Vitamin B9 merupakan vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi proses penghasilan DNA, sel darah merah dan menggalakkan tumbesaran bayi.
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik bagi semua wanita setiap hari bagi menyokong keperluan nutrien jika berlaku kehamilan tidak dirancang.
Tanpa asid folik yang mencukupi, bayi anda terdedah untuk mendapat kecacatan tiub saraf (neural tube) menyebabkan tumbesaran otak dan saraf tunjang terganggu.
Kecacatan lain seperti gusi siung dan kecacatan jantung juga berisiko dialami oleh mereka yang kekurangan asid folik.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bahawa insiden kecacatan tiub saraf boleh dikurangkan melalui pengambilan asid folik.
Pengambilan suplemen tersebut perlu diambil sebulan sebelum anda cuba untuk hamil.
Ini berikutan proses penutupan tiub saraf berlaku pada bulan pertama kehamilan.
Kebanyakan individu tahu akan status kehamilan mereka pada minggu ke-6 kehamilan.
Tanpa suplementasi asid folik, risiko untuk bayi mengalami kecacatan tersebut tinggi.
#3. Vitamin D
Selain daripada menguatkan tulang, vitamin D juga berperanan dalam menguatkan sistem pertahanan badan dan membantu dalam proses pembahagian sel.
Saranan pengambilan vitamin tersebut bagi individu biasa adalah 600 IU.
Namun menurut pakar, dos keperluan untuk ibu mengandung adalah lebih tinggi.
Vitamin D merupakan antara vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi memastikan kesihatan ibu dan janin terjaga.
Kekurangan vitamin ini sering dikaitkan dengan masalah kelahiran pramatang, preeklampsia, diabetes gestasi dan peningkatan risiko untuk pembedahan cesarean (czer).
Berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan maklumat dan membuat ujian saringan berkaitan dengan vitamin D.
Jika anda tidak mendapatkan jumlah yang cukup untuk menampung keperluan harian, anda akan dipreskripsikan dengan vitamin tersebut.
Vitamin yang perlu dielakkan ketika mengandung

Vitamin A
Jika anda sudah dibekalkan dengan suplemen vitamin pranatal, pengambilan vitamin A tambahan boleh mendatangkan kemudaratan.
Pengambilan vitamin A sebagai salah satu daripada vitamin untuk ibu mengandung penting untuk penglihatan dan fungsi sistem imun bayi.
Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mendatangkan kemudaratan.
Pengumpulan vitamin A di dalam organ hati boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan.
Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan kecacatan kongenital pada bayi.
Terdapat pelbagai jenis sumber makanan yang dapat membekalkan vitamin A, maka tidak perlulah anda mengambil suplemen tambahan.
Vitamin E
Seperti vitamin A, pengambilan vitamin E sebagai vitamin untuk ibu mengandung juga dapat membantu proses fisiologi badan dan menguatkan sistem imun.
Namun disebabkan oleh peningkatan risiko untuk ibu mengalami sakit abdomen dan kelahiran pramatang, justeru wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi vitamin ini.
Vitamin E boleh didapati daripada pelbagai jenis sumber makanan dan jika anda masih mengalami kekurangannya, doktor anda akan mempreskripsikan vitamin pranatal yang turut mengandungi vitamin ini dalam kadar yang selamat untuk ibu mengandung.