backup og meta

Ramai Orang Keliru Kan? Sebenarnya, Tonik & Serum Rambut Itu Ada Bezanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    Ramai Orang Keliru Kan? Sebenarnya, Tonik & Serum Rambut Itu Ada Bezanya!

    Mungkin tidak begitu mengejutkan, antara produk rambut paling popular dalam carian laman sesawang Google sekarang adalah hair serum dan hair tonik terbaik. Adakah ia memang penting dan apa pula perbezaan di antara keduanya? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Kenapa produk-produk ini kini kian popular?

    Sebenarnya, masalah rambut dan kulit kepala itu adalah salah satu daripada isu kesihatan tubuh badan yang paling umum. Hakikatnya, masalah berkaitan ini berlaku pada semua individu.

    Antara masalah yang paling lazim dan selalu terjadi pada mahkota di kepala individu ini termasuk:

    • Keguguran
    • Kebotakan
    • Rambut rosak
    • Rambut kering
    • Rambut berminyak
    • Rambut bercabang
    • Rambut beruban
    • Kelemumur

    Mungkin pada zaman dahulu, masalah-masalah di atas hanya akan dirawat dengan cara tradisional yakni penggunaan bahan-bahan seperti lidah buaya, minyak kelapa dan lain-lain.

    Namun pada zaman kini, sudah banyak rawatan serta ubatan telah wujud untuk merawat segenap masalah berkaitan dengan rambut. Bukan sahaja syampu, ada banyak lagi produk di pasaran.

    hair tonik terbaik

    Antara produk paling popular kini adalah hair serum dan hair tonik terbaik untuk rambut!

    Apa yang dimaksudkan dengan tonik?

    Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah sejenis produk rambut yang digunakan untuk merawat masalah berkaitan mahkota seperti keguguran atau kebotakan, sesuai dengan nama – tonik.

    Biasa wujud dalam bentuk cecair, cara menggunakan produk ini adalah dengan menyembur atau menyapu ramuan ke rambut serta di kulit kepala terutama pada tempat yang bermasalah.

    Jika digunakan secara rutin yakni sehari sekali – kurang atau lebih, anda boleh dapat manfaat ini:

    1. Mengelakkan rambut sedia ada gugur.
    2. Menggalakkan rambut baru untuk tumbuh.
    3. Melancarkan darah di kulit kepala.
    4. Melembapkan kulit kepala yang kering.
    5. Menyingkirkan masalah kelemumur.

    Memandangkan banyak produk wujud dalam pasaran masa kini, anda wajar cari hair tonik terbaik yang asli, efektif serta telah diperakui oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Apa pula dimaksudkan dengan serum?

    Serum pula adalah sejenis produk rambut yang digunakan untuk ‘membalut’ mahkota kepala anda untuk tujuan menggayakan dan memberikan imej cantik bersinar, berkilau lagi bergaya.

    Biasa digunakan ketika rambut basah atau kering, ia boleh berfungsi sebagai produk rawatan serta kemasan dalam usaha untuk mendapatkan mahkota yang tampak lebih cantik dan menarik.

    Tidak hanya untuk mencantikkan rambut, produk ini juga bakal mendatangkan manfaat berikut:

    1. Menjadikan rambut lebih lembut dan licin.
    2. Menghuraikan rambut yang kusut.
    3. Mengharumkan rambut yang berbau kepam.

    Dalam erti kata lebih mudah, kami boleh kata bahawa hair serum ini adalah produk yang hampir sama fungsi dengan minyak, krim atau gel rambut – penting untuk penataan dan penggayaan.

    Konklusinya, ia dua produk rambut yang berbeza

    Ketika sedang gigih mencari produk hair serum dan hair tonik terbaik untuk mahkota, anda perlu tahu bahawa kedua-duanya adalah produk rambut berbeza dan punya fungsi masing-masing.

    Apa yang dapat dikonklusikan di sini adalah peranan produk di atas berbeza bergantung kesannya:

    • Tonik – Bertujuan untuk melebatkan rambut
    • Serum – Bertujuan untuk melindungi dan menggayakan rambut

    Maka, sila cari produk hair serum dan hair tonik terbaik untuk rambut anda itu berdasarkan keperluan masing-masing. Namun, mungkin ramai masih belum tahu produk mana lebih penting.

    hair tonik terbaik

    Produk rambut mana yang patut anda guna?

    Sebelum pergi lebih dalam, individu itu sendiri kena tahu masalah apa yang mereka sedang hadapi dengan rambut mereka. Perkara pertama anda perlu buat adalah berjumpa pakar rambut.

    Lakukan pemeriksaan kulit kepala untuk mengetahui jika anda mengalami masalah mana antara di atas tadi. Kemudian, dapatkan informasi dan nasihat tentang langkah untuk mengatasinya.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Sebagai contoh, anda mungkin perlu guna produk hair tonik terbaik jika anda ada masalah rambut gugur atau botak dan ingin melebatkan kembali mahkota. Jika tidak, ia mungkin masih perlu demi memastikan rambut anda itu untuk terus kekal sihat.

    hair tonik terbaik

    Sebenarnya, ada banyak lagi produk selain tonik dan serum untuk kesihatan mahkota anda seperti syampu, pelembap, pelembut, minyak, krim, gel dan lain-lain yang dijual secara berasingan.

    Namun berkat teknologi masa kini, kebanyakan produk yang anda boleh temui sekarang ini adalah banyak dalam satu di mana ia boleh menjalankan lebih daripada satu fungsi dalam satu produk.

    Tuntasnya, segera berjumpa pakar rambut jika ada masalah berkaitan rambut dan kulit kepala ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan