Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada tak ibu hamil yang sering alami rasa sakit perut bawah? Pastinya ia keadaan yang mendatangkan ketidakselesaan.

Tapi jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya yang boleh dicuba. Pasti berkesan!

Keadaan sakit perut bawah

Rasa sakit yang dialami itu, dalam istilah perubatan dikenali sebagai sakit ligamen bulat atau round ligament pain yang kerap dialami semasa trimester kedua kehamilan.

Ia adalah rasa sakit mencucuk yang dirasakan di bahagian bawah perut atau kawasan pangkal paha pada satu bahagian atau kedua-duanya.

Umumnya, keadaan rasa sakit perut bawah ini merupakan situasi normal untuk dialami oleh ibu hamil kerana perubahan yang berlaku kepada tubuh.

Punca ibu hamil alami rasa sakit ligamen bulat

Di dalam tubuh wanita terdapat beberapa ligamen tebal yang mengelilingi dan menyokong rahim (uterus) ketika ia membesar sepanjang tempoh kehamilan. Salah satunya dipanggil ligamen bulat.

Ligamen bulat merupakan penghubung bahagian depan rahim ke pangkal paha, kawasan di mana kaki anda bersambung pada pelvis.

Dalam keadaan biasa, ligamen bulat ini biasanya meregang dan mengendur dengan perlahan-lahan.

Walau bagaimanapun, apabila bayi dan rahim semakin membesar, ligamen ini akan meregang. Ia sekali gus menjadikannya cenderung dalam keadaan tegang.

sakit ligamen bulat
Sumber @ healthy.kaiserpermanente.org

Dalam sebarang pergerakan, terutamanya apabila ibu hamil bergerak secara mendadak termasuk daripada posisi duduk ke berdiri dengan cepat, ia mengakibatkan ligamen mengetat secara pantas.

Rasa sakit perut bawah yang dirasai itu seperti menyucuk secara tiba-tiba untuk tempoh beberapa saat.

Memahami simptom sakit perut bawah

Kesakitan yang dialami ini boleh menyebabkan wujudnya kebimbangan dan ketidakselesaan. Tetapi ia dianggap normal kerana tubuh anda berubah semasa hamil.

Simptom-simptom sakit ligamen bulat termasuk rasa mencucuk dan kekejangan secara tiba-tiba di perut. Ia biasanya menjejaskan bahagian sebelah kanan, tetapi ia juga mungkin berlaku di kedua-dua belah. 

Senaman yang dilakukan juga mungkin penyebab timbulnya rasa sakit, selain pergerakan pantas seperti: 

  • Bersin
  • Batuk
  • Ketawa
  • Berguling di atas katil
  • Berdiri terlalu cepat

7 tip atasi kesakitan yang dialami

Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang dialami ibu hamil:

ibu hamil

  • Pelega kesakitan

Pengambilan ubat seperti acetaminophen boleh memberikan kelegaan. Ubat ini boleh dibeli di farmasi. Tetapi sebaiknya, dapatkan kepastian daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

  • Teknik regangan & yoga

Senaman regangan atau yoga sebelum bersalin juga mendatangkan manfaat dalam membantu mengurangkan rasa sakit perut bawah. 

Namun dapatkan kepastian daripada doktor dahulu tentang senaman yang selamat untuk anda dan bayi.

  • Bersenam 

Bersenam secara berkala dapat membantu memastikan otot perut kuat

Lakukan kaedah senaman dengan meletakkan tangan dan lutut di lantai, rendahkan kedudukan kepala dan dorongkan bahagian belakang ke udara.

  • Elakkan pergerakan secara mendadak

Ubah kedudukan dengan perlahan-lahan (seperti berdiri atau duduk) untuk mengelakkan pergerakan secara tiba-tiba, yang boleh menyebabkan keregangan dan kesakitan ligamen bulat.

  • Bengkokkan pinggul

Bongkokkan badan sebelum anda batuk, bersin, atau ketawa untuk mengelakkan ligamen menegang.

  • Pad pemanas

Pemanas pad atau mandian suam boleh membantu. Tanyakan doktor anda jika cara ini selamat untuk anda dan boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Tetapi pastikan haba yang digunakan adalah sesuai kerana suhu yang terlampau panas adalah berbahaya kepada bayi dalam kandungan.

Anda juga disarankan untuk mengubah suai tahap aktiviti harian dan mengelakkan posisi atau kedudukan tubuh yang boleh memburukkan keadaan. 

  • Tali pinggang ibu hamil

Pemakaian maternity belt juga antara tip yang boleh membantu mengatasi rasa sakit perut bawah. Alat sokongan pada perut ini dipakai di bawah pakaian anda.

Ia dapat membantu menyokong baby bump dan melegakan rasa sakit serta tekanan dialami kesan daripada perut yang sedang membesar.

Bukan sekadar itu, tali pinggang ini juga boleh mengurangkan masalah:

ibu mengandung

Tali pinggang untuk ibu hamil ini juga boleh memberikan sokongan tambahan jika anda mengandung anak kembar.

Pemeriksaan doktor

Ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor tentang sebarang jenis kesakitan yang dihadapi. 

Hubungi doktor anda dengan segera sekiranya mengalami keadaan seperti:

  • Rasa sakit yang teruk
  • Kesakitan yang berlangsung lebih dari beberapa minit
  • Demam
  • Menggigil
  • Rasa sakit ketika kencing
  • Kesukaran untuk berjalan

Dalam kes tertentu, rasa sakit perut bawah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. 

Jadi, penting untuk doktor anda menilai sama ada kesakitan yang dialami itu melibatkan keadaan kesihatan yang lebih serius atau tidak. 

Ini termasuklah komplikasi kehamilan seperti gangguan pada uri atau penyakit yang bukan disebabkan kehamilan, contohnya:

  • Hernia inguina
  • Apendiks
  • Masalah kesihatan berkaitan perut, hati dan buah pinggang

Kesakitan fasa awal bersalin juga adakalanya disalah anggap sebagai sakit ligamen bulat. 

Elakkan rasa sakit perut bawah

Kesakitan ligamen bulat adalah gejala biasa dan tidak banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya daripada berlaku.

Pun begitu, anda boleh mengambil langkah bagi mengurangkan ketidakselesaan yang dialami. 

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan mengenai kehamilan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

Antara petunjuk proses kelahiran bayi adalah ibu mengandung akan mengalami tanda kontraksi. Tapi adakah semua kontraksi itu sama?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

Perlukah anda ambil asid folik jika anda tidak mengandung? Ketahuilah manfaat dan cara untuk mengambil asid folik jika anda mahu amalkannya pada usia muda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Selalu Dikaitkan Dengan Hormon Tidak Seimbang, Apa Punca Sekejap Marah, Sekejap Sedih?

Badan yang sihat akan mengeluarkan segala jenis hormon yang diperlukan badan tapi bagaimana pula bagi individu yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2020 . 3 minit bacaan

BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan emosi ibu mengandung perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
bersenam untuk kesihatan

Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
berat badan berlebihan

Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
hamil lebih dari 40 minggu

Si Manja Seronok Duduk Lama Dalam Perut Ibu? Jangan Biar! Ini BAHAYA Jika Kandungan OVERDUE

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan