjadi di banyak bahagian termasuk di tengah, depan, belakang atau di tepi kiri atau kanan kepala.

Kebiasaannya, adalah agak sukar untuk membezakan dari mana datangnya pening kepala ini justeru ramai individu mungkin memutuskan ketidakselesaan itu meliputi seluruh bahagian kepala.

Sebenarnya, masalah ini boleh terjadi di bahagian tertentu pada kepala. Contohnya, ia boleh terjadi di sebelah kanan sahaja sekali gus membuatkan bahagian ini sahaja yang menjadi tidak selesa.

Akibatnya, anda mungkin merasai sakit yang berdenyut, berpanjangan dan berlarutan di kepala tanpa tahu puncanya!

Sakit kepala sebelah kanan boleh menjejaskan pekerjaan seharian anda.
Sakit kepala sebelah kanan boleh menjejaskan pekerjaan seharian anda.

Untuk pengetahuan anda semua, mungkin ada beberapa punca yang boleh menjadi dalang sakit kepala sebelah kanan berlaku. Jika bukan angkara kondisi migrain, ada punca lain yang akan memicu sakit ini?

Apa punca sakit kepala sebelah kanan?

Siapa yang tidak pelik jika masalah ini cuma terjadi di satu bahagian kepala, terutama di sebelah kanan sahaja bukan? Perhatikan punca-punca utama seperti di bawah ini:

Sakit kepala angkara #1. Migrain

Pertama dan paling utama, itu mungkin petanda anda ada migrain. Merupakan sebab yang paling lazim, masalah ini boleh terjadi di semua bahagian kepala termasuk juga di sebelah kanan.

Ia dipengaruhi oleh banyak faktor risiko seperti cahaya dan bunyi keterlaluan selain aktiviti fizikal berintensiti tinggi.

Pening kepala akibat #2. Stres

Kedua, tekanan atau stres boleh melepaskan hormon seperti adrenalin, kortisol serta norepinefrin dengan banyak. Ia kemudiannya akan menyebabkan gejala seperti sakit atau pening kepala.

Apa yang lebih membimbangkan, masalah ini mampu berterusan selama 30 minit sehingga 7 hari jika dibiarkan.

#3. Kondisi yang jarang terjadi

Dapatkan nasihat dan rawatan pakar segera sekiranya sakit kepala berlarutan dalam tempoh yang lama.
Dapatkan nasihat dan rawatan pakar segera sekiranya sakit kepala berlarutan dalam tempoh yang lama.

Selain migrain dan stres, anda mungkin tidak tahu tentang kondisi lain yang juga punca sakit kepala sebelah kanan:

  • Trigeminal neuralgia Dikenali juga dengan nama saintifik tic douloureux, ia berlaku akibat kelainan di saraf trigeminal iaitu sistem saraf utama pada wajah yang berada dekat dengan kening
  • Occipital neuralgia Ada 2 jenis saraf oksipital di tulang belakang leher bahagian atas yang menjalar ke kulit kepala. Iritasi pada salah satu saraf ini akan memicu sakit kepala di sebelah bahagian sahaja
  • Temporal ArteritisTerjadi akibat infeksi yang menyebabkan kelemahan sistem imun pada sel otak. Ia kemudiannya mengakibatkan keradangan dan kerosakan pada saluran yang membawa aliran darah ke otak sekali gus memicu sakit kepala di sebelah bahagian kepala sahaja

#4. Kesan alahan atau jangkitan

Masalah alahan sinus (sinusitis) atau jangkitan pada rongga nasal juga adalah antara punca pening di sebelah kepala atau bahagian yang lain. Ia merupakan kondisi yang agak lazim tetapi jarang orang tahu.

#5. Pengambilan ubat yang tertentu

Kadangkala, pengambilan ubat yang tertentu termasuk ubat untuk sakit kepala merupakan pedang bermata dua yang boleh mengakibatkan masalah itu kembali terjadi (rebound headache).

Termasuk di dalam jenis sakit kepala sekunder, ketidakselesaan gara-gara pengambilan ubat ini mungkin lebih parah apabila anda bangun daripada tidur dam mengalami kesakitan di salah satu bahagian kepala sahaja.

Apa ikhtiar yang anda boleh lakukan?

Ketahui cara mudah bagi hilangkan sakit kepala anda.
Ketahui cara mudah bagi hilangkan sakit kepala anda.

Ketika diserang episod pening kepala yang tiada kesudahannya, anda perlu tahu apa punca ia terjadi terlebih dahulu. Sila berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk mengetahui kondisi anda.

Kemudian, dapatkan nasihat mereka sama ada perlu mengambil ubat, menjaga makan atau mengelak daripada tabiat tertentu. Sebaiknya, elakkan diri daripada faktor yang boleh menjadi punca.

Antara cara mengatasi sakit kepala sebelah kanan sampai mata yang paling terkenal adalah dengan sentuhan, iaitu dengan cara urutan lembut pada bahagian tersebut.

Dalam pada itu, sila cuba untuk mendapatkan waktu rehat dan tidur yang cukup. Kekurangan waktu ini juga adalah antara penyumbang utama untuk masalah pening kepala.

Sekiranya anda masih lagi mengalami masalah sakit kepala tidak kira di mana-mana bahagian, itu tanda ada sesuatu yang tidak kena pada sistem saraf atau darah anda. Segera jumpa doktor ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Complete Headache Chart, https://headaches.org/the-complete-headache-chart/, Accessed Aug 2 2023.
  2. What Type Of Headache Do You Have?, https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/what-type-of-headache-do-you-have/, Accessed Aug 2 2023.
  3. Should I Worry About a Headache Only on One Side?, https://health.clevelandclinic.org/when-should-i-worry-about-a-one-sided-headache/, Accessed Aug 2 2023.
  4. When you should worry about your headache, https://www.ucihealth.org/blog/2017/07/migraines, Accessed Aug 2 2023.
  5. Headaches: Treatment depends on your diagnosis and symptoms, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-daily-headaches/in-depth/headaches/art-20047375, Accessed Aug 2 2023.

Versi Terbaru

26/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

10 Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala, Tanpa Perlu Berjumpa Doktor!

Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan