backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Alami Keguguran? Ini 4 Jenis Pantang Larang Yang Anda Perlu Ikut Biar Cepat Sembuh!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 3 hari lalu

    Alami Keguguran? Ini 4 Jenis Pantang Larang Yang Anda Perlu Ikut Biar Cepat Sembuh!

    Walaupun keguguran kandungan, anda masih dinasihatkan untuk berpantang seperti wanita selepas bersalin. Adakah wujud makanan dilarang semasa pantang keguguran? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Keperluan berpantang kerana keguguran

    Berpantang merupakan satu amalan yang sangat sinonim dengan wanita selepas bersalin.Ā 

    Pun begitu, buat mereka yang mengalami keguguran, kalian juga amat disarankan untuk buat pantang keguguran awal kehamilan. Bahkan penjagaan selepas keguguran juga sama dengan cara berpantang seperti ibu selepas bersalin.

    Tetapi benarkah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran?

    keguguran
    Beberapa tanda keguguran kehamilan.
    • Pendarahan daripada sedikit hingga banyak
    • Kejang perut
    • Sakit abdomen
    • Demam

    Makanan dilarang semasa pantang keguguran

    Kalau diikutkan cara berpantang selepas keguguran adalah hampir sama dengan kaedah pantang ibu bersalin lain.

    Justeru adalah penting memastikan wanita yang sedang berpantang mendapat pemakanan seimbang dan bernutrisi. Ini untuk memastikan anda mendapat nutrien mencukupi bagi memulihkan tahap kesihatan.

    Tetapi benarkah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran?

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya tiada diet atau pemakanan yang khusus semasa berpantang.

    Ini kerana kebanyakan pantang larang melibatkan pemakanan ibu semasa tempoh berpantang dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat.

    Adakah ini bermakna tidak perlu berpantang? Bukan itu yang dimaksudkan.

    Anda boleh meneruskan amalan pantang keguguran awal kehamilan seperti menghindari makanan tertentu, tetapi pastikan dalam masa sama masih mengambil diet seimbang dan makan secara sihat.

    Malah disarankan untuk menggantikan makanan dengan jenis lain daripada kumpulan makanan sama bagi memastikan zat makanan tersebut diperolehi.

    Ubi-ubiĀ 

    Berdasarkan kepercayaan, makanan berangin yang terdiri daripada jenis ubi-ubi seperti keladi, keledek ataupun ubi kayu, adalah salah satu makanan kecutkan rahim selepas keguguran.

    Ini kerana ia dipercayai akan menjejaskan proses pencernaan dan menyebabkan perut berangin.

    Umumnya, ubi-ubian adalah makanan karbohidrat yang membekalkan sumber tenaga. Jika berpantang mengambil ubi-ubian, anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan daripada kumpulan bijirin lain seperti nasi.

    makanan dilarang semasa pantang keguguran
    Nasi putih ketika pantang keguguran.

    Makanan ā€˜sejukā€™ antara makanan dilarang semasa pantang keguguranĀ 

    Buah-buahan seperti tembikai dan pisang serta sayur kangkung, petola, terung dan timun dianggap sebagai makanan ā€˜sejukā€™ dan tidak boleh dimakan semasa berpantang.

    Makanan sejuk dipercayai menjejaskan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Ia juga boleh mengakibatkan perut kembung, kekejangan otot dan sengal-sengal badan.

    Namun hakikatnya, pengambilan buah dan sayur adalah penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.

    Pengambilan serat khususnya amat penting bagi melancarkan proses pergerakan usus dan mencegah masalah sembelit yang sering dialami ibu dalam berpantang.

    Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan dan sayuran boleh diambil sebagai pengganti makanan ā€˜sejukā€™ ini contohnya:

    • Buah-buahan ā€“ Oren, betik, epal merah, anggur
    • Sayur-sayuran ā€“ Sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman seperti pegaga dan ulam raja

    Ikan, ayam dan telur

    Beberapa jenis ikan, ayam dan telur dianggap sebagai makanan dilarang semasa pantang keguguran kerana ā€˜bisaā€™ dan ā€˜tajamā€™.

    Makanan berbisa dipercayai boleh melambatkan proses penyembuhan dan mengakibatkan pendarahan semasa tempoh berpantang.

    Antara jenis ikan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang adalah seperti:

    • Ikan masin
    • Keli
    • Bawal hitam
    • Terubuk
    • Pari
    • Sembilang
    • Parang
    • Udang
    • Ketam
    • KerangĀ 
    makanan dilarang semasa pantang keguguran
    Makanan laut ketika pantang keguguran.

    Namun tidak boleh dinafikan jenis makanan tersebut merupakan sumber yang baik untuk protein, vitamin dan garam mineral.

    Salah satu fungsi protein adalah membantu pembentukan tisu-tisu badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

    Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dijadikan pilihan sebagai sumber protein, antaranya:

    • Haruan
    • Yu
    • Selar
    • Gelama
    • Jenahak
    • Merah
    • Tenggiri
    • Bawal putih
    • Ikan bilis
    • Salmon
    • SiakapĀ 

    Makanan dilarang semasa pantang keguguran #Had pengambilan air

    Kalau ikutkan kepercayaan terdahulu, sepanjang berpantang, wanita dilarang minum terlalu banyak air.

    Wanita berpantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari dan kepercayaan untuk mengehadkan pengambilan air perlu dihindari.

    Air yang mencukupi penting untuk:

    • Memulihkan kecergasan badan
    • Keseimbangan elektrolit
    • Mengawal suhu badan
    • Mengelakkan dehidrasi

    Tidak salah untuk mengikuti sebarang pantang larang semasa berpantang selepas keguguran, cuma sebaiknya usahlah keterlaluan sehingga memudaratkan diri.

    Jika terdapat sebarang keraguan tentang tempoh pantang keguguran, tempoh rahim sembuh selepas keguguran atau lain-lain, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.Ā 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 3 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan